Tidak dapat dinafikan memang agak sukar untuk memilih sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit wajah. Memang ramai yang malas pakai sunscreen dengan alasannya ianya membuatkan kulit wajah jadi berminyak, melekit dan sebagainya. Hakikatnya memakai sunscreen amat penting bagi melindungi kulit wajah untuk jangka masa panjang.

Berikut dikongsikan senarai sunscreen yang boleh anda pakai. Kebanyakannya boleh didapati dan dibeli di drugstore dan setelah menggunakannya. Kesannya juga sangat bagus.

SUNSPLAY SKIN AQUA

Dengan formula ultra light liquid, SUNPLAY Skin Aqua UV Gel ini boleh meresap dengan cepat. Ada protection SPF50 dan PA++++. Wahh 4+ itu. Then sunscreen ini ada vitamin C untuk mencerahkan kulit. Sesuai untuk kulit sensitif.

ANEESA PERFECT UV SUNSCREEN SKINCARE MILK

ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Milk sesuai untuk muka dan badan. High UV protection iaitu SPF 50+ PA++++. Water resistant, sweat-resistant. Dan dalam sunscreen ni ada formula yang melembapkan. Sesuai untuk kulit yang kusam. Dan boleh dijadikan makeup base.

BIORE UV PERFECT SPRAY

Non greasy, moisturising dan senang nak di-apply. Spray sahaja. Tinggi protection. 50+ PA++++. Sesuai untuk indoor dan outdoor activity.

IKLAN

UV SHIELD & COMPLEXION TONE UP

Instant whitening, pinkish effect menjadikan sunscreen ini best diapply untuk kegunaan harian tanpa perlu memakai foundation. Sesuai untuk semua jenis kulit.

ANTARA KELEBIHAN SUNSCREEN INI:
*No white Cast
*Unclog Pore
*Tidak melekit
*Light weight
*Cepat meresap
*Sesuai dipakai oleh oily dan acne prone skin
*Broad spectrum.
*Water and sweat resistant.

BOONGA SUNSCREEN

New formula (extra moisturising) 30ml

IKLAN

*Sesuai untuk semua jenis skin termasuk oily skin, combination skin and sensitive skin
*Colourless ( Tak kelabukan kulit)
*Lelaki dan perempuan boleh pakai
*No alcohol, no fragrance dan no essential
*Teksturnya waterbased
*Broad spectrum lindungi kulit dari UVB dan UVA

Antara bahannya ialah bunga chamomile, aloe vera, evening primrose oil dan peach leaf extract. Sesuai untuk kulit berminyak, sensitif dan kombinasi.

Amat penting untuk kita memakai sunscreen terutama apabila kita banyak menghabiskan masa di luar. Jika sebelum ini anda malas hendak pakai sunscreen, mulalah berubah. Sayangilah kulit anda. Kulit yang cantik bermula dengan penjagaan yang rutin dan konsisten.

Memakai sunscreen adalah salah satu perawatan paling penting untuk menjaga kesihatan kulit. Kandungan SPF dan PA dapat melindungi kulit dari paparan sinar matahari yang boleh merosakkan dan menyebabkan kanser.

Penggunaan sunscreen secara rutin memberikan banyak manfaat kepada kulit. Gunakanlah sunscreen dengan SPF minimum 30 dan PA+++ sebelum mekap atau beraktiviti di luar, dengan kuantiti sebesar buah ceri.

KENAPA PERLU PAKAI SUNSCREEN?
1. Elak kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap atau pun burn
2. Elak kulit berkedut dan cepat nampak tua
3. Elak ada pigmentasi/jeragat – Kebanyakan punca utama jeragat, sebab tak pakai sunscreen.
4. Mencegah daripada penyakit kanser kulit.

IKLAN

 

Tidak perlu pakai sunscreen pada waktu malam. Jika di rumah, perlu tak pakai sunscreen?Mesti ramai yang tertanya-tanya.

1. Tak perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah yang tak buka langsung pintu dan tingkap, ataupun bangunan yang tak masuk cahaya matahari langsung. Kiranya langsir pun tak buka, bergelap gelita dan harapkan lampu sahaja daripada pagi sampai malam. Cahaya matahari pun tak nampak. Jadi tak perlu pakai sunscreen pun tak apa sebab kulit tak kena cahaya matahari langsung.

2. Perlu pakai sunscreen kalau duduk di rumah tapi buka tingkap, cahaya matahari masuk dan tingkap tak ada perlindungan daripada UV. Kalau tak nak pakai sunscreen, moisturizer with SPF15-30 should be enough.

3. Perlu pakai sunscreen kalau di duduk rumah, tapi keluar sekejap-sekejap untuk jemur kain, abang pos laju datang hantar barang ke ataupun keluar siram pokok. Bila keluar rumah walaupun sekejap, kulit kita terdedah dengan matahari. Jadi, kita perlulah pakai sunscreen. Untuk daily use, SPF30 should be enough tapi make sure pakai yang secukupnya.

Kesimpulannya, lebih elok pakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada selaan cahaya matahari. Oleskan sunscreen setiap dua jam, terutama jika memiliki kulit sensitif.

Sumber kredit: Product The Beauty Hacks dan Iman Abdul Rahim

https://www.youtube.com/watch?v=OkmUu0aCUac&feature=youtu.be

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI