Faktor usia dan pendedahan pada sinar UV adalah antara penyebab berlakunya kedutan pada kulit wajah. Di samping itu juga kedutan pada kulit wajah boleh disebabkan oleh posisi tidur yang salah.

Seperti yang kita ketahui bahawa tidur adalah salah satu kunci penting untuk memiliki kulit yang sihat. Walau bagaimanapun, anda bukan sahaja memerlukan tidur yang cukup tetapi dalam masa yang sama posisi tidur juga perlu dipertimbangkan agar kulit kekal sihat dan tidak mudah berkedut. Maka sebab itulah ada beberapa posisi tidur yang boleh menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.

Photo by Liza Summer from Pexels

Berikut posisi tidur yang harus dielakkan agar kulit tidak mudah berkedut.

Menurut seorang pakar bedah mata dari Eyesthetica di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), posisi tidur menghala ke sisi (sama ada ke kanan atau ke kiri) boleh menyebabkan wajah menekan bantal dan menggosok permukaan sarung bantal. Keadaan inilah boleh timbul garis di dahi dan pipi.

Petua Mencegah dan Mengatasi Kedutan Di Bahagian Wajah
Agar kedutan wajah dapat dielakkan, berikut beberapa langkah yang boleh anda lakukan:

IKLAN

TIDUR TERLENTANG 
Salah satu cara untuk mengelakkan kulit berkedut adalah tidur secara telentang. Dengan kedudukan tidur begini, wajah anda tidak langsung menyentuh bantal dan garis-garis pada kulit tidak akan kelihatan.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Namun, jika anda mempunyai keadaan kesihatan yang memerlukan tidur menghala ke sisi kanan atau kiri, pilihlah sarung bantal yang diperbuat daripada sutera lembut. Kain sutera tidak akan menyebabkan kulit wajah menjadi gatal.

IKLAN

PAKAI JANGAN SESEKALI TIDUR DENGAN POSISI MENIARAP
Posisi tidur secara meniarap adalah posisi tidur yang paling teruk. Anda boleh mengalami sesak nafas dan kulit lebih mudah berkedut dalam keadaan posisi tidur ini. Kedudukan tidur meniarap juga boleh menjadikan kedutan pada wajah lebih kelihatan, terutama di kawasan mata dan bibir. Tekanan daripada bantal juga boleh membuatkan mata anda kelihatan bengkak ketika anda bangun tidur.

Photo by Pixabay from Pexels

GUNAKAN PRODUK PERAWATAN KULIT WAJAH YANG ADA RETINOL
Retinol adalah perawatan kulit wajah yang sering digunakan sebagai senjata untuk memerangi kedutan pada kulit wajah. Ia dapat merangsang kolagen dan mencegah munculnya garis-garis halus pada kulit wajah.

IKLAN
Photo by Anna Tarazevich from Pexels

PASTIKAN GUNA KRIM MALAM
Krim malam sememangnya amat membantu untuk melembapkan kulit wajah. Pilih krim malam yang mengandungi asid hyaluronik bagi membantu menegangkan kulit wajah.
Selain menegangkan kulit wajah, penggunaan krim malam juga mencegah kulit daripada kering akibat terkena penyaman udara ketika tidur sepanjang malam.

HIJABISTA: Sememangya posisi tidur berkait rapat dengan masalah kedutan pada kulit wajah. Walaupun tidak berlaku dengan segera, posisi tidur yang salah akan meningkatkan risiko munculnya garis-garis halus dan tanda-tanda kedutan pada kulit wajah.

Sumber kredit: Top image: Photo by cottonbro from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI