Photo by cottonbro from Pexels

Ramai wanita yang memakai solekan cenderung untuk mengalami masalah jerawat akibat daripada tabiat tidak menanggalkan solekan dengan cara yang betul. Sisa-sisa solekan tersebut bercampur dengan bakteria dan menutup pori-pori kulit menyebabkan pori-pori tersumbat lalu menjadi jerawat.

Tetapi ramai juga yang hairan semasa musim PKP ini kerana biarpun tidak mengenakan solekan di rumah, namun jerawat mulai tumbuh di wajah dengan banyak berbanding hari-hari sebelumnya. Jadi apakah puncanya?

1. Pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat

Photo by Daniel Reche from Pexels

Di musim PKP ini, ramai yang mengikut trend terkini dengan membuat minuman viral yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Tidak kurang juga yang berlumba-lumba membuat pelbagai jenis kek. Tahukah anda, gula merupakan salah satu punca penyumbang kepada masalah jerawat?

Gula putih mengandungi agen keradangan yang boleh menganggu kondisi kulit, terutamanya kulit sensitif. Kandungan produk tenusu juga sering dikaitkan dengan masalah jerawat. Ia dipercayai boleh mengaktifkan kelenjar sebum dan menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak lalu menyebabkan jerawat.

Jadi, kawal pemakanan anda. Kurangkan gula dan garam dalam makanan. Elakkan memakan makanan yang diproses yang mengandungi tinggi kandungan gula, garam dan lemak.

IKLAN

2. Terlalu stress akibat perintah kawalan pergerakan

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Semakin anda stress, semakin anda akan dapati jerawat tumbuh dengan lebih banyak. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca berlakunya jerawat.

Relaks, anda perlu tenang dan tanganinya dengan baik. Selalulah bersembang dengan keluarga secara berhadapan atau secara dalam talian jika anda tidak berada dalam rumah yang sama agar tidak merasa sunyi dan tertekan.

3. Tidak minum air yang mencukupi

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

Apabila berada di rumah kita sering lupa untuk meminum air yang mencukupi lalu menyebabkan berlakunya dihidrasi. Badan kita memerlukan air yang cukup untuk mengeluarkan toksin daripada badan. Amalkan kebiasaan untuk minum air kosong secukupnya sewaktu di rumah.

IKLAN

4. Tidak meneruskan rutin penjagaan wajah

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Ramai yang berhenti melakukan rutin penjagaan wajah apabila berada di rumah. Malas mungkin? Akibatnya, kulit tidak mendapat pelembab dan perlindungan matahari yang sepatutnya. Apabila kulit kering, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak lalu menyebabkan jerawat.

Teruskan rutin penjagaan wajah anda seperti biasa. Jangan lupa untuk memakai krim perlindungan matahari walaupun anda berada di dalam rumah.

5. Pemilihan dan kebersihan sarung bantal

Sarung bantal sutera daripada luxsoie.com

Ramai yang tidak tahu sarung bantal yang kotor merupakan salah satu punca utama jerawat muncul di sekitar pipi. Kita lebih kerap menggunakan bantal pada musim PKP ini lalu menyebabkan bantal lebih cepat kotor dan menjadi sarang pembiakan bakteria.

IKLAN

Penggunaan sarung bantal jenis kapas pula menjadikan sarung bantal lebih mudah memerangkapkan hama, bakteria dan alergen yang menyebabkan pori-pori wajah tersumbat.

Penggunaan bahan penjagaan rambut yang terdiri dari minyak dan bahan kimia juga mudah diserap oleh sarung bantal kapas. Bahan-bahan ini juga menyebabkan pori-pori tersumbat dan menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak.

Anda dinasihatkan untuk basuh sarung bantal anda seminggu sekali dan lebih baik jika anda tukar sarung bantal anda kepada sarung bantal sutera asli. Ini adalah kerana sutera asli merupakan fabrik hipoalergenik yang dihasilkan daripada bahan semulajadi dan tidak menyerap bakteria, alergen dan minyak seperti fabrik kapas.

Photo by cottonbro from Pexels

Kredit: Perkongsian oleh @anissnadiaa dan telah diolah oleh Hijabista.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI