Salah satu cara untuk menjaga kesihatan adalah dengan menjaga pemakanan. Setiap makanan yang diambil amat penting demi memastikan tubuh sentiasa sihat. Dengan pengambilan makanan yang berkhasiat, tubuh akan memperoleh kebaikan dan manfaat yang ada pada makanan. Bukan itu sahaja, tubuh pun akan jadi lebih ramping dan bebas daripada lemak jahat.

Sebagai seorang manusia, kadangkala kita pasti teringin untuk menikmati makanan yang manis seperti aiskrim, kek dan banyak lagi. Anda tahu ia tidak begitu baik untuk kesihatan tapi mengapa masih mahu mengambilnya?

Jika anda teringin untuk makan makanan tersebut, cuba tukarkan kepada menu-menu ini. Ia lebih sihat dan punya manfaat yang tersendiri. Ini ada beberapa cadangan untuk anda.

#1 – Jika anda teringin minum air berkarbonat,

Pilih MENU Yang Tepat Kalau Nak SIHAT & Ramping. Paling Penting, Abaikan Makanan Yang Tak Berkhasiat

Ads

Apa kata cuba jus buah?

Pilih MENU Yang Tepat Kalau Nak SIHAT & Ramping. Paling Penting, Abaikan Makanan Yang Tak Berkhasiat

Mengapa?

Minuman berkarbonat kurang mengandungi zat tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Pengambilan yang berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan terutamanya berat badan dan obesiti. Apa kata anda tukar kepada jus buah-buahan. Selain baik untuk diet, jus buah juga mempunyai serat yang baik untuk sistem pencernaan.

Ads

#2 – Jika anda teringin makan snek ringan,

Pilih MENU Yang Tepat Kalau Nak SIHAT & Ramping. Paling Penting, Abaikan Makanan Yang Tak Berkhasiat

Apa kata cuba salad buah?

Pilih MENU Yang Tepat Kalau Nak SIHAT & Ramping. Paling Penting, Abaikan Makanan Yang Tak Berkhasiat

Ads

Mengapa?

Makanan ringan lazimnya tidak mempunyai vitamin dan zat galian yang diperlukan badan. Ia mengandungi bahan-bahan kimia yang kurang elok untuk kesihatan. Cuba gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti salad buah. Snek yang sihat ini sesuai untuk kudapan pada waktu petang atau ketika anda sedang menonton televisyen.

#3 – Jika anda teringin aiskrim,

Pilih MENU Yang Tepat Kalau Nak SIHAT & Ramping. Paling Penting, Abaikan Makanan Yang Tak Berkhasiat

Apa kata cuba yogurt?

Pilih MENU Yang Tepat Kalau Nak SIHAT & Ramping. Paling Penting, Abaikan Makanan Yang Tak Berkhasiat

Mengapa?

Memang sedap makan aiskrim terutama pada cuaca panas. Namun, jika diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan batuk dan selsema. Lebih baik anda makan yogurt kerana badan memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Selain itu, yogurt dapat memberi keseimbangan pada kitaran usus atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi badan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI