Masalah kulit kering antara masalah kulit yang sering menyebabkan seseorang yang mengalaminya berasa kurang selesa. Mana tidaknya, mereka yang memiliki kulit kering sering mendapati kulit mereka mudah mengelupas dan kasar.

Jika ditanya kepada mereka yang berdepan masalah ini, sudah tentu banyak cara dilakukan untuk mendapatkan kulit sihat. Tambahan apabila ruam, kulit berkilat, kesan penuaan, garis halus dan kedut nampak ketara apabila kulit terlalu kering.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Antara faktor yang menjadi penyebab masalah kulit kering ialah kekurangan nutrien, air dan pendedahan terhadap cuaca yang tidak menentu. Sebagai jalan paling mudah sapuan losen dan krim pada dilakukan bagi mengelakkan wajah pedih dan mengelupas.

Photo by cottonbro from Pexels

Dalam kebanyakan kes, kulit kering mudah terjadi berikutan cuaca sejuk, pengambilan ubat dan pemilihan kosmetik atau sabun yang salah. Selain itu, kelenjar sebum yang lambat menghasilkan minyak semula jadi juga boleh menyebabkan kulit kering.

IKLAN

Berikut perkongsian Herna Hanim  tentang tip untuk merawat kulit kering.

Petua dari Korea, tip untuk kulit kering ialah pakai sheet mask setiap hari. Ini merupakan salah satu cara yang sangat popular di negara tersebut agar kulit jadi lembab dan toink toink gitu!

IKLAN
Photo by Shiny Diamond from Pexels

Selepas itu seperti biasa kembali pada amalan yang paling asas. Pastikan minum air kosong lapan gelas sehari. Mana-mana anda pergi, memang wajib ada botol air untuk anda minum supaya tidak ‘dehydrated’ juga bagus untuk kelembapan kulit.

Elakkan mandi air panas dengan kerap.Ya memang ramai yang memilih mandi air panas berbanding air dengan suhu yang normal. Memang seronok bila mandi air panas, tapi terlalu kerap mandi dengan air panas kesannya kulit akan jadi kering.

IKLAN
Photo by Armin Rimoldi from Pexels

Jadi jika anda kerap mandi dengan air panas, pastikan anda pakai losen pada bahagian kulit tubuh dan juga pelembap untuk kulit wajah selepas mandi untuk mengembalikan kelembapan pada kulit.

HIJABISTA: Jika anda seorang yang gemar menonton drama Korea, pasti anda akan lihat ada ‘scene’ yang memperlihatkan aksi pelakon memakai sheet mask dalam rutin seharian mereka. 

Sumber kredit: Herna Hanim

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI