Pemilihan pencuci muka yang tepat amat penting kerana ia merupakan asas penjagaan kulit wajah. Jika tersalah memilih pencuci muka, kulit akan jadi tegang dan mungkin juga akan mengelupas.

Maka sebab itulah amat penting untuk kita memilih pencuci muka yang tepat agar tujuan utama untuk menyingkirkan kotoran pada kulit muka mencapai sasaran.

Photo by Sincerely Media from Unsplash

Jangan mmudah terpengaruh dengan iklan dan juga rakan-rakan yang menggunakan sesuatu produk sebaliknya semak terlebih dahulu kandungan dalam sesuatu produk. Ia penting bagi memastikan kulit anda sesuai dengan sesuatu kandungan produk.

Pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda!

Untuk memiliki kulit wajah yang lembut, cerah, sempurna tanpa sebarang cela dan mulus, memerlukan rutin penjagaan wajah yang terbaik untuk kulit wajah anda. Antaranya, melalui penggunaan pencuci muka harian anda. Menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai pada jenis kulit wajah anda akan mengakibatkan ketidakselesaan pada kulit wajah, jangkitan kuman dan lebih lagi.

Photo by Shiny Diamond form Pexels

Bagi mendapatkan pencuci muka harian yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda, beberapa produk pencuci muka yang sering digunakan dan menjadi pilihan ramai telah dipilih. Kebanyakan daripada produk tersebut mudah untuk didapati dan memberikan kesan yang terbaik pada jenis kulit wajah anda.

Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak

Cetaphil Oily Skin Cleanser 125ml

IKLAN

Pencuci muka Cetaphil Oily Skin Cleanser ini memberikan kesan yang efektif kepada kulit wajah yang berminyak. Produk ini berfungsi dengan memberikan kesan berbuih yang lembuh pada kulit wajah anda untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan make-up tanpa meninggalkan kesan kekeringan pada kulit wajah.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak sangat sesuai menggunakan produk tersebut kerana pencuci muka ini merupakan non-comedogenic dan boleh digunakan dengan ubat jerawat.

IKLAN

Terbaik dari farmasi

Himalaya Purifying Neem Face Wash 150ml

Himalaya Purifying Neem Face Wash ini merupakan pencuci muka herba yang diformulasikan untuk menyingkirkan kekotoran pada wajah dengan lembut dan menghalang pertumbuhan jerawat. Produk pencuci muka ini kaya dengan daun Neem, Kunyit dan Vetiver yang bagus untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat pada muka dan membersihkan kekotoran pada kulit wajah.

IKLAN

Pencuci muka terbaik untuk kulit sensitif

Eucerin White Therapy Cleansing Gel 150ml

Produk Eucerin White Therapy Cleansing Gel ini mempunyai kandungan Licochalcone yang diekstrak dari tumbuhan semulajadi iaitu, dari akar Glycyrrhiza Inflata yang mempunyai sifat anti-radang, anti-bakteria, anti-kanser dan menenangkan kulit sensitif. Selain itu, gel pencuci muka ini juga mengandungi bahan-bahan yang dipilih dengan baik dan bebas daripada alkohol dan tidak berwarna.

HIJABISTA: Jika anda belum pasti jenis kulit anda, dapatkan nasihat dan juga panduan daripada pakar kulit. 

Sumber kredit: Rasyiqah beauty Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI