Siapa tidak kenal dengan pelakon,penyanyi dan juga pengacara popular iaitu Alif Satar. Baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Seperti Aku ini telah meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke-4 bersama isteri tercinta iaitu Shadila Halid.
Alif telah memuat naik gambarnya menikmati makan malam bersama isteri tercinta di laman instagramnya. Kapsyen yang ditulis Alif buat isterinya yang tersayang ternyata sangat menarik walaupun hanya ucapan yang pendek dan ringkas. Mari kita lihat!
Hilang segala debaran saat mahu bernikah dengan kamu.
4 years together today.. ? malam sebelum nikah, nervous tu, mak aihhhh lain macam. Tapi bila bangun pagi hari nak menikah tu, i felt so calm because i know i’ll be spending the rest of my life with her. Happy anniversary my darling @shadilahalid i love you to infinity and beyond..❤️ p/s nak type sweet-sweet ni tak reti, sebab nak type je macam ada bawang keliling.. so,i’ll just show you how much i love you ,cheebs.
Untung sekali isterinya mendapat suami semanis Alif yang sangat menghargai insan tersayang! Semoga pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama anak-anak yang tersayang hingga ke Jannah. Amin.
Shopping dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! Apatah lagi bila tiba jualan murah, pasti ramai yang memborong segala barang yang diinginkan. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara untuk berjimat tau waktu membeli-belah. Eh, bagaimana tu?
Di Twitter, akaun @magicbrushes_ telah berkongsikan cara dan tips nak berjimat waktu online shopping. Wow, menarik ni!
Pembaca berita dan juga personaliti TV3 Hawa Rizwana Ahmad Redzuan bersyukur dan gembira apabila diberikan peluang untuk mengacarakan rancangan berprestij MeleTOP selaku hos tetap, menggantikan Neelofa bergandingan bersama Ahmad Nabil Ahmad.
Bagaimanapun, ketika ditanya Hijabista adakah dia rasa tertekan kerana sering dibayangi Neelofa dari segi paras rupa dan terkini mengikuti jejak langkah Neelofa mengacarakan MeleTOP ini respon Hawa.
Menurut Hawa segala peluang dan cabaran yang bakal dihadapinya sebagai pengacara MeleTOP selepas ini sebagai rezeki yang akan digarap sebaik mungkin sebagai pengalaman yang berharga dan akan memberikan yang terbaik bagi program itu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini rezeki atau perancangan yang saya sendiri tidak jangkakan. Tak pernah terfikir pun yang saya akan mengacarakan program berkonsepkan hiburan.
“Apabila sudah dipilih, sudah tentu saya akan cuba buat yang terbaik. Saya anggap peluang ini sebagai proses pembelajaran yang berterusan.
“Yang baik, kita akan perkemaskan lagi manakala yang buruk pula, kita akan kurangkan. Doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Hijabista.
Bagaimanapun, mengulas mengenai tekanan apabila acap kali dikaitkan dengan selebriti popular tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor, Hawa tidak menafikan ada kalanya dia berasa gementar apabila dipertanggungjawabkan mengalas bebanan yang ditinggalkan Neelofa.
“Bila pertama kali diundang sebagai hos jemputan, sejujurnya saya agak risau ditambah pula bila ada penonton di studio. Rasa seram sejuk memang ada.
“Kalau lihat pengacara sebelum ini pula, Neelofa satu nama yang sangat besar serta sudah mengacarakan program ini untuk jangka masa yang sangat lama. Penonton sudah sinonim dengan keserasian Neelofa dan Nabil.
“Malah, hos-hos jemputan yang lain pula jauh lebih berpengalaman tetapi saya akan cuba serap segala perkara baik itu. Gementar dan tekanan itu pasti ada tetapi saya tidak akan sia-siakan
peluang ini,” ujarnya.
Selain itu, penyampai radio Buletin FM yang juga pengacara Wanita Hari Ini, memohon agar dirinya diberikan peluang sama, untuk mengemudi MeleTOP mengikut cara dan gaya tersendiri tanpa perlu dibandingkan dengan Neelofa.
“Ada yang kata saya dapat sesuatu kerja itu kerana muka saya sama seperti beliau. Saya graduan kewartawanan dan saya memang sudah lama berhasrat untuk bekerja di bidang ini tanpa ada perancangan untuk menjadi orang lain.
“Siapa sahaja yang suka bila diri mereka disamakan dengan orang lain? Saya pasti semua orang mahu dikenali dan dihargai kerana diri mereka sendiri.
“Ingin saya tegaskan disini, apa sahaja yang saya lakukan sama ada makan, bercakap, mengacara atau sebagainya, itu adalah diri saya Hawa Rizwana,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hawa telah diperkenalkan secara rasmi selaku pengacara baharu program hiburan itu,sebentar tadi.
Semenjak pengunduran Neelofa dalam program hiburan itu pada Disember 2019, Meletop tidak menemui pengacara tetap wanita sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu.
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, mencari dan mengguna pakai topeng bagi melindungi diri dari dijangkiti, kajian terbaharu telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus. Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.