Kehidupan di negara asing tidak semudah yang disangkakan. Budaya dan adat tentulah berlainan berbanding dengan negara kita. Ia tentunya memerlukan masa dan kesabaran untuk menyesuaikan diri dengan cara kehidupan di tempat orang.

Bagi seorang hijabi pula, tentunya cabarannya lebih tinggi. Hal ini kerana bukan semua masyarakat di luar negara sudah ‘terbiasa’ dengan kewajipan yang harus dipatuhi oleh setiap wanita Muslimah.

Baca perkongsian Zunita Ramli tentang cabaran seorang hijabi yang tinggal di negara matahari terbit.

“Boleh buka hijab?,” tanya Direktor.

“Maaf, ini agama saya. Saya tak boleh buka,” jawab Kak Nita, sambil tertunduk-tunduk memohon maaf.

Sebenarnya, kebanyakan orang Jepun kurang cakna mengenai Islam. Kurang pendedahan mungkin. Tapi bila dijelaskan sebabnya, mereka faham dan amat hormat pada kita.

IKLAN

Sepanjang beberapa kali berlakon di Jepun ini, Kak Nita memang nyatakan pendirian Kak Nita yang Kak Nita tak akan buka hijab, tak mahu pegang tangan atau bersentuhan dengan lelaki, berpelukan dan sebagainya. Kak

Nita perlu solat bila tiba masanya dah hanya makan makanan halal sahaja. Alhamdulillah mereka respek pada pendirian Kak Nita.

Pernah satu kali, Kak Nita tergelincir atas salji. Sebelah Kak Nita masa tu kru Jepun lelaki. Dia tak tolong Kak Nita pun, tapi terjerit-jerit panggil kru perempuan untuk bantu Kak Nita.

IKLAN

Dah jatuh tergolek dah punnn baru datang orangnya. Lepas tu dia tanya Kak Nita semula, lelaki tak boleh pegang kan? Hmm…Betullah tu.


Berdakwah di bumi asing ini bukan mudah.

Kak Nita bukanlah pendakwah hebat dengan dalil-dalil dari Al-Quran, tetapi tanggungjawab Kak Nita sebagai duta kecil Islam di bumi matahari terbit ini akan Kak Nita jalankan sebaiknya.

IKLAN

Moga bidang lakonan ini menjadi asbab untuk Kak Nita dedahkan pada orang Jepun mengenai solat, hijab dan apa-apa berkaitan Islam.

”Aku pergi ke negara Barat, kudapati disana Islam tapi tidak kulihat Muslim. Sebaliknya, aku pergi ke negara Timur, kudapati di sana Muslim tapi tidak kulihat Islam” – Syeikh Muhammad Abduh –

InshaAllah.

Sumber kredit: Zunita Ramli

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI