Selain kesihatan tubuh badan, setiap wanita atau gadis begitu menitik beratkan penjagaan wajah. Memang jadi kebimbangan jika jerawat tumbuh atau kulit wajah mengalami masalah ‘breakout’ ini. Boleh dikatakan sebagai mimpi ngeri kerana masalah jerawat atau ‘breakout’ yang dialami menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan. Bagi gadis menggelarkan namanya Sabreen atau di laman twitter Sabrina Sofiadin ini juga turut mengalami masalah yang sama empat tahun lalu. Namun dia jenis tak berputus asa dan berusaha memperbaiki kulit yang bermasalah hingga akhirnya menjadi ‘flawless’. Macam tak percaya tetapi inilah antara tip yang dia gunakan.
Perkognsian gadis ini transfromasi kulitnya dimuat turut di laman twitter. Melalui ‘thread’ ini diharap boleh dijadikan panduan terutama bagi gadis yang mempunyai masalah kulit yang sama. Bayangkan dari mempunyai kulit berjerawat teruk. Kini Sabreena mampu tersenyum kerana kulitnya kini sangat licin dan halus.
Mengalami breakout empat tahu lalu.
Normal kalau tumbuh jerawat.
Guna lokal produk.
Boleh keluarkan toksin
Tapi kulit lagi teruk, jerawat teruk.
Pakai produk ikut bajet, tapi naik lagi mendadak.
Tak nak kulit puth, tapi nak bersih.
Ads
Try berbelanja lebih beli produk lain.
Membantu tetapi harganya mahal. Cari pula di farmasi.
Hanis Zalikha antara selebriti yang sudah hampir empat tahun berhijab sejak 2015. Kalau dulu pelakon dan pengacara popular ini cukup aktif berblogging, tetapi kini haluannya sedikit berbeza.
Hanis dilihat selesa menjadi suri rumah melayan anaknya Yusuf Iskandar yang sudah berusia 3 tahun dan Alisa Aisyah 3 bulan. Selain itu Hanis ada juga mengendalikan bisnes tudung dengan jenama Cakenis dan terbaharu Cakenis Curves Set.
Hanis tidak pernah lokek berkongsi rahsia menjaga penampilan, penjagaan anak dan juga kecantikan susuk tubuh yang sehingga kini tidak nampak berubah walaupun sudah memiliki 2 cahaya mata malah akuinya lebih kecil dari sebelumnya.
Cakenis Curve Set rahsia tampil kekalkan bentuk badan, buah tangan Hanis untuk peminat set bengkung didatangi dengan 3 rekaan yang sesuai ketika pantang dan selepas bersalin. Yang paling istimewa Cakenis Petite Oil, tiga kandungan aktif adalah peppermint oil, lavender oil dan rosa seed oil.
Rosa seed oil membantu melembapkan kulit dan memudarkan parut dan sesuai disapu di bahagian yang berlemak. Bahagian badan kita yang berlemak (perut/pinggul/lengan) berpotensi regang, seterusnya menghasilkan stretchmark/rekahan. Jadi sapuan Cakenis Petite Oil di kawasan berlemak bertujuan merawat kulit bahagian berlemak daripada stretchmark dan minyak ini bukan untuk memecahkan lemak.
Kelebihan minyak ini jua boleh mengawal nafsu makan dengan aroma peppermint oil sendiri yang buat kita kurang selera makan. Hanis merujuk pada penyelidikan (university study (https://www.aeroscena.com/pages/research-oils-30) di mana dalam kajian itu peserta inhaledpeppermint oil (di bawah pemerhatian setiap 2jam) & kadar pemakanan mereka direkod berkurangan dalam tempoh 2 minggu. Berbanding peserta yang tidak inhale (sedut/hidu) peppermint oil.
Hanis akui yang seleranya amat tinggi “maka untuk orang yang selera makan sangat tinggi macam saya (I’m a real foodie), memang sangat membantu untuk displin makan salad & ikan sahaja. Jadi itulah caranya saya dapat pinggang yang lebih kecik daripada sebelum ni.” Sebab saya berjaya DIET dengan baik, betul & berpanjangan, bersama bantuan Cakenis Petite Oil.
Setelah berhijab, ramai yang suka sekali lihat cara pemakaian tudung Hanis yang simple dan ia memang menjadi tumpuan netizen. Kebanyakan follower di instagram yang berjumlah 5.4 juta ini ingin tahu cara pemakaian tudung stail Hanis Zalikha.
Nampak gaya itu sesuai sekali dipakai terutama bagi yang mempunyai anak kecil aktif, lasak dan sedang membesar. Walaupun Hanis sibuk melayan anaknya itu, hijab digayakan tetap terletak cantik di atas kepala. Dia juga tidak perlu gaya keterlaluan hanya cuku sekadar hijabnya di selempang kiri dan kanan. Hanis tetap kelihatan stailo dan caranya yang tersendiri.
Hanis tidak lokek berkongsi tutorial ringkas cara menggayakan hijab seperti yang digayakan setiap hari. Tidak perlu pin, cukup sekadar inner neck untuk menutup leher daripada terdedah. Perkongsian tutorial tudung di laman IG Hanis ini mendapat tontonan 459K.
Orang wanita memang tak lari dari rasa nak tampil cantik. Apa juga petua pasti akan dicuba. Cuma, adakah semua yang kita buat itu dibolehkan dalam Islam?
Misalnya mencukur buku kening. Ramai yang buat lebih-lebih jika bulu kening berserabut hingga mencacatkan riasan wajah.
Dalam hal ini hukumnya adalah HARAM bagi wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu kening.
Rasulullah SAW mengutuk orang yang mencukur bulu keningnya dan orang yang diupah untuk mencukur bulu kening wanita.
Para ulama menyatakan bahawa hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang mencukur bulu kening bagi wanita.
Larangan ini termasuklah membentuk bulu kening, mencabut untuk mencantikkan bulu kening dan mencukur adalah perbuatan yang dilarang dan haram apabila melakukannya.
Bagi dunia fesyen di Malaysia, ia merupakan satu perjalanan penyesuaian, menerima budaya dan cabaran yang inovatif. Apa yang pernah dipakai oleh nenek moyang kita telah menjadi tradisi yang kuat untuk kita gunakan sebagai alat pada zaman moden.
Menyambut raya dengan cara yang paling sederhana dan cenderung budaya. Namun setiap tahun kita bertanya kepada diri sendiri, adakah kita sudah cukup memberi?
Pengarah kreatif Shalma Ainaa telah memimpin SHALS selama 10 tahun, kali ini menyematkan idea yang menyedihkan berdasarkan koleksi yang mengabungkan yang lalu dan yang baharu. Selepas bertahun-tahun meragui dan bersembunyi melalui bayangan, SHALS akhirnya bersedia untuk berkongsi koleksi yang sebagai penanda aras untuk tahun-tahun akan datang.
Ini adalah koleksi yang memberi penghormatan kepada masa lalu. Ini adalah koleksi yang membantu jenama SHALS membuka jalan ke era baharu. Koleksi ini adalah jambatan yang mengikat yang lama dengan yang baru.
Koleksi Raya SHALS tahun ini memperkenalkan beberapa siluet dan corak baharu untuk jenama tersebut. Di samping reka bentuk yang benar-benar baharu, bahan yang digabungkan dalam Old Meets New dipilih dengan teliti untuk memastikan keselesaan memenuhi kemewahan, sesuai untuk menyambut Raya di Malaysia.
Tahun ini, pengarah kreatif Shalma Ainaa mahukan karya abadi tidak pakai untuk musim raya malah boleh dipakai pada masa lain dalam setahun. Dia tidak mahu mengehadkan koleksi raya hanya untuk musim perayaan. Fleksibilitinya membolehkan orang ramai menggayakan pakaian mengikut citarasa mereka, sama ada mereka mahu pergi ke laluan yang lebih tradisional atau sentuhan moden.
Selain itu, Old Meets New menekankan keterangkuman. Terdapat sesuatu untuk semua orang, yang mewujudkan ruang untuk keperibadian dalam fesyen yang sederhana. Pasukan SHALS dan Shalma Ainaa telah mengeluarkan koleksi yang memenuhi keperluan semua orang. Kepelbagaian Old Meets New sudah pasti menjangkakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu bahagian yang akan menarik minat seseorang.
“Pakaian kami sememangnya moden, walau bagaimanapun kesederhanaan biasa dan warna boleh pakai masih menjadikan koleksi kami tidak jauh dari tradisi,” kongsinya.
Old Meets New telah dilancarkan secara rasmi pada 18 Mac 2023 dengan jumlah keseluruhan daripada 10 rekaan wanita dan 6 rekaan lelaki untuk dipilih. Di sebalik karya ini, SHALS boleh bernafas dalam suasana baru. Menukar naratif dengan harapan bahawa semua komuniti akan dapat menyesuaikan diri dengan hala tuju baharu SHALS yang paling dinanti-nantikan.
Mengambil cabaran ini, SHALS memperkenalkan jalan cerita dan siluet baharu kepada komuniti mereka. Shalma Ainaa tahu bahawa gambar sahaja tidak akan memberikan keadilan kepada Old Meets New dan oleh itu filem fesyen pertama telah dilahirkan. Anda boleh tonton video yang kini telah mendapat lebih 150K tontonan di platform SHALS IG dengan lebih daripada 200 komen bertindak balas terhadap video tersebut.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.