Baru-baru ini tular mengenai wajah seorang gadis, Farzana yang begitu mirip sekali dengan wajah penyanyi terkenal Sufian Suhaimi.
Kisah itu telah tular di laman Twitter apabila rakan Farzana telah memuat naik wajahnya dan rata-rata netizen mengakui yang wajah mereka sangat serupa.
Sungguh tidak disangka, akhirnya mereka mendapat peluang bertemu. Macam tak percaya sebab nampak macam kembar pula!
Inilah yang orang katakan pelanduk dua serupa. Tak sangka ya apabila wajah kita seiras dengan wajah artis terkenal. Ada tak di kalangan hijabi yang wajahnya sama macam artis juga? Huhu.
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sebut sahaja Ryan Bakery pasti terbayangkan sifat kelakarnya dan gaya penghiburnya yang cukup menyerlah hingga menjadi sorotan warganet sekalgus membuatkan dirinya mengumpul peminat tersendiri.
Terbaharu, pelawak yang sering melaksanakan content lawak dan tak kering gusi ini telah berjaya menggondol Anugerah ‘Content Creator Tergempak’ di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang lalu sekaligus menewaskan content creator hebat Khairul Aming.
Ketika ditemui wartawan sebaik sahaja merangkul anugerah ini, Ryan Bakery telah mendedahkan kisah bagaimana dia mampu menggapai kejayaan pada hari ini hingga mengundang sebak.
Menurutnya, isterinya kini adalah tulang belakang kepada kejayaan yang diraih pemuda berusia 28 tahun itu. Katanya lagi, Elyia Ibrahim yang ketika itu kekasih, merupakan antara individu yang yakin dan percaya usaha yang dilakukannya diawal permulaan sebagai content creator itu akan membuahkan hasil.
Meski Elyia tidak menuturkan dalam bentuk kata-kata, namun sokongan secara fizikal diberikan seikhlas hati dengan membantu Ryan menghadiahkan barang-barang elektronik (equipment) yang diperlukan oleh seorang Content Creator.
“Saya berniaga popia dan buat video untuk tambah pendapatan. Dia percaya apa yang saya buat, dia keluar duit beli peralatan. Masa tu 2020, saya sampai ke tahap ni adalah atas kepercayaan dia.
“Bila saya cerita kat dia apa yang saya nak, tahu-tahu dah sampai rumah. Jadi sebagai pulangannya, cukup je duit saya terus masuk meminang,” kata Ryan Bakery dalam video yang tular di laman TikTok
Perkongsian video berdurasi dua minit berkenaan telah dikongsikan menerusi akaun TikTok @F8Buzz dan telah mendapat 18 ribu tanda suka dan telah ditonton sebanyak 262.3 ribu penonton.
Tambah Ryan lagi, tindakan isterinya yang percaya akan apa yang dilakukan, harus menjadi inspirasi kepada ramai, agar lebih menghargai pasangan hidup masing-masing yang sentiasa setia bersama disaat jatuh dan bangun dalam kehidupan.
Memiliki tubuh yang langsing dan kurus sememangnya menjadi idaman setiap gadis. Ramai gadis di luar sana sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan tubuh idaman.
Malah, ramai gadis yang obses untuk kurus dengan melakukan diet yang ekstrem. Baru-baru ini viral di media sosial tentang kisah si gadis yang sudah 7 tahun tidak makan nasi.
Farah Tun Kamaruddin yang berumur 21 tahun ini mengakui terlalu obses dengan diet, kesihatan dan kecantikan. Farah sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan yang sihat, berkhasiat dan sentiasa bersenam.
Lebih mengejutkan apabila gadis ini turut mengakui yang dia sudah 7 tahun tidak menjamah nasi serta kuih-muih. Farah juga tidak pernah gagal untuk bersenam setiap hari di gim berhampiran rumahnya sejak berusia 15 tahun lagi.
“Rejim kesihatan yang saya ikuti ini pun saya patenkan sendiri demi untuk kesihatan. Tentang makanan pula, saya banyak makan makanan sihat seperti yogurt, buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihkan makanan protein, selain banyak minum air suam.”
“Saya tidak mengambil minuman dan kuih-muih manis mahupun coklat. Sehinggakan, sekarang saya hampir lupa macam mana rasa coklat dan nasi. Burger terakhir pun saya makan tahun lepas,” ujarnya dalam nada bergurau.
“Sebenarnya, saya bukanlah tidak mengambil makanan lain, tetapi saya akan pastikan jumlah kalori yang diambil. Sekiranya jumlah kalori berlebihan daripada sepatutnya, sebagai contoh, saya ambil terlebih 450 kalori daripada biasa, selepas makan saya akan ke gim untuk bersenam bagi membakar dan menghilangkan semula kalori yang berlebihan itu.”
Biarpun sering ditegur ibu, keluarga dan rakan-rakan, Farah tetap mengamalkan rejim pemakanannya selagi ia tidak mengundang bahaya.
Menariknya, meskipun Farah tidak mengambil sebarangan makanan, dia suka memasak dan membuat kek untuk menjamu orang lain.
Memiliki berat badan 47 kilogram, rata-rata netizen terkejut dengan diet yang dilakukannya. Ada juga yang turut mengkritik bentuk badannya yang dikatakan terlalu kurus.
Semalam, penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tok Ti, telah mengadakan jelajah konsertnya di Jakarta, Indonesia.
Apa yang menariknya, Tok Ti telah berkongsikan video momen indah di Instagramnya bersama anaknya yang tercinta iaitu Siti Aafiyah sebelum konsertnya berlangsung.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.