Posisi tidur sebenarnya boleh mempengaruhi keadaan kulit tanpa anda sedari. Jangan ingat anda boleh dapat kulit yang cantik hanya dengan mendapatkan tidur yang cukup dan nyenyak.

Kalau anda nak tahu, posisi tidur sebenarnya boleh menentukan keadaan kulit anda. Jom intai posisi tidur bagaimana yang baik untuk kulit wajah anda. Jom ubah posisi tidur anda mulai hari ini.

Tidur Meniarap

Sekiranya anda suka tidur dengan posisi meniarap, sila hentikan segera! Posisi tidur ini tidak baik untuk anda dan juga kulit anda.

Selain tidak baik untuk kesihatan, posisi ini juga boleh buatkan kulit anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Bila anda bangun tidur, pasti akan ada garisan halus pada wajah terutama bahagian dahi.

IKLAN

Tidur Mengiring

Mengikut kajian, tidur mengiring bagus untuk menjaga kesihatan dan buat tidur anda jadi lebih nyenyak. Tetapi, tidur mengiring ini tidak bagus untuk kulit anda.

IKLAN

Sekiranya anda tidur mengiring, anda akan menggesekkan kulit wajah pada bantal dan membuatkan kulit menjadi rosak. Selain itu, ia juga akan menimbulkan garisan halus pada sekitar bibir anda.

Tidur Terlentang

IKLAN

Untuk sentiasa kelihatan muda, tidur terlentang merupakan posisi tidur yang terbaik untuk kecantikan anda.

Tidur terlentang dapat mencegah anda daripada menggesek kulit wajah pada bantal yang mungkin akan menyebabkan kemunculan jerawat.

Selain itu, tidur dengan posisi ini juga boleh menghalang kedutan pada wajah. Paling utama, masalah mata panda dapat dielakkan.

Sumber: Cewek Banget