Bukan mudah mencari busana pengantin yang bersesuaian untuk digayakan sempena majlis perkahwinan. Menjadi impian setiap wanita untuk tampil menarik dan bergaya dengan busana yang cukup indah untuk dikenang. Menjadi tugas seorang pereka pula yang bertanggung jawab bagi memastikan impian raja sehari itu menjadi kenyataan. Dan minggu lalu menyaksikan pereka terkenal, Fizi Woo tampil berani mereka busana cukup indah untuk raja sehari pasangan kepada dua anak jutawan terkemuka negara, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan sempena majlis resepsi.
Busana perkahwinan indah ini mendapat sentuhan cukup kemas dari perekanya, Fizi Woo. Biarpun busana ini kelihatan moden tetapi masih terserlah unsur tradisi apabila menggabungan fabrik songket dalam rekaannya.
Mengetengahkan rekaan yang dipanggil ‘Pleated Songket Dress With Tulle Applique’ dengan pilhan rona pastel memang menyerlahkan lagi penampilan raja sehari pada malam itu.
Dilengkapi kemasan layah paras dada tanpa aksesori sarat menyaksikan perkahwinan ini antara majlis yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Malah perekanya juga turut menyebut perkara sama dalam status di instagramnya.
Sebelum itu pasangan ini telah selamat diijab kabulkan pada Februari lalu. SM Faliq adalah anak kepada pewaris Naza sementara Chryseis Tan pula anak pewaris jutawan Tan Sri Vincent Tan.
Biarpun majlis resepsi berlangsung selepas beberapa bulan keduanya bergelar suami isteri, namun kehadiran tetamu antarabangsa merai kemeriahan majlis yang boleh dianggap sebagai ‘wedding of the year’ yang diadakan di Malaysia International Trade & Exhibiton Centre (MITEC).
Di hujung Syawal ini menyaksikan beberapa selebriti selamat menimang cahaya mata masing-masing. Selepas jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri, Adam Corrie dan semalam pula Norman Hakim, selamat menerima kehadiran anak ketiga mereka. Menyedari isterinya sudah mengalami Mild Contstruction, berbekalkan pengalaman lalu dia cepat-cepat membawanya ke hospital dan proses bersalin dipermudahkan. Jika tidak, pasti Norman akan mengulangi kejadian 13 tahun lalu apabila anak keduanya, Marissa Dania Hakim yang telah dilahirkan dalam kereta.
Menurut Norman, sebelum itu mereka berdua memang merancang untuk pergi beraya. Tetapi oleh kerana pagi itu Memey memberitahu dia mengalami Mild Contruction, Norman terus membatalkan hasrat mereka dan membawa isterinya ke hospital.
Dan ramalannya memang benar kerana Memey sudah mengalami bukaan 5 cm sebelum terus ditahan untuk proses kelahiran anak keenamnya itu.
Kali ini mereka berdua cukup teruja kerana mendapat cahaya mata perempuan setelah sebelum itu mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan dengan Memey.
Dalam status di muat turut di instagramnya, Norman melahirkan kesyukuran atas kelahiran anak perempuan mereka tengah hari semalam.
Kegembiraan pasangan ini juga menjadi berganda apabila dalam masa sama, Norman juga teruja menyambut kepulangan anak sulungnya, Danish Hakim dari Turki.
Norman turut melahirkan kesyukuran kepada Allah yang menggantikan perasaan resah sebulan sebelum itu dengan rasa syukur dan lega.
Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak perempuannya ini. Mereka turut mendoakan bayi ini menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya.
@murahnoorhitah Tahniah…Alhamdulilah…ank sulong selamat kembali dan menyusul pula kehadiran baby baru…indahnya suasana….kemeriahan d hujung Aidilfitri menyambut kehadiran org baru…
@sitijamry Tuan @normanhakim_786 tahniah di atas cahayamata baru. Sy dan suami doakan semoga mendapat barakah dalam setiap perihal amanah baru dari Allah swt. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah.
Walaupun sudah masuk minggu ketiga kita menyambut Syawal, namun pasti anda masih lagi tidak putus-putus menerima jemputan rumah terbuka. Jika tidak tahu fesyen apa untuk digayakan, apa kata anda mix and match baju yang ada kerna dengan sedikit sentuhan mampu menampilkan gaya lebih menawan. Jika tidakpun sesuaian baju dengan warna hijab bersesuaian supaya tidak kelihatan sama dengan yang digayakan sebelum ini.
Seorang pengguna laman facebook, Puan Mary yang juga merupakan seorang guru imej telah memberi tip padanan warna yang bersesuaian untuk digayakan sempena menghadiri jemputan rumah terbuka.
Jika sebelum ini beliau ada berkongsi gaya warna serasi untuk sambutan Syawal lalu dan kali ini adalah sambungan dari info sebelumnya. Menurutnya idea padanan ini adalah untuk membantu anda semua tampil lebih anggun dan elegan.
Padanan Warna Raya Episod 2
Saya percaya hujung minggu ini pasti ramai yang akan menghadiri jemputan rumah terbuka kerana kita masih lagi berada di dalam bulan syawal.
Maka pemilihan pakaian dan kombinasi warna yang sesuai sangat penting supaya cikpuan tampil lebih menarik.
Pada episod ini terdapat 5 lagi tambahan padanan warna yang akan membantu cikpuan memadankan warna tudung dan baju.
Semoga panduan ini akan membantu cikpuan semua untuk tampil lebih anggun dan elegant.
Kebiasaannya soal jodoh sering menjadi bualan harian, terutamanya apabila melihat rakan-rakan lain semua dah berkahwin. Ada yang terus-menerus mencari jodoh yang sesuai. Ada juga yang berserah sepenuhnya. Jodoh itu rahsia Allah. Namun, perlu ada doa seiring usaha termasuklah 13 amalan rahsia ini yang boleh anda cuba amalkan untuk ditemukan jodoh.
1. JAGA SOLAT DI AWAL WAKTU
Kadang kala terfikir juga bila masanya untuk kahwin ini. Terasa jodoh itu sangat lambat datangnya. Tapi pernahkah kita bila kedengaran azan, terus bangkit untuk menunaikan solat tapi yang selalu kita buat melengah-lengahkan tuntutan solat tu. Sama jugaklah dengan jodoh kita.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah ”Riwayat al-Tirmizi
2. BETULKAN NIAT PERKAHWINAN
Kita kena betulkan niat kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita. Bukan hanya kerana bersandarkan nafsu semata-mata atau mahukan populariti.
3. BACA SURAH YAASIN SETIAP PAGI
Surah Yaasin merupakan hati atau jantung Al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam Jumaat atau ketika melawat orang sakit atau yang meninggal dunia. Namun, surah ini jika diamalkan setiap hari, banyak manfaat yang bakal kita dapat. Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Bagi yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. Insya-Allah.
4. BACA SURAH AL-WAQIAH SETIAP MALAM
Amalan surah al-Waqiah akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah jodoh.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.
5. BERTERUS-TERANG
Bila kita hendak hilangkan bebanan dihati kita, rasanya tidak salah untuk kita berterus terang kepada lelaki yang kita suka. Jika ada jodoh Insya-Allah kita akan membina cinta yang halal. Selebihnya serahkan saja pada Allah. Jika tidak berjaya, ingatlah bahawa ada yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.
6. JANGAN TERLALU MEMILIH
Sikap memilih ini juga penting tetapi jangan berlebih-lebihan kerana tiada yang sempurna. Ini juga penyebab melambatkan jodoh kita untuk datang. Ada yang sudah dirisik oleh calon yang sesuai dan dia bersedia untuk terus menikah, namun ditolak disebabkan faktor-faktor tertentu. Jodoh kita sebenarnya cerminan diri kita. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Asalkan agamanya dan akhlaknya baik dan mereka datang dari keluarga yang baik-baik, itu sudah cukup untuk dijadikan pilihan.
7. CARI KEBAIKAN ORANG LAIN
Kita semua tiada apa-apa kerana semuanya milik Allah. Jauhi sikap memandang rendah kepada orang lain dan berbangga dengan apa yang kita ada. Kita semua sama. Allah boleh beri dan ambil bila-bila masa yang Dia mahukan.
8. TAHAJJUD SETIAP MALAM
Bangunlah di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukup sekadar dua rakaat. Beberapa minit sebelum Subuh masih sempat untuk kita amalkan. Itu juga sudah dikira sebagai tahajjud. Dan berdoalah. Doalah apa saja. Allah sayang hamba-Nya yang sentiasa bertahajjud dan meminta doa kepada-Nya. Di saat insan lain terlena, kita bangun dan beibadah kepada-Nya. Dan cubalah untuk menangis setiap kali kita bertahajjud. Dengan izin Allah, doa kita sangat makbul saat kita berserah segalanya dan merayu kepada-Nya.
9. BANYAKKAN SENYUM DAN SEDEKAH
Selain dari sedekah berupa wang ringgit, senyuman juga sebenarnya sudah sebahagian daripada sedekah. Senyum juga menarik orang di sekeliling untuk sukakan kita. Senyum-senyum jugak tapi pandangan tetap perlu dijaga. Hatinya tenang tanpa resah, malah rezekinya pasti berlipat kali ganda. Jodoh itu juga sebahagian daripada rezeki. Bersedekahlah!
10. MENJAUHI PERKARA HARAM DAN MAKSIAT
Kita tidak bahagia saat kita berbuat dosa. Dosa kita itulah sebenarnya yang membuatkan kita jauh daripada Allah. Sebenarnya hidup kita akan bahagia saat kita sentiasa ingat akan Allah. Tidak semestinya saat kita sudah ada pasangan, barulah kita bahagia. Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Hidup ini juga akan mudah saat kita kenal Allah. Bahkan perkahwinan juga akan mudah bila kita kenal Allah. Itulah kuasa Allah. Subhanallah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!