foto: pinterest

Pinggan mangkuk viral iaitu pinggan mangkuk ayan memang menjadi kegilaan ramai pada masa kini. Ayan atau dikenali sebagai enamelware ini menjadi pilihan ramai kerana reka bentuknya yang vintaj membuatkan ramai yang teringatkan kenangan zaman kecil.

Namun, menurut satu fakta yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, faktor keselamatan menggunakannya mungkin tidak terjamin jika produk ayan tersebut datang dari pengeluar yang tidak diketahui.

Ini kerana bagi menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah dari keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.

Pinggan Mangkuk Ayan Memang Cantik & Rare Tapi Awas Boleh Membahayakan Kesihatan!
foto hiasan: Lazada

Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.

Memang tidak dapat dinafikan keunikan produk ini namun kesan terdedah kepada bahan ini mampu menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak anak. Untuk jangka masa panjang pula akan mengakibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.

Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.

Situasinya berbeza bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.

Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, sebaiknya gunakannya sebagai hiasan seperti tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain.

Pinggan Mangkuk Ayan Memang Cantik & Rare Tapi Awas Boleh Membahayakan Kesihatan!
foto hiasan: carousell

Jika anda baru berjinak jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan terlebih dahulu dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.

Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.

Jadi, berhati-hatilah sewaktu membeli perkakas sebegini supaya tidak menyesal di kemudian hari. Utamakanlah kesihatan berbanding gaya!

kredit: Public Health Malaysia

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI