Tarikh 21 Ogos 2019 merupakan tarikh yang sangat bermakna buat Dato Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) dan suaminya Dato Seri Khalid ( Dato K) kerana ia merupakan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 13.
Telah mengadakan sambutannya dengan bersederhana, ramai ahli keluarga dan teman baik hadir meraikan pasangan ini. Rakan artis seperti Mark Adam, Syamel dan Ernie Zakri juga turut dijemput menghiburkan semua pada malam itu.
Sejak akhir-akhir ini, ramai artis wanita yang memilih untuk mengenakan hijab. Peminat juga semestinya memberikan sokongan yang padu dan mendoakan yang terbaik untuk artis kesayangan mereka.
Penampilan pelakon terkenal iaitu Amyra Rosli juga kini menjadi perhatian ramai memandangkan dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Amar Bahrin dan anak lelaki mereka iaitu Aqeef Anaqi.
Ramai yang merasakan Amyra kini memilih untuk berhijab dan penampilan di rancangan Meletop bagi mempromosikan drama lakonan terbarunya iaitu Cemburu Seorang Perempuan menguatkan lagi andaian itu apabila dia tampil bertudung seiring dengan wataknya dalam drama tersebut.
“Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.
Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri. Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.”
“Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah.”
Cantik betul apabila melihat penampilan Amyra yang bertudung ini. InsyaAllah kita sama-sama doakan yang terbaik buat si jelita Amyra ini. Amin.
Terdahulu Hijabista ada memaklumkan tentang keadaan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana yang terpaksa dikejarkan ke Hospital sebaik sahaja pulang dari percutian di Dubai, berikutan kepenatan melampau.
Namun, perkongsian terbaharu Sarah menerusi laman Instagram miliknya, berkongsikan tentang perkembangan terkini dirinya yang sudah kembali sihat dan lebih bersemangat membanting tulang empat kerat demi sesuap rezeki buat dia dan anak-anak telah membuat netizen membuka mata.
“Alhamdulillah, Allah bagi sihat. I’m back to work.
“Ain’t no stopping a hustler, we get up everyday and work 🥰,” tulis Sarah ringkas pada ruangan kapsyen hantaranya itu.
Semangat, ketabahan dan kecekalan yang ditonjolkan Sarah meski diuji dengan pelbagai ujian berat dalam kehidupannya, berjaya membuatkan warganet ‘tabik’ sekaligus terinspirasi untuk mengikut jejak langkahnya yang sentiasa tenang menghadapi ujian yang diberikan Allah.
Malah, ramai diantara warganet yang mahu mencontohi Sarah dan mengangkatnya sebagai role-model #womanpower dek kerana aura positif yang sentiasa dimilikinya.
Pada tahun 2003 dahulu, pernah tular video seorang kanak-kanak perempuan menyanyikan lagu Sesucinya Cintamu oleh Anuar Zain dengan penuh penghayatan.
Setelah 17 tahun, kanak-kanak tersebut, Intan Elis, yang kini sudah menjadi gadis remaja memuat naik video nyanyiannya mendendangkan lagu tersebut di laman YouTube miliknya.
Dimuat naik pada 25 Oktober yang lalu, dia meluahkan rasa terharunya kepada mereka yang menyokongnya setelah sekian lama sejak dia berusia 2 tahun 8 bulan lagi sewaktu video itu tular.
Hi everyone! Here’s my first cover for 2020. Sorry to keep you waiting 🙁 After so long, I finally have the courage to do this cover and post it (hehe). Thank you to my parents, friends and especially you guys for keep supporting me since I was 2 yrs 8 months. Spreading love to yall!
Di ruang komen, ramai yang teruja apabila dia menyanyikan lagu itu kembali sekali gus mengimbas kembali memori 17 tahun yang lalu.
Makin merdu suaranya apabila meningkat dewasa ini! Dia juga suka memuat naik video nyanyiannya dan melakukan cover lagu di laman sosial miliknya. Moga Intan Elis akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.