Dalam koleksi produk solekan ‘blusher’ atau pemerah pipi adalah satu item solekan yang sangat penting. Mungkin anda tidak berapa gemar dengan alat solekan yang lain namun pastikan ‘blusher’ merupakan satu alat solek ‘must-have’ untuk semua hijabi.
Blusher dapat membantu memberi sedikit ‘warna’ kepada wajah anda agar anda tidak kelihatan terlalu pucat dan kusam. Terdapat banyak warna ‘blusher’ di pasaran dan ia pastinya mengelirukan hijabi untuk memilihnya. Tidak semua warna sesuai untuk tona kulit anda.
Berikut panduan memilih warna ‘blusher’ yang sesuai dengan tona kulit anda:
Tona Kulit Cerah
Tona Kulit ‘Medium’
Tona Kulit Gelap
TIP MEMAKAI BLUSHER
1. Pakai blusher berwarna lembut semasa siang dan terang sewaktu malam
2. Pakai blusher selepas solekan terakhir. Senang hendak agak ketebalan yang anda akan sapukan nanti.
3. Bagi yang memiliki kulit putih atau cerah, warna blusher yang paling sesuai adalah pink. Sama ada soft pink, brown pink atau dark pink.
IKLAN
4. Untuk kulit kuning langsat, anda boleh pakai pink yang ala-ala peach color, baby pink, brown orange atau chocolate mocha.
5. Kulit wanita Asia iaitu sawo matang lebih sesuai pakai bronze, red plum, dark orange dan soft brown.
6. Untuk si hitam manis yang tan kulitnya sesuai sangat dengan peach color, apricot,plum, coral dan deep orange.
JENIS -JENIS BLUSHER
Balls: Bentuknya menyerupai bebola kecil. Cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.Sesuai untuk semua jenis kulit.
Krim: Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. Warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak.
Padat: Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
.
IKLAN
Gel: Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering. Guna jari saja untuk mengaplikasikannya di pipi.
Powder/Loose : menyerupai bedak tabur dan sesuai untuk sesiapa memiliki kulit berminyak.
Jadi, selepas ini pasti tiada lagi masalah untuk memilih ‘blusher’.
TEKNIK SAPUAN BLUSHER MENGIKUT BENTUK WAJAH
Bujur: Sapu blusher kat bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher kat atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor woww gitu..
Bulat: Buat teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur.Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.
IKLAN
Lonjong: Bagi wanita yang memiliki wajah lonjong,gunakan blusher tepat pada tulang pipi dengan sapuan mendatar.Gunakan warna yang lebih terang agar tertumpu pada bahagian pipi dan ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.
Persegi: Untuk menyamarkan potongan rahang,sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari dagu dan pipi sehingga ke telinga
Hati : pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang.
PILIHAN BLUSHER DENGAN HARGA BERPATUTAN BOLEH BELI DI DRUGSTORE
Revlon Powder Blush
Blusher jenis ini sesuai untuk anda yang kulit berminyak kerana jenama Revlon sangat dipercayai bagi mereka yang memiliki masalah kulit berminyak. Hanya dengan sekali sapu, tekstur pemerah pipi ini akan berubah menjadi bedak dan menyerap kesan peluh yang terdapat dipermukaan wajah.
Maybelline Master Flush Blush Stick
Blusher dari Maybelline berbentuk stick ini sangat mudah untuk dipakai, terutama sekiranya anda sering mengejar masa. Hanya calit dan sapukan sahaja, pemerah pipi ini mempunyai formula jenis krim yang mudah meresap pada kulit dan boleh tahan lama.
Silky Girl Jelly Cheek Tint
Pemerah pipi dengan warna yang menarik ini mempunyai bau yang harum dan sesuai untuk dikenakan pada semua jenis kulit. Dengan cara pemakaian yang betul, pipi anda akan nampak rona kemerah-merahan
Pixy Twin Blush
Bagi wanita yang gemarkan solekan trendy dan ranggi, cuba pemerah pipi dari jenama PIXY ini. Warna yang sangat terang dan cerah, menaikkan keunikan serta keserian kulit wajah anda.
Memandangkan setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah kulit yang berbeza, amat penting untuk pilih double cleanser yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit kita.
Dengan kewujudan pelbagai produk di kedai personal care, memilih produk untuk double cleansing memang agak memeningkan terutama sekali kalau kita tak pasti bahan apa yang patut kita pilih untuk jenis kulit kita.
Double cleansing adalah teknik popular yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Korea dan Jepun. Wajah dibersihkan dua kali. Pertama, dengan oil-based cleanser atau cleansing balm atau cleansing cloth, dan kedua dengan water-based cleanser.
Photo by Sora Shimazaki from Pexels
Teknik ni dikatakan boleh membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pada kulit anda sekiranya anda hanya mencuci muka anda sekali sahaja.
Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, mungkin anda biasa mendengar kaedah perawatan double cleansing bukan? Salah satu sebab mengapa anda rajin mencuci muka tapi masih muncul jerawat baru adalah kerana tidak memaksimumkan saat membersihkan kulit wajah. Ia menyebabkan kotoran dan sisa mekap masih menempel dan tidak terhapus dengan sempurna.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DOUBLE CLEANSING?
Double cleansing adalah proses membersihkan wajah dengan dua tahap pembersihan agar kotoran, debu, minyak, dan sisa mekap tebal dapat benar-benar tertanggal. Ia sebagai salah satu persediaan sebelum penggunaan produk-produk perawatan yang lain.
Photo by cottonbro from Pexels
Selain untuk mendapatkan kulit sihat dan lebih berseri, double cleansing juga dapat membantu produk perawatan kulit mudah diserap juga supaya produk perawatan kulit wajah yang akan kita gunakan selepas itu dapat diserap oleh kulit yang telah benar-benar bersih.
BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MELAKUKAN DOUBLE CLEANSING
Lakukan double cleansing ini pada malam hari setelah selesai semua aktiviti sahaja. Kalau waktu pagi, sudah cukup membersihkan wajah sekali sahaja menggunakan pembersih wajah (facial wash) untuk menanggalkan minyak dan juga sisa produk perawatan wajah yang dipakai semalaman (night cream/serum).
Ini adalah langkah yang betul untuk melakukan double cleansing:
LANGKAH 1: GUNAKAN PEMBERSIH WAJAH ATAU MAKE UP REMOVER
Di pasaran terdapat pelbagai jenis make up remover – dari cleansing oil, cleansing milk, cleansing cream, cleansing toner, sehingga micellar water yang kini sedang popular dipasaran.
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan berjerawat, gunakan make up remover berbentuk air atau water based atau micellar water. Tapi bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif, boleh cuba cleansing milk.
Tidak disarankan penggunaan cleansing wipes bagi langkah ini kerana ia tidak akan menanggalkan kesan mekap secara sempurna. Kalau sudah menggunakan cleansing wipes pun, anda masih tetap perlu melakukan langkah pertama ini.
Aplikasikan pada seluruh wajah dan leher sambil melakukan urutan lembut dan ringkas dari bahagian dahu hingga ke bahagian dahi. Kemudian selepas selesai mengurut wajah selama beberapa minit, cuci muka dengan air.
LANGKAH 2: FACIAL WASH
Bersihkan kembali kulit wajah yang telah bebas mekap juga kotoran dengan pembersih wajah (facial wash). Langkah 2 ini dilakukan untuk memastikan agar kulit telah benar-benar bersih. Urutan wajah dari bahagian dahu hingga ke dahi juga sangat penting untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian kulit wajah agar kulit wajah nampak lebih berseri.
9 Kesalahan yang sering dilakukan ketika double cleansing:
1. Tidak membasuh tangan sebelum menggunakan sebarang pencuci muka.
2. Menggunakan ‘raw’ oil cleanser seperti minyak kelapa dan sebagainya.
3. Menggunakan oil cleanser dalam keadaan tangan yang basah atau muka yang basah.
4. Menggunakan oil cleanser dalam kuantiti yang sangat sedikit.
5. Selepas oil cleanser dipam pada tangan terus sahaja ia digosokkan pada muka.
6. Mengambil masa yang sangat pendek ketika mencuci muka menggunakan oil cleanser dan tergesa-gesa membilas muka dengan air.
7.Tidak menambah air setelah menggosok muka dengan oil cleanser. Teknik ini dipanggil emulsi yang bertujuan untuk memecahkan molekul minyak.
8. Bilas dengan menggunakan air sejuk.
9. Tidak lap muka sebelum menyambung penggunaan water-based cleanser.
HIJABISTA: Solekan pada kulit wajah perlu dibersihkan dengan teliti agar kulit boleh bernafas dengan sempurna. Jika masih ada kesan solekan yang masih menempel pada kulit wajah tentunya akan menyebabkan liang-lianh pada kulit wajah tersebut maka terjadilah masalah jerawat.
Menzahirkan kecantikan melalui penampilan, sudah pasti kecantikan peribadi menjadi ukuran sesiapa yang memandang. Elak membeli barang yang tidak berkualiti, hijabi pencinpta kecantikan jom lihat produk terbaharu yang dilancarkan di Sephora Malaysia. Pasti tak rugi!
Menariknya koleksi terbaharu dari penjagaan rambut, wajah malah badan yang membuat anda terpesona dengan formula baharu di dalam setiap produk. Bertemakan ‘Beauty Your Way’, Sephora Malaysia menemui kecantikan yang sesuai dengan gaya hidup dan ekspresi diri anda yang unik melalui solekan yang diilhamkan oleh Y2K.
Hijabista himpunkan yang terbaharu dan terbaik untuk anda masukkan ke dalam ritual penjagaan diri. Apa lagi jom memanjakan diri untuk keterampilan yang mengyakinkan.
Penjagaan wajah tunggak utama
Wajah yang berseri dan ‘glowing’ sentiasa menjadi dambaan hijabi, penjagaan kulit wajah penting apatah lagi bahagian mata yang sering menampakkan kita berusia, jika tidak dijaga dengan teliti. Jika kebiasaannya anda hanya mengoles pelembap, jom terokai beberapa produk baharu yang mungkin ada di antara anda yang ingin mencuba. Pastinya berbaloi untuk jangka yang panjang!
Pelembap gebu yang ringan ini menampilkan manfaat pencerahan vitamin C (THD Ascorbate) yang sama yang terdapat dalam C.E.O kegemaran kultus Sunday Riley. koleksi dan sesuai untuk mengekalkan cahaya yang sihat sepanjang tahun. Menyampaikan kecerahan segera dan 24 jam penghidratan berterusan, C.E.O. Afterglow menggebukan dan menyekatakan tona kulit manakala pelembap berkuasa natrium hyaluronat menarik penghidratan ke dalam kulit dari semasa ke semasa untuk pelembab yang berpanjangan.
Gabungan lutein dan allantoin memberikan rangsangan antioksidan dan membantu mengekalkan kulit terhidrat, siang atau malam.
Caudalie VINOSUN Clean Sunscreen. Every day
Vinosun SPF 50+ Krim Ringan Perlindungan Sangat Tinggi, produk penjagaan kulit pertama dalam revolusi penjagaan matahari dari Caudalie. Makmal Formulasi Semulajadi Caudalie menyahut cabaran untuk mencipta produk penjagaan matahari perlindungan tinggi dengan tekstur yang sangat ringan dan tidak kelihatan pada kulit. Sesuai untuk penggunaan harian, ditambah pula tanpa pewangi. Digunakan selepas rutin penjagaan kulit anda dan sebagai asas di bawah solekan, ia memberikan perlindungan yang berkesan terhadap kesan berbahaya matahari (UVA, UVB, penuaan foto). Kaya dengan kompleks antioksidan polifenol* yang dipatenkan dan menyekat radikal bebas yang bertanggungjawab untuk penuaan pramatang.
Biossance Squalane + Retinol Night Serum
Kombinasi retinol & retina yang berkuasa dan lembut dapat memperbaiki garis halus, kedutan, jeragat dan bintik hitam. Dioptimumkan oleh squalane, safron dan rosemary yang berasal dari tebu untuk menyampaikan dan meningkatkan hasil retinol dan retina untuk menghidrat kulit dan meningkatkan keserian.
Drunk Elephant Ceramighty™ AF Eye Balm
Balsem mata yang kusyen, mengisi semula secara mendalam dengan pengukuhan ceramida dan minyak tumbuhan kaya omega yang memberikan kelembapan berpanjangan, memulihkan keanjalan, dan melegakan tanda-tanda keletihan untuk penampilan yang segar. Minyak tumbuhan dan mentega yang kaya dengan omega, Ceramighty™ AF Eye Balm menyuburkan dan menguatkan penghalang kulit secara mendalam, memulihkan dan memelihara keanjalan sambil memberikan kelembapan yang kuat dan tahan lama. Ekstrak Avena sativa (oat) yang menenangkan membantu menenangkan kulit dan melegakan keletihan di sekitar kawasan mata.
Dr. Dennis Gross Vitamin C + LacticFirm & Bright Eye Treatment
Rawatan seperti sutera, cepat menyerap yang dikuasakan oleh 3 bentuk vitamin C, asid laktik dan asid traneksamat ini terbukti secara klinikal dapat menegangkan kawasan mata yang halus dan mengurangkan penampilan bengkak apatah lagi lingkaran hitam juga garis halus dalam masa 1 minggu sahaja. Asid laktik dan centellaasiatica membantu menambah penghalang lembapan kulit sambil memperbaiki rupa mata yang letih dan menua. Manakala vitamin C ialah vitamin penting yang membantu meningkatkan ketumpatan kulit secara jelas dan dikaitkan dengan tahap kolagen yang sihat.
Juice Beauty Stem Cellular Anti-Wrinkle Retinol Overnight Serum
Tambahan terbaharu kepada Koleksi Anti-Kedutan STEM CELLULAR™, Retinol OvernightSerum ialah serum retinol vegan + bio retinol yang menggabungkan teknologi penyelamat kulit untuk membantu mencegah tanda-tanda penuaan dan keletihan yang boleh dilihat, memastikan kulit anda kelihatan berseri dan pawet muda sepanjang anda tidur. Serum kecantikan bersih ini menyerlahkan teknologi terkapsul eksklusif dengan retinol dan bio-retinol. Kemewahan tulen kerana serum ini meluncur dengan lancar dan membuatkan kulit terasa lembap.
Mahkota hijabi terpelihara
Mempunyai penjagaan kulit dan ritual penjagaan rambut boleh menenangkan kerana ia adalah asas. Apabila kita bangkit daripada pandemik, gerakan menjaga diri telah terbukti menjadi tunjang utama dalam kehidupan kita. Tidak kira sama ada pendekatan anda terhadap penjagaan diri adalah mempunyai rutin yang konsisten, atau sekadar meluangkan masa di mana anda boleh menjaga kulit dan rambut anda, Sephora Malaysia telah memberikan anda produk untuk setiap gaya hidup dan keperluan. Naik taraf rejimen penjagaan rambut anda dengan produk ini untuk terus istiqomah:
IGK’s NEW Cash In Instant Repair Serum
Serum rawatan yang sangat pekat dan cepat menyerap yang membina semula dan memulihkan rambut kering dan rosak. Serum yang sangat berkesan ini membuatkan rambut anda berasa lembut, berkilat dan kuat dan serta-merta membaiki rambut kepada intipati semula jadi sebelum sebarang kerosakan haba, kimia atau mekanikal. Terbukti secara klinikal untuk melindungi daripada 1,200 gentian rambut daripada pecah setiap bulan*, menjadikan rambut terasa 11x lebih lembut*, mengelak 88% hujung belah dan melindungi daripada haba 450°F**.
Olaplex No. 4C Bond Maintenance Clarifying Shampoo
Direka bentuk untuk digunakan setiap minggu sebagai ganti syampu biasa anda, Syampu ini memberikan pembersihan yang mendalam untuk menghilangkan kekotoran, pembentukan dan pencemar dari rambut . Formula ini menggunakan sistem penjelasan spektrum luas termaju untuk membuang pelbagai jenis kekotoran, termasuk mineral air keras, klorin, logam berat dan pembentukan produk, sambil menahan pelucutan atau mengeringkan rambut. Disokong oleh Bond Building Technology™ yang dipatenkan, syampu membuatkan rambut terasa lembut dan bersedia secara optimum untuk langkah seterusnya dalam rutin anda.
Percy & Reed Tame That Mane Smoothing Blow Dry Cream
Bentuk rambut seperti pro dengan sedikit bantuan daripada penyelamat penggayaan ini untuk mengubah rambut keriting, kering atau sukar diuruskan menjadi gaya anggun, lembut dan berkilat dengan jumlah desahan yang betul! Memperkenalkan baharu dari Percy & Reed BARU, pelindung haba yang diaktifkan, menghidrat dan melawan keriting ini memberikan kemasan terbaik yang sesuai untuk salun, hasil yang kelihatan seperti sentuhan profesional. Bahan-bahan yang dipilih dengan teliti, seperti Minyak Biji Camelia, Pro-Vitamin B5 dan Ekstrak Biji Bunga Matahari yang anti-oksidan, berfungsi untuk merawat dan membuat rambut kembali bersinar.
Virtue Labs Flourish Density Booster
VirtueFlourish®Density Boosteris ampuh, infusi nutrien malam tanpa ubat untuk kulit kepala, dirumus khas untuk menggalakkan kesuburan kulit kepala. Dua elemen kritikal yang telah lama diabaikan dalam usaha mencari penyelesaian untuk keguguran rambut wanita. DenganBiomimetikPeptida, mikroalga dan kompleks protein Alpha Keratin 60kuCLINICAL® yang dipatenkan.
Berfungsi semasa anda tidur untuk menjana folikel yang letih dan memupuk rambut rapuh supaya ia lebih mampu bertahan dan lebih bermaya. Virtue Flourish Density Booster digunakan dalam kombinasi dengan syampu dan perapi sebagai jadikan sebahagian daripada rejimen kecantikan anda, 90% wanita berkata mereka melihat lebih banyak volum dan pertumbuhan baharu selepas enam bulan penggunaan.
Penampilan terkini adalah mengenai warna pop yang berani, bibir berkilat, celak grafik dan kening yang lebat dan pelancaran solekan terbaru Sephora memberanikan anda untuk melanggar peraturan dan membuat kenyataan dengan solekan. Sama ada anda gemar bereksperimen dengan warna pembayang mata yang unik atau inginkan bibir pernyataan yang bergaya, lengkapkan diri anda dengan pelancaran solekan terbaharu dan nyatakan kenyataan kecantikan anda dengan produk-produk ini:
Rare Beauty Kind Words Matte Lip Liner
Pelapik bibir kalis air yang sangat berkrim yang meluncur seperti balsem untuk menentukan dan membentuk bibir dengan warna yang kaya dan tahan lama. Tersedia dalam 10 warna yang dibuat padan yang sama gincu.
“Ini adalah segala-galanya yang saya pernah inginkan dalam pelapik bibir. Sangat licin dan tidak melekap pada bibir dan tahan sepanjang hari tanpa rasa melekit,” kongsi Selena Gomez.
Natasha DenonaMini Bronze palette
Diinspirasikan daripada PALET BRONZE EYESHADOW midi terlaris Natasha, gabungan lima warna neutral warna hangat dalam kemasan matte dan metalik berkrim. Setiap formula yang inovatif dan mudah digunakan ini menawarkan prestasi tinggi dan serba boleh yang dikenali oleh Natasha. Palet bersaiz perjalanan ini dengan mudah membawa penampilan anda dari hari ke hari membawa ke malam dan membolehkan anda melengkapkan keseluruhan penampilan semasa dalam perjalanan.
Anastasia Beverly Hills products, Brow Genius®
Ramuan berkuasa Brow Genius®.6 serba baharu, 1 formula yang menakjubkan, kemunculan semula alis anda yang paling legit. Kening yang lebih licin, lembut, kelihatan lebih penuh dengan hanya satu lejang Genius tulen. Daripada peptida, panthenol dan ginseng Korea kepada biotin dan minyak kastor, senarai ramuan berkuasa ini direka untuk menyuburkan kening, meningkatkan kebolehurusan dan memberikan ubah suai alis yang muktamad.
Dose of Colors Eye Shadow Pallete
Jenama yang dibuat untuk semua orang, menghasilkan kosmetik premium yang serba boleh untuk mata, bibir, muka dan kulit, sejak 2013. Membangunkan produk yang memerlukan usaha yang minimum namun memberikan hasil yang maksimum. Keberkesanan dan keselesaan satu produk pada satu masa. Dose of Colors mewakili kepelbagaian, kreativiti dan inovasi.
NUDESTIX Blot & Blur Matte Stick
Ucapkan selamat tinggal kepada kertas kedap minyak yang membazir dan bedak longgar yang tidak kemas. Nudestix, peneraju industri solekan dan penjagaan kulit yang mudah dan minimalis, memperkenalkan Blot & Blur Matte Stick. Formula balm ke serbuk yang padat, ringan, ultra-lembut, jernih ini menghilangkan minyak untuk menghasilkan kemasan matte yang lembut dan mengaburkan ketidaksempurnaan tekstur. Selain itu, mengandungi bahan aktif berkuasa vegan yang berfungsi sebagai penjernih kulit dan minyak untuk menyokong kesihatan kulit.
Sephora Care Primer
Meletakkan asas untuk solekan, bermakna menyediakan kulit anda sebelum menggunakan pembayang mata, supaya pigmen melekat lebih baik dan solekan anda kekal lebih lama. Tetapi primer ringan lut sinar yang diperbuat daripada 95% bahan semula jadi ini juga memberikan penghidratan yang berkekalan dan menjaga kulit anda hari demi hari untuk mencapai prestasi optimum.
Supergoop! (Re)setting Refreshing Mist SPF 40
Mist ultrafine ini memudahkan untuk menetapkan solekan dan menggunakan semula SPF sepanjang hari! Dengan kemasan matt dan adunan halus, aromatik rosemary dan pudina, formula inovatif ini kembali dan lebih baik dari sebelumnya dengan kabus ultrahalus yang serba baharu. Goncang sebati sebelum setiap penggunaan, kemudian semburkan banyak-banyak untuk pengambilan SPF tengah hari yang sempurna!
Pelancaran terbaharu melalui tiga tonggak, ‘Say It With Makeup’, ‘Beauty as Self-Care’ dan ‘Conscious Beauty’. Dengan ini, Sephora Malaysia mempersembahkan produk terbaharu yang memberi inspirasi kepada komunitinya untuk menentukan makna kecantikan kepada mereka. Suka atau tidak, ya ternyata pasti menjadi kegemaran persis beberapa selebriti di luar negara.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kalau dah namanya wanita, pastinya anda suka mengenakan solekan pada wajah walaupun sekadar menyapu pelembap bibir. Satu masalah yang sering dihadapi oleh para pencinta makeup ini adalah memilih foundation yang sesuai mengikut tona kulit.
Kadangkala, warna yang dibeli terlalu terang atau terlalu gelap. Lebih malang jika foundation yang dibeli sama sekali tidak mampu menutup kekurangan pada wajah anda.
Jangan pening hijabi! Hijabista memahami kekeliruan anda ketika membeli foundation. Jadi, ini 5 tip mudah yang boleh anda praktikkan sewaktu membeli foundation agar tidak tersalah pilih warna.
1. Sesuaikan Dengan Jenis & Tona Kulit
Pemilihan foundation tidak hanya terbatas dengan tona kulit sahaja. Anda juga harus memadankan foundation dengan jenis kulit anda.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah kulit yang berminyak, lebih baik anda gunakan foundation yang bebas minyak atau oil-free. Berbeza jika anda mempunyai kulit yang kering, anda harus gunakan foundation yang memiliki kandungan pelembap.
2. Baca Review
Setelah anda tahu jenis dan warna foundation yang sesuai dengan anda, lebih baik jika anda baca review terlebih dahulu. Fungsinya adalah untuk mengetahui keberkesanan produk tersebut.
Cara paling mudah untuk menentukan sama ada warna foundation tersebut benar-benar sesuai dengan kulit anda adalah dengan mencubanya. Kebiasannya, anda akan calitkan pada bahagian belakang tangan sedangkan sebenarnya warna tangan dan wajah itu jauh berbeza.
Untuk result yang lebih baik, cuba calitkan pada bahagian di antara leher dan dagu atau pada bahagian leher berhampiran telinga.
4. Cuba Di Bawah Cahaya Matahari
Kadangkala, cahaya lampu yang ada di kedai makeup terlalu terang dan kuat sehingga warna foundation kelihatan lebih terang daripada yang sepatutnya. Lebih baik anda keluar daripada kedai dan lihat di bawah cahaya matahari sama ada ia sesuai atau tidak dengan warna kulit anda.
5. Minta Sample
Jika anda masih ada keraguan untuk membeli foundation tersebut, minta sahaja sample pada jurukedai tersebut. Jika sesuai, barulah anda boleh beli botol yang besar.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.