Menerima anugerah ‘Dewi Inspirasi’ sewaktu pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Nik Nor Farzuwin Nik Ismail atau lebih mesra disapa Aween, 22, kini tidak lagi menoleh ke belakang apabila berusaha mengembangkan bakat yang ada untuk terus relevan dalam dunia hiburan.

Meskipun kini sibuk melakukan tiga pekerjaan dalam satu masa, Aween tidak sesekali merungut malah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.

LAKUKAN 3 KERJA DALAM SATU MASA

“Aween kini bekerja sebagai perunding kecantikan di sebuah hospital swasta bagi produk kecantikan estetik. Dalam masa yang sama, Aween juga merupakan seorang model dan pelakon. Memang Aween berazamlah untuk terus fokus dalam industri ini.

“Hari cuti Aween adalah pada hari Ahad dan Isnin. Waktu inilah kebiasaannya Aween akan isi dengan tawaran peragaan dan juga lakonan. Tetapi kalau untuk drama itu memang memerlukan jangka masa yang panjang jadi Aween akan uruskan masa sebaik yang bolehlah supaya segalanya seimbang,” ujar anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Dibesarkan di Rawang,Selangor, gadis yang mempunyai diploma dalam pengurusan perniagaan ini menjelaskan bahawa dia sudah terbiasa dengan kesibukan dunia peragaan sejak dari zaman persekolahan lagi.

“Sejaka dari tingkatan dua lagi Aween sudah ada pengalaman sebagai model untuk produk di Astro Go Shop. Ia tidak menjadi masalah untuk Aween melakukan pelbagai kerja dalam satu masa cuma memang penatlah.

IKLAN

“Kalau dahulu mungkin Aween hanya menjadi ekstra sahaja dalam satu produksi namun kini peranan yang diberikan lebih besar dan akan mengambil masa berhari-hari untuk rakaman. Tapi Aween okey sahaja malah seronok melakukannya,” jelas anak ketiga daripada lima beradik ini.

RAJIN TONTON YOUTUBE UNTUK SENAMAN

Berbicara mengenai dunia kecantikan, Aween akui kerjaya memang memerlukan dirinya untuk sentiasa tampil cantik di khalayak ramai namun dia tidaklah terlalu rigid mengikut rutin penjagaan wajah.

“Kerja sebagai perunding kecantikan ini memang memerlukan kita untuk sentiasa cantik di hadapan orang. Kalau tak jaga susahlah kita nanti. Aween tidak melakukan suntikan pun tetapi Aween hanya mengamalkan penjagaan yang asas sahaja seperti pencuci, penyegar, pelembap dan krim pelindung cahaya matahari.

IKLAN

“Tiada yang eksklusif mengenainya. Kalau dari segi kesihatan pula, Aween akan melakukan squat di rumah sambil menyaksikan tutorial di YouTube kerana tiada masa untuk keluar.

“Waktu zaman sekolah, Aween memang aktif dalam seni persilatan. Selepas itu, Aween mengikuti pula kelas muay thai namun ia terhenti separuh jalan disebabkan kekangan waktu pada masa itu.”

IKLAN

TERUJA BERLAKON DI BAWAH MICHAEL ANG

Pernah membintangi drama rantaian Setelah Terlafaznya Akad, Aween begitu teruja apabila diberikan tawaran tersebut kerana sudah lama mengidamkan untuk berlakon di bawah arahan Michael Ang.

“Aween ditawarkan peranan dalam drama tersebut pada saat akhir. Waktu itu Aween sedang berada di kampung di Kelantan. Malam itu Aween dapat panggilan daripada Astro dan sejurus itu kami satu keluarga terus pulang ke Selangor.

“Sampai sahaja di lokasi penggambaran, Aween terus dapat skrip dan cuba untuk menghafalnya sebaik mungkin. Perasaan gugup itu jangan cakaplahkan. Ada kru yang cakap ‘susahlah dia ni’, ia sedikit sebanyak membuatkan Aween berasa sedih dan stress kerana kita baru sahaja terima skrip dan itu merupakan pengalaman pertama Aween.

Tetapi Aween tidak ambil pusing semua itu dan hanya bersabar sahaja kerana Aween sedar ini adalah asam garam dunia seni dan cabaran untuk Aween melangkah lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Mael Totey arahan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli.

https://www.instagram.com/p/CDENq79FRhb/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI