Sebagai seorang publice figure memang perlu menjaga penampilan terutama ketika berada di khalayak. Maklumlah ada antara netizen yang menjadikan mereka sebagai idola. Jadi apa yang dilakukan akan diikuti terutama sekali petua dalam menjaga kecantikan. Salah seorang yang begitu ‘beauty conscious’ adalah Rita Rudaini. Jika dilihat pada wajahnya, bagai tak makan dek usia walaupun sudah berusia awal 40-an. Apa agaknya rahsia kecantikan beliau yang kekal langsing dan sihat.

Ketika bertemu di pelancaran Safi Rania Gold Beetox baru-baru ini, Rita mendedahkan rahsia kecantikannya. Rupanya senang dan amat mudah untuk diikuti. Tidak perlu menggunakan produk mahal ataupun membuat rawatan kecantikan kerana semuanya dilakukan sendiri.

Patutlah cantik @ritrud727 ini rahsianya. Rajin pergi gym… #hijabistamag #hijabistamagazine #hijabi #hijab

A post shared by Hijabista Magazine, KL MY (@hijabistamag) on

Menurut ibu kepada dua anak ini, untuk menjaga kecantikan kulit dan kesihatan tubuh badan, Rita akan melakukan exercise di gym. Menurut coach yang melatihnya, jika kita rajin melakukan senaman ini, kulit akan menjadi tegang dan perjalanan darah menjadi lancar.

IKLAN

A post shared by @ritrud727 on

Memang ada kebenarannya apabila Rita melakukannya kulitnya menjadi tegang dan badan juga sentiasa sihat dan cergas.

IKLAN

Dia juga sebenarnya tiada masalah untuk mencuci muka menggunakan apa jua produk. Malah baginya muka perlu dicuci sebersih-bersihnya sebelum tidur untuk mengelakkan masalah kulit lain.

IKLAN

A post shared by @ritrud727 on

Lagi satu, Rita juga banyak minum air. Biasanya dia akan bawa botol besar dan akan habiskan satu hari. Minum air yang mencukupi amat penting bagi memastikan kulit kekal sihat dan ceria.

Buat masa ini drama Rita Mi Laksa & Laksam sedang bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.58 pm di TV3. Bergandingan dengan Aqasha, Raysha Rizrose, Umar Harith dan juga Farzana Latiff.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI