Ramai yang terkesan apabila kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ di seluruh negara. Namun begitu, ia adalah salah satu insiatif yang harus kita lihat dari sudut positif untuk mengurangkan peratusan kes Covid-19 di Malaysia. Baru-baru ini, kerajaan juga baru sahaja mengumumkan tentang tempoh PKP 3.0 dilanjutkan selama dua minggu lagi. Sudah tentu ia memberi kesan kepada masyarakat kita untuk menstabilkan status kewangan dan ekonomi kehidupan mereka.
Sebagai umat Islam, setiap apa yang berlaku itu pasti ada sudut kebaikannya yang harus kita cari dan hayati. Sudah pasti, Allah S.W.T menurunkan sesuatu dugaan kepada hamba-hamba-Nya untuk sebuah kebaikan. Maka, kita haruslah sentiasa bersabar dan berfikiran positif untuk terus memperjuangkan kehidupan kita.
Antara cara terbaik untuk terus kekal semangat ialah dengan sentiasa berfikiran postif dan setiap kali kita bangun pagi.
Ads
Diriwayatkan dari Sakhr Al-Ghamidi bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah, berkatilah umatku di pagi hari mereka (iaitu, apa yang mereka lakukan pada awal pagi).” (Sunan Ibnu Majah)
Selain itu juga, kita juga harus sentiasa memikirkan tentang kehidupan akhirat kelak dah usah terlalu rakus mengejar harta dunia kerana sesungguhnya ia tidak kekal lama. Apabila kita mempunyai fikiran seperti itu, maka hati dan minda kita akan sentiasa tenang.
Ads
Allah berfirman dalam Al-Quran: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” [Surah Al-An’aam (6), ayat 32]
Ads
Untuk permulaan hari yang baik, adalah molek sekiranya kamu menunaikan solat tahajud sebelum menunaikan solat Subuh. Selepas itu, kamu juga boleh membaca Al-Quran sebelum memulakan aktiviti kerja kamu. Jadikan segala sunnah Rasulullah S.A.W itu sebagai amalan harian kita. Hal-hal ini sudah dinyatakan di dalam Al-Quran tentang kelebihannya.
Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” [Surah Al-Ahzaab (33), ayat 21]
Tidak susah sebenarnya untuk kekal positif. Namun apa yang menyukarkan adalah untuk kita tanamkan niat untuk berubah menjadi positif. Mohon doa kepada Allah S.W.T dan insyaAllah kita akan dipelihara. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mandi wajib atau mandi hadas merupakan cara untuk menghilangkan hadas besar. Niat mandi wajib menjadi rukun dalam menyucikan diri. Tanpa niat mandi wajib, hadas besar belum dianggap hilang. Niat mandi wajiblah yang membezakannya dengan mandi biasa.
Mandi wajib adalah cara bersuci dengan menuangkan air ke seluruh badan dengan tata cara tertentu untuk menghilangkan hadas besar. Hukum mandi wajib adalah wajib ketika lelaki dan wanita dalam keadaan hadas besar.
Mandi wajib berbeza dengan mandi biasa. Ini sesuai dengan ayat Al Qur’an yang berbunyi:
Allah SWT berfirman,
“Dan jika kamu junub, maka mandilah.” (QS. Al Maidah: 6).
SOALAN:
Adakah boleh disekalikan mandi wiladah dan nifas iaitu dilakukan ketika darah nifas sudah kering. Bagaimana dengan lafaz niat tersebut?
JAWAPAN:
Timbul polemik mengenai seseorang perempuan yang mengalami dua atau lebih hadas besar dalam satu masa, apakah boleh diniatkan sekali dan adakah terangkat mandi wajib untuk hadas-hadas besar yang dialaminya.
Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudian dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid. Ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan seseorang itu masih dalam haid.
Begitu juga sekiranya seseorang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas, maka ia hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya selesa barulah ia mandi kerana wiladah dan nifas.
Beberapa cara yang boleh diaplikasikan, antaranya:
“Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub.”
2. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.
“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya.”
Kesimpulannya, menurut ulama Fekah, sekiranya seseorang itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja seperti mana yang keterangan yang disebutkan tadi.
Bagi Sarah Gamal, menjadi pengadil bola keranjang yang memakai hijab pertama yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik memberi impak yang sangat bermakna walaupun berada jauh di luar gelanggang.
Sarah akan membuat sejarahnya sendiri. Ketika dia mengambil alih gelanggang di Tokyo, dia akan menjadi pengadil bola keranjang Olimpik pertama yang melakukannya dengan memakai hijab.
Dia mencipta kejayaannya ke peringkat teratas dalam sukan ini ketika Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa mengubah peraturan mengenai penutup kepala pada tahun 2017 dengan membuang larangan mengenakan tudung.
Wanita berusia 32 tahun itu telah merasmikan beberapa kejohanan antarabangsa sejak itu, tetapi Olimpiknya mempunyai kepentingannya yang tersendiri apatah lagi ketika dia berusaha untuk mengikut jejak pengadil lain yang bertudung.
“Syukurlah, banyak pengadil yang memakai hijab yang mempunyai keraguan untuk meneruskan karier mereka kini tidak lagi rasa gusar,” kata Sarah kepada ABC News.
“Pada masa lalu, banyak yang berpendapat mereka tidak akan pernah dapat mengendalikan permainan antarabangsa dan karier mereka hanya akan terbatas dalam pada pertandingan tempatan.”
“Tetapi kini saya gembira dapat memainkan peranan dan melakukan perbezaan,” tambahnya.
“Pengadil yang bertudung sekarang memiliki setiap alasan untuk mempercayai bahawa mereka dapat membawa karier mereka ke peringkat antarabangsa. Banyak yang memberitahu saya bahawa mereka terinspirasi dengan kejayaan saya.”
Sarah yang dilahirkan di kota Alexandria di Mediterranean mula bermain bola keranjang pada usia 5 tahun sebelum menjadi pengadil ketika berusia 15 tahun.
Walaupun bekerja sebagai jurutera awam di bandar kedua terbesar di Mesir, Sarah menggambarkan bola keranjang sebagai sebahagian penting dalam hidupnya.
“Tampil di Olimpik ini adalah impian dan ia tidak akan berakhir di sini. Saya mahu mengambil bahagian dalam lebih banyak Sukan Olimpik dan kejuaraan dunia,” katanya.
Situasi bila ada kenduri akan adalah yang akan membungkus makanan untuk dibawa pulang ke rumah. Biasanya mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan para tetamu.
Ia seakan perkara biasa di kalangan masyarakat kita. Persoalannya bolehkah sebenarnya kita ‘tapau’ makanan kenduri dan bawa pulang ke rumah.
Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanyakan soalan, apakah hukum tapau makanan kenduri? Terima kasih Datuk.
RINGKASAN JAWAPAN:
Hukum tapau makanan kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah atau tuan majlis.
Begitu juga, pada setengah keadaan, adat kebiasaan setempat atau sebarang petunjuk lain membenarkan perbuatan menapau makanan.
Namun, sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan majlis atau adat setempat menunjukkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun untuk kuantiti yang sedikit, maka hukumnya adalah haram.
HURAIAN JAWAPAN
Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kebangkitan.
Sebagaimana kebiasaan, mereka yang menghadiri majlis kenduri perkahwinan, menyambut menantu atau seumpamanya akan dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah hidangan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kenduri bererti perjamuan makan (yang lazimnya didahului oleh zikir, doa, dan sebagainya) kerana sesuatu tujuan keagamaan, meminta berkat, mendoakan orang yang telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa atau sebagainya.
Sekiranya diperhatikan, aktiviti perjamuan makan ini terpakai ke atasnya suatu konsep atau akad yang dipanggil sebagai al-Dhiyafah (الضيافة) iaitu menjamu tetamu. Ia berbeza dengan akad hibah dari sudut pemilikan oleh kerana akad hibah merupakan sebuah akad pemilikan barangan dan bukannya manfaat.Pun begitu, ia agak hampir dengan akad pinjaman (العارية), dari sudut ketika menjamah makanan yang dihidangkan.
Hal ini kerana, berlakunya konsep al-Ibahah (الإباحة). Konsep ini terbahagi pula kepada dua jenis iaitu Ibahat al-Intifa‘ (إباحة الانتفاع) iaitu keharusan untuk mengambil manfaat dan Ibahat al-Istihlak (إباحة الاستهلاك) yakni keharusan untuk menggunakan sepenuhnya atau menghabiskannya, dan aktiviti kenduri dan jamuan makan kepada tetamu ini terletak di bawah jenis Ibahat al-Istihlak (إباحة الاستهلاك) iaitu keharusan untuk menghabiskannya.
Namun, di bawah akad al-Dhiyafah (الضيافة) ini juga, tetamu hanya diberikan kebenaran untuk menjamah makanan yang dihidangkan hanya untuk dirinya tanpa diharuskan untuk mengambilnya atau memberi makan pula kepada orang lain mahupun kucing. Meskipun begitu, sekiranya ada keizinan daripada tuan rumah atau pemilik makanan, maka ia diharuskan.
Oleh itu, persoalan utama yang perlu diketengahkan di sini adalah makanan kenduri ini akhirnya menjadi milik siapa? Maka, dalam hal ini, Imam al-Syirbini ada menyatakan tentang perkara ini di dalam karyanya ‘Mughni al-Muhtaj’ bahawa makanan yang dihidangkan menjadi milik tetamu sesudah ia dimasukkan ke dalam mulut.
Berbalik kepada persoalan yang diajukan, berkenaan hukum tapau, tapau menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perbuatan membungkus (makanan dan lain-lain) untuk dibawa pulang dan sebagainya. Berkenaan hal ini, Imam al-Syirbini ada memberikan jawapan yang umum terhadap soalan yang diajukan:
Maksudnya: Maka adakah seseorang itu dibolehkan untuk memberikannya (makanan) kepada orang lain atau dia menggunakannya untuk selain makan? Di sini terdapat dua pendapat, dan pendapat yang sahih ialah pendapat jumhur ulama iaitu tidak boleh sebagaimana tidak boleh bagi orang yang meminjam memberi pinjam kepada orang lain. Hal ini kerana, dia hanya memiliki makanan tersebut untuk manfaatnya tersendiri sebagaimana pinjaman, dan bukannya memiliki ‘ain (objek) barangan tersebut.Melainkan sekiranya adanya keizinan daripada tuan majlis atau tuan rumah, atau adanya uruf yakni adat kebiasaan di kawasan itu yang menunjukkan diperbolehkan perbuatan tapau untuk benda yang kecil atau sedikit, atau juga adanya petanda lain (قرينة) yang membenarkan perbuatan tersebut.
Akhir kalam, perbuatan mengambil sesuatu barangan tanpa keizinan atau keredhaan seseorang merupakan suatu perbuatan mencuri dan ia amatlah dilarang di dalam Islam.
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah.”
Oleh yang demikian, sebaiknya tetamu perlulah meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah atau tuan majlis untuk menapau makanan agar kita terhindar daripada memakan makanan yang haram oleh kerana tuan rumah tidak redha akan perbuatan tersebut. Wallahu A’lam.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.