Masalah kulit breakout memang boleh meruntun keyakinan diri kita terutamanya apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Kalau boleh rasa nak berkurung je di dalam bilik kerana takut dipandang pelik oleh orang lain.

Tak semua bernasib baik untuk memiliki kulit yang flawless kerana lumrah manusia kadang kala kita melalui fasa hormon yang tidak stabil sehingga memberikan kesan kepada kulit wajah sendiri.

Berkongsi di laman Instagram, penyanyi dan pengacara yang sedang meningkat naik iaitu Sissy Iman berkongsi pengalamannya apabila mengalami masalah kulit muka sejak dua tahun yang lalu.

Tambah Sissy, ia jadi lebih memeritkan apabila dirinya ditolak gara-gara kulit wajahnya yang breakout. Hati rasa bagai disiat-siat!

Tengah bersihkan gallery, jumpa pulak gambar-gambar ni.

Circa 2019-2020-2021

I think most of you dah tahu, few years back in 2019, Sissy ada share video Sissy nangis sebab skin teruk & guess what? It doesn’t get any better, in fact it got worst years after that sampai la ke pertengahan tahun ni.

IKLAN


Benda paling sakit sebenarnya adalah bila kita kena reject sebab rupa/kulit. Dah berapa kali hati ni macam disiat bila orang ingat kita tak buat pape untuk jaga kulit. Orang ingat kita pengotor sebab biar ja kulit gitu. Hakikatnya dah berapa banyak duit, berapa banyak product kita campak masuk tong sampah walaupun tak habis pakai sebab tak sesuai dengan muka kita.

Cover la pakai make up? Make up pun sampai tak boleh cover buncit buncit jerawat toh. Letak setitis foundation pun rasa gatal, pedih.. Maka gigih la download macam-macam filter nak kasi diri nampak konon flawless.


But I got through it, kulit dah better sekarang but i don’t even know kalau dia kembali pulang ke state dulu. Doakan tidak, sebab perit guys.

Jadi kalau rupa korang macam gambar kat atas ni dan selalu persoalkan “siapa namaku padamu” pada orang yang korang sayang, Sissy nak bagitahu korang, macam mana pun condition kulit korang, korang tetap Bintang, bukan Buntu. Tak perlu dipersoalkan cinta yang bergantung pada rupa toh. Tinggalkan kalau ia terlalu menyiksakan.

Tanpa gelap malam,
Manakan zahir gemerlap bintang.

IKLAN

Take your time to heal bintang,
With or without jerawat,
Shine on.

#namakupadamu

Sememangnya memeritkan apabila melalui detik-detik sebegini. Orang yang tidak melaluinya tidak akan faham apa yang dirasa. Di ruang komen, ramai yang memberikan sokongan buatnya dan turut berkongsi rasa mengenai masalah sama yang dialami.

IKLAN

Menerima mesej yang bertalu-talu daripada pengikut laman sosialnya, Sissy memaklumkan bahawa keadaan kulitnya kini semakin baik dan terharu dengan sokongan yang diberikan daripada semua.

Dia juga menasihatkan agar siapa yang mengalami masalah yang sama agar terus kuat kerana keadaan pasti akan beransur pulih dan menjadi lebih baik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI