Bicara soal cantik tidak pernah ada surutnya. Ayuh hijabista kongsikan apakah trivia cantik yang sering mereka amalkan untuk kelihatan segar, sihat dan cantik.

Mungkin rutin ini boleh anda amalkan dalam menjalani hidup yang sihat dan cantik sepanjang masa.

1. Victoria Beckham

Trivia Dan Petua Cantik Bintang Hollywood Untuk Dapatkan Bentuk Badan Yang Ideal

“Saya cukup berdisiplin dalam menjaga kecantikan dan kesihatan. Menu sarapan saya adalah teh berperisa pudina dan buah-buahan. Saya juga akan makan makanan yang tidak berminyak seperti sushi. Tidur dan rehat juga amat penting.”

Ads

2. Christina Aguilera

Trivia Dan Petua Cantik Bintang Hollywood Untuk Dapatkan Bentuk Badan Yang Ideal

“Saya mengamalkan fresh diet selama dua tahun tanpa bantuan ahli diet. Antara yang saya amalkan adalah mengambil menu makanan yang tidak melebihi 1600 kalori, seperti protein sayuran dan bijirin. Rutin diet tidak akan berjaya tanpa senaman. Setiap hari saya akan melakukan tekan tubi sebanyak 500 kali dan jogging selama 45 minit.”

3. Miranda Kerr

Trivia Dan Petua Cantik Bintang Hollywood Untuk Dapatkan Bentuk Badan Yang Ideal

Ads

“Saya mulakan hari dengan minum air suam yang diperah dengan lemon. Ia bagus untuk proses detoks dan bagus untuk kesihatan. Untuk mengekalkan bentuk badan, saya hanya menjalankan rutin kecergasan seperti lunges, squat dan lompat bintang. Sesekali saya akan spa untuk menjalankan body-brushing bagi membuang sel-sel kulit mati.”

4. Alessandra Ambrossio

Trivia Dan Petua Cantik Bintang Hollywood Untuk Dapatkan Bentuk Badan Yang Ideal

Ads

“Saya mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang. Setiap hari, salad dan sayur-sayuran segar adalah menu wajib saya. Untuk mengekalkan bentuk badan, saya akan pastikan empat kali seminggu saya akan lakukan pilates, yoga dan menunggang basikal.”

5. Jennifer Lawrence

Trivia Dan Petua Cantik Bintang Hollywood Untuk Dapatkan Bentuk Badan Yang Ideal

” Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, saya hanya akan menjaga makan dan melakukan senaman seperti yoga dan pilates. Selain itu, saya gemar akan teh Camomile dan teh Dandelion yang bermanfaat untuk redakan stres. Ia juga elok untuk detoks.”

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI