Limau kasturi selain menjadi bahan penyedap dalam masakan dan minuman yang melegakan dahaga, sebenarnya punya banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Limau kasturi walaupun kecil tetapi banyak kebaikan dan khasiatnya.
LIMA PETUA GUNA LIMAU KASTURI
Limau kasturi selain daripada menjadi bahab penyedap makanan, bagus juga untuk kesihatan. Ada banyak petua orang dulu-dulu menggunakan limau kasturi untuk kesihatan badan.
MENGHILANGKAN BATUK
Limau kasturi +kicap+garam = minum setiap pagi dan malam. In shaa Allah batuk akan beransur pulih
IKLAN
MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair itu ke arah hidung semasa ia terpancut.
MENGURANGKAN LELAH
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
IKLAN
MENGHILANGKAN BAU BADAN
Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, satu cara lagi adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.
IKLAN
MENURUNKAN BERAT BADAN
Perah limau kasturi dan campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan In Sha Allah perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
Masalah jerawat memang cukup sinonim dengam kaum wanita. Terutama bila datang ‘period’ atau makan sesuatu yang boleh menyebabkan masalah jerawat. Jika seketul besar tumbuh mungkin kita boleh atasi dengan hanya meletakkan apa-apa ubat. Tetapi yang agak melecehkan jika ditumbuhi jerawat pasir. Kebiasaannya ia akan tumbuh sekitar dahi serta di bahagian pipi.
Hijabi jangan risau kerana ada beberapa tip yang boleh hilangkan jerawat pasir ini. Masalah ini memang boleh buat kita hilang keyakinan diri kalau tidak dapat diatasi dengan segera. Admin cadangkan amda buat skrub menggunakan bahan alami yang memang mudah didapati.
1. Tepung Jagung & Teh Hijau
Khasiat teh hijau adalah baik untuk kulit muka dan tepung jagung pula mampu menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Gabungan dua bahan ini akan membuatkan sel kulit mati tertanggal. Kulit akan nampak lebih bersih.
2. Oat & Yogurt
Oat juga boleh menanggalkan sel kulit mati dan yogurt akan melembutkan kulit wajah malah akan memutihkan wajah.
3. Serbuk Kopi & Lemon
Lemon pula berfungsi menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah dan boleh memutihkan wajah korang. Kopi dan lemon akan terhasilnya skrub yang akan bertindak menanggalkan sel kulit mati dan juga menghilangkan jerawat pasir.
Cara-cara untuk membuat skrub ini mudah sahaja. Pilih salah satu petua yang dinyatakan di atas dan campur kedua bahan ini hinggalah menjadi skrub. Kemudian, sapukan sahaja di bahagian kulit wajah dan pastikan gosok dengan perlahan.
Cara ini akan membuatkan sel kulit yang mati tertanggal. Apa yang penting, jangan gosok dengan kasar kerana ia akan merosakkan liang pori wajah. Kemudian, cuci wajah dengan air bersih dan lap muka dengan perlahan menggunakan tuala.
Walaupun begitu admin nak ingatkan skrub ini janganlah dilakukan selalu. Lakukan hanya dua kali seminggu sudah memadai.
Personaliti dan kebersihan diri individu sering diukur menerusi penampilan yang kemas serta aroma tubuh menyenangkan.
Selain menarik perhatian individu lain menerusi deria mata yang melihat, rasa sensitif dan kepekaan deria hidung memainkan peranan penting bagi memastikan kehadiran kita mampu diterima sebaiknya.
Semua orang pasti berpeluh dan berpotensi memiliki bau badan yang kurang sedap. Salah satu cara untuk menghilangkan bau badan adalah dengan menggunakan deodorant agar bau badan tidak mengganggu. Deodorant sendiri merupakan produk kosmetik yang memang dibuat khusus untuk membunuh bakteria penyebab bau badan.
Pernah tak anda terlupa memakai deodorant ketika keluar rumah atau pergi ke pejabat?
Pasti anda rasa tidak yakin dibuatnya. Risau badan berbau nanti hingga boleh membuatkan orang sekeliling mengata pula.
Jangan risau, kerana anda masih boleh mengatasi masalah ini tanpa menggunakan deodorant pun. Memetik laman purewow, apa yang hanya anda perlukan ialah hand sanitizer.
Pilih sahaja hand sanitizer kegemaran anda. Apa pun jenisnya, ia mampu menggantikan fungsi deodorant pada ketiak. Jadi ketiak anda tidaklah berbau sehingg menyebabkan orang sekdeliling berasa kurang selesa,
Kemudian, titiskan pada tapak tangan anda sebelum mengoleskannya pada bahagian ketiak. Biarkan ia kering, dan selesai! Anda kini lebih yakin tanpa perlu bimbang dengan bau badan!
Memiliki raut wajah yang awet muda sememangnya menjadi impian setiap wanita. Awet muda tidak hanya membuat wajah menjadi nampak lebih muda dari usia sebenar, malah memiliki kulit yang sihat di usia yang tidak ‘muda’ pastinya membuatkan hijabi lebih yakin kepada diri sendiri.
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk merealisasikan impian mempunyai kulit yang tampak muda, tanpa perlu melakukan sebarang rawatan estetik yang menelan belanja dan kos begitu tinggi.
5 Jenis Buah Ini Jika Selalu Di Makan, ‘Confirm’ Buat Kulit Lebih Sihat Dan Awet Muda!
Antara perkara yang boleh dijadikan rutin mendapatkan kulit yang muda bak gadis remaja adalah dengan bersenam, mendapatkan rehat yang secukupnya, amalkan memakai sunscreen dan memakai produk bersifat anti penuaan (anti-aging).
Namun, ada satu lagi cara yang paling mudah untuk dilakukan Hijabi dirumah sahaja iaitu mengamalkan makan buah-buahan yang sememangnya terkenal baik untuk menjamin kesihatan kulit wajah dan badan, serta membantu melambatkan proses penuaan
Di sini Hijabista senaraikan lima jenis buah-buahan yang jika sering dimakan akan membuatkan kulit anda sihat, tegang dan awet muda. Jom semak!
1. Delima
Buah delima merupakan buah yang disering disebut sebagai buah yang baik untuk kesihatan kulit dan kaya dengan antioksida. Buah delima ini juga dapat mencegah terjadinya kedutan pada kulit.
Selain itu, delima juga disebut-sebut mampu meningkatkan kadar kolagen pada kulit. Jika anda tak suka makan delima, tapi masih mahu mendapatkan kulit awet muda. Boleh je jadikan delima sebagai jus untuk memperoleh manfaatnya!
2. Avocado
Buah seterusnya yang banyak memberi manfaat agar kulit kekal anjal dan remaja adalah buah Avocado. Menurut Healthline, buah Avicado juga kaya dengan antioksida sehingga membuat kulit lebih halus dan lembut. Avocado juga memiliki kandungan yang dapat melindungi kulit dari proses penuaan tau.
Kandungan vitamin A yang terdapat dalam setiap buah Avocado dipercayai mampu membersihkan kulit dari sel-sel kulit mati. Kandungan carotenoids pada Avocado ini juga dapat menghalang sebarang racun dari merosakkan kulit kesan dari terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan.
3. Blueberry
Buah blueberry merupakan buah yang kaya akan kandungan vitamin A dan C. Buah blueberry ini juga mengandungi Antosianin. Kandungan Antosianin ini dipercaya dapat menghalang segala kotorang bebas hinggap pada kulit anda.
Buah berwarna ungu tua ini juga mampu mencegah kerosakkan yang terjadi akibat paparan sinar matahari, dan pencemaran. Buah blueberry juga amat baik dalam mencegah terjadinya kehilangan kolagen dalam kulit.
4. Betik
Betik pula kaya dengankandungan antioksida, vitamin, serta mineral yang mampu memperbaiki keanjalan kulit. Buah yang kaya akan kandungan vitamin A, C, K, dan E mampu melambatkan penampakan garis halus pada wajah.
Betik juga mengandungi enzim yang dikenali sebagai Papain. Papain juga bersifat anti-inflamasi dan sering ditemukan dalam pelbagai produk yang mempunyai tujuan exfoliate.
5. Tembikai
Siapa sangka buah tembikai merah juga termasuk ke dalam kategori buah yang baik untuk kesihatan kulit? Kandungan vitamin A, C, dan E di dalamnya menjadikan buah berwarna merah ini sebagai pencegah terjadinya proses penuaan.
Ya! Buah tembikai juga dapat mencegah kulit agar tidak mudah berkedut atau kerepot.
Jadi kalau hijabi mahu kekalkan keanjalan kulit dan tetap awet muda. Mula lah jadikan amalan memakan buah sebagai rutin mulai sekarang!
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.