Merampingkan kembali perut antara masalah paling lazim dihadapi wanita terutamanya selepas melahirkan anak. Tidak kira sama ada perut menggeleber, buncit dan parut regangan sukar hilang, setiap satunya memerlukan perhatian khusus.
Selain amalan pemakanan sihat, minum air mencukupi dan rutin senaman sihat, terdapat banyak petua tradisional yang boleh dijadikan panduan. Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II
.BAHAN-BAHAN:
3 Uncang Green Tea
2 sudu besar garam bukit halus
3 Sudu besar vitamin E
3 Sudu besar Minyak Kelapa Dara
2 Cawan air
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak 2 cawan air
2. Masukkan 3 Uncang Green Tea
3. Masukkan 3 Sudu besar vitamin E
4. Masukkan 1 Sudu besar garam bukit halus
5. Masukkan 1 sudu besar minyak kelapa
Amal setiap malam. Esok pagi cuci dengan air biasa.
Green Tea wrap membantu menyingkirkan toksin di samping mengeluarkan kulit mati.
*Green tea mempunyai kafein membantu melawan selulit.
*Garam bukit bertindak sebagai agen detoksifikasi yang menyebabkan badan menyingkirkan air berlebihan.
*Vitamin E bertindak untuk menegangkan kulit
*Minyak kelapa dara melicin dan melembabkan kulit
Selamat mencuba!