Penyegar kulit wajah  mesti dipakai selepas mencuci wajah. Ramai percaya penyegar wajah berfungsi untuk menenangkan, menghaluskan dan mempersiapkan kulit sebelum memakai serum atau produk kecantikan yang lain.

Pemakaian penyegar wajah juga sebenarnya dapat membantu menghilangkan lebihan minyak dan menghapuskan sel kulit mati yang terdapat pada kulit wajah. Namun tahukah anda bahawa kita sebenarnya tidak perlu menggunakan penyegar wajah?

Ikuti perkongsian Dr Nazelia

KENAPA KEBANYAKAN DOKTOR KULIT TIDAK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN PENYEGAR KULIT WAJAH?

IKLAN

Kebanyakannya tetapi bukan semua. Doktor sendiri tidak menggunakan penyegar wajah.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Bersihkan-Sekatakan-Lembapkan. Tiga langkah ini sentiasa tersemat dalam minda masing-masing yang sentiasa mahu menjaga penampilan kulit wajah. Walau bagaimanapun tiga langkah ini sudah memadai: Bersihkan-Lembapkan-Lindungi kulit dari sinar UV.

Adakah penyegar wajah benar-benar sekatakan kulit? Jawapannya tidak. Sebenarnya kebanyakan penyegar wajah mengandungi alkohol yang hanya mengeringkan kulit tanpa sekatakannya. Penyegar wajah mungkin berkesan bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.

IKLAN
Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Ini kerana kandungan alkohol akan membunuh bakteria dan mengawal sebum yang menyebabkan jerawat, tapi tidak mempunyai apa-apa benefit untuk kulit normal/kering.

Bagaimana pula dengan essence? Penyegar wajah dengan essence menpunyai fungsi berbeza walaupun tekstur yang sama. Essence yang kebanyakannya datang dari Korea berfungsi untuk melembapkan kulit, bukan sekatakannya.

IKLAN

Jangan keliru dengan fungsi penyegar wajah. Jadi kenapa perlu bayar lebih untuk produk yang tak diperlukan bukan?

HIJABISTA: Jika anda mengalami masalah kulit seeloknya dapatkan nasihat daripada yang pakar. Jangan hanya mencuba-cuba pelbagai jenis produk perawatan wajah sehingga akhirnya masalah kulit yang dihadapi semakin menjadi teruk.

Sumber kredit: Dr Nazelia Top image: Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI