Bukan kerana obses atau terlalu inginkan perhatian, namun keyakinan yang terbentuk daripada kepuasan memiliki kulit bersih, sihat dan cantik lazimnya lebih mudah terserlah. Aloe vera mampu menjadikan ton kulit lebih sekata.

Tidak dapat dinafikan daun lidah buaya atau aloe vera memang banyak manfaatnya untuk kecantikan. Kita boleh sahaja menggunakan lendir daripada daun lidah buaya yang segar untuk disapukan pada kulit wajah namun bagi wanita yang sibuk, ia agak tidak praktikal diamalkan.

Photo by Anna Tarazevich from Pexels

Di pasaran tersedia pelbagai produk berasaskan aloe vera yang boleh anda beli dengan begitu mudah terutama di drugstore. Berikut dikongsikan produk-produk perawatan wajah berasaskan aloe vera.

Guardian Aloe Vera Gel

Teksturnya lebih cair, jadi ianya lebih cepat diserap. Aloe vera gel dari Guardian bebas wangian sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk pemilik kulit sensitif. Apabila disapukan pada kulit, ia membantu menenangkan dan melembapkan kulit. Ia memberikan efek kulit menjadi lebih lembap, dan yang paling digemari. Boleh juga diguna sebagai perapi rambut bagi menjadikan rambut lembut, hitam dan lebat.

The Body Shop Aloe Multi-Use Soothing Gel

Aromanya sangat lembut, bahkan hampir tidak tercium wangiannya. Tekstur The body shop aloe multi-use soothing gel ini ringan, tidak terlalu kental dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit.

IKLAN

Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel

Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel memiliki tekstur ringan dan tidak meninggalkan kesan melekit. Walau bagaimanapun ia memerlukan sedikit masa untuk diserap oleh kulit.

The Saem Jeju Fresh Aloe Soothing Gel 99%

Boleh digunakan untuk kulit wajah, tubuh, rambut bahkan kuku. Memiliki tekstur gel yang jernih dan sedikit cair, gel ini mudah meresap pada kulit dan tidak meninggalkan kesan melekit. Sesuai digunakans sebagai pelembap wajah pada siang hari dan sleeping mask pada malam hari.

DERMA Health Skinlabs Aloe Vera Gel

IKLAN

Derma Health’s Skinlabs Moisturizing Aloe Vera Gel mengandungi 100% Aloe Vera tulen, diperkaya dengan Betaine semula jadi. Mengandungi ekstrak lidah buaya atau Aloe Vera, gel pelembap ini mempunyai ciri-ciri melembab dan manfaat untuk menyembuhkan kulit bermasalah serta sensitif seperti ekzema dan kulit rosak akibat sinaran matahari.

Nivea Bio Aloe Vera Rice Scrub

Sesuai untuk mereka yang memiliki kulit Jika anda mempunyai masalah wajah kombinasi dan berminyak, skrub ini amat sesuai dengan anda. Skrub ini mengawal minyak pada kulit wajah, mengurangkan parut dan merawat kulit kusam. Manakala Aloe Vera pula akan menghidrat dan kembalikan kelembapan pada wajah supaya wajah kekal lembap dan anjal.

IKLAN

Cosrx Aloe Soothing Sun Cream

Diformulasikan dari bahan semula jadi iaitu ekstrak daun lidah buaya, krim ini memberikan kelembapan berpanjangan. Krim ini melindungi kulit anda daripada sinaran matahari dan menghalang daripada dehidrasi. Krim ini berfungsi bukan hanya sekadar krim pelindung biasa tetapi ianya dapat menghalang sinaran UVA dan UVB sepenuhnya dan melembapkan kulit yang kering.

Sumber kredit: Top image: Canva

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI