Kajian telah membuktikan kita boleh menurunkan berat badan dengan berpuasa. Seperti Nur Elya Syahirah Norizan,18, dia telah berjaya menurunkan sebanyak 14kg selepas berpuasa selama dua bulan.

Kisahnya itu menjadi perhatian netizen di twitter selepas dia berkongsikan gambar transformasi miliknya yang sekaligus menjadi tular.

Katanya kepada mstar, dia memang nekad untuk menurunkan berat badan kerana mahu memakai baju yang cantik.

“Dulu ambil gambar separuh badan je, sekarang baru berani ambil gambar penuh,” jelasnya.

IKLAN

Elya turut berkongsikan rutinnya untuk mendapatkan berat badan seperti sekarang.

Menurut Elya, sebelum ini dia berasa cemburu melihat rakan-rakannya yang bertubuh kurus. Malah, dia juga mengakui sering terasa hati apabila fizikal dirinya ditegur oleh orang sekeliling.

IKLAN

“Target saya nak kurus lepas habis sekolah. Jealous tengok kawan-kawan kurus. Berat saya naik mendadak masa tinggal di asrama.

“Dulu masa gemuk, orang cakap saya macam makcik-makcik. Dulu orang fikir saya kakak kepada mak saya, sebab mak kecil orangnya.

IKLAN

“Ada saudara pernah tegur, kenapa anak lagi besar daripada mak? Saya terasa hati tapi jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kurus,” katanya yang sedang bekerja di sebuah restoran sementara menunggu panggilan untuk menyambung pengajian.

Selain keyakinan diri bertambah, berat badan terbaharu Elya membuatkan dia lebih senang untuk mencuba pelbagai fesyen.

Bukan itu sahaja, Elya juga terharu dan mengucapkan syukur apabila kisah transformasinya itu mendapat reaksi positif daripada netizen.

kredit: twitter @elyaasyahirah, mstar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI