Merampingkan kembali perut antara masalah paling lazim dihadapi wanita terutamanya selepas melahirkan anak. Tidak kira sama ada perut menggeleber, buncit dan parut regangan sukar hilang, setiap satunya memerlukan perhatian khusus.

Selain amalan pemakanan sihat, minum air mencukupi dan rutin senaman sihat, terdapat banyak petua tradisional yang boleh dijadikan panduan. Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II.

BAHAN-BAHAN:

3 Uncang Green Tea
2 sudu besar garam bukit halus
3 Sudu besar vitamin E
3 Sudu besar Minyak Kelapa Dara
2 Cawan air

IKLAN

CARA PENYEDIAAN:

1. Masak 2 cawan air
2. Masukkan 3 Uncang Green Tea
3. Masukkan 3 Sudu besar vitamin E
4. Masukkan 1 Sudu besar garam bukit halus
5. Masukkan 1 sudu besar minyak kelapa
6. Setelah didih, tutup api
7. Rendam bandage dalam air tersebut
8. Sementara menunggu bandage yang direndam menjadi suam, urut perut dengan 2 sudu besar minyak kelapa dara yang dicampur dengan 1 sudu besar garam bukit halus
9. Kemudian ambil bandage yang direndam dan balut sekeliling perut
10. Ikuti balut dengan plastik untuk mengunci kelembapan dan haba badan.

IKLAN

Amal setiap malam. Esok pagi cuci dengan air biasa.

Green Tea wrap membantu menyingkirkan toksin di samping mengeluarkan kulit mati.

*Green tea mempunyai kafein membantu melawan selulit.

IKLAN

*Garam bukit bertindak sebagai agen detoksifikasi yang menyebabkan badan menyingkirkan air berlebihan.

*Vitamin E bertindak untuk menegangkan kulit

*Minyak kelapa dara melicin dan melembabkan kulit

Selamat mencuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI