Merawat wajah adalah salah satu rutin yang sangat penting terutama bagi hijabi yang menginginkan kulit wajah glowing dan bebas daripada jerawat.

Namun kadang-kadang ada yang masih kurang memahami tentang perawatan wajah terutama langkah demi langkah pemakaian skincare yang tepat.

Skincare sebenarnya wajib dipakai pada waktu pagi dan waktu malam. Namun ada beberapa skincare yang memang dikhaskan untuk digunakan pada waktu malam dan tidak boleh digunakan pada waktu pagi.

Berikut dikongsikan tujuh langkah demi langkah memakai skincare pada waktu malam.

MAKEOVER REMOVER
Langkah pertama adalah memakai makeup remover. Makeup remover membantu untuk membersihkan wajah dengan lebih berkesan. Sis boleh menggunakan micellar water atau pembersih wajah yang berbahan dasar minyak, dan cleansing balm. Gunakan produk makeup remover ini sebelum mencuci wajah.


.

Langkah memakai skincare yang pertama ini jangan sesekali diabaikan jika sis menginginkan wajah yang bersih dan bebas daripada jerawat. Makeup remover akan membantu membersihkan habuk, minyak, dan kotoran yang melekat pada kulit wajah. Lakukan langkah pemakaian skincare ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

PENCUCI WAJAH
Langkah pemakaian skincare yang kedua adalah membersihkan wajah menggunakan pencuci wajah. Langkah ini juga dikenali double cleansing. Setelah menggunakan makeup remover, sis perlu kembali mencuci wajah menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit sis.


.

IKLAN

Langkah ini akan membuatkan proses membersihkan wajah menjadi lebih berkesan. Pencuci wajah akan membersihkan sisa-sisa kotoran yang belum terangkat oleh makeup remover. Agar kulit tidak kering, sis perlu mencari pencuci wajah yang boleh melembapkan dan tidak memberikan kesan seperti ‘kulit tertarik’ atau ‘kulit tegang’ selepas menggunakannya.

PRODUK EXFOLIATOR
Langkah yang ketiga adalah dengan menggunakan produk exfoliator. Langkah ini akan membuatkan kulit wajah sis bebas daripada sel-sel kulit mati. Sel-sel kulit mati boleh membuatkan wajah sis berjerawat dan kelihatan kusam.


.

Bagi yang memiliki kulit sensitif pilihlah produk exfoliator yang lembut dan tidak kasar pada kulit wajah. Sis juga tidak perlu melakukan proses eksfoliasi setiap hari, cukup 2 hingga 4 kali dalam seminggu. Proses eksfoliasi ini akan membuatkan sel-sel kulit mati pada wajah sis terangkat dan kulit wajah akan kelihatan lebih cerah dan glowing.

TONER
Langkah yang keempat adalah toner. Toner berfungsi sebagai proses pembersihan wajah serta menyeimbangkan pH kulit. Jika sis tidak menggunakan toner maka pH kulit sis tidak akan seimbang dan kulit sis boleh menjadi kering setelah beberapa proses di atas.

IKLAN


.

Sis boleh mengaplikasikan toner pada wajah dengan menggunakan kapas. Usapkan dari dalam ke arah luar wajah. Cara ini juga boleh diaplikasikan ketika waktu pagi.

SERUM
Langkah yang kelima adalah dengan menggunakan serum. Bagi sis yang memiliki masalah pada kulit wajah, pemakaian serum sangat penting kerana ia boleh merawat kulit wajah. Pilihlah serum yang sesuai dengan masalah kulit yang sis alami.


.

Jika sis melakukan langkah ini secara rutin maka pemakaian produk-produk selepas itu akan menjadi lebih berkesan. Selain itu, pemakaian serum dengan teratur juga akan membuatkan kulit kelihatan lebih muda, segar, dan tekstur kulit akan jadi lebih sekata. Untuk penggunaaan serum, cukup sekadar beberapa titis. Sapukan pada seluruh wajah.

IKLAN

SHEET MASK
Langkah yang keenam adalah menggunakan sheet mask. Sheet mask memiliki kandungan yang sangat baik untuk kulit wajah. Sheet mask menjadikan kulit kekal lembap. Selain itu sheet mask juga membantu untuk mengencangkan kulit, mengurangkan garis-garis halus, mencerahkan kulit, dan mengecilkan pori-pori pada kulit wajah.


.

Cara menggunakan sheet mask untuk urutan pemakaian skincare malam hari adalah dengan menempelkannya pada wajah lalu biarkan selama 15 hingga 25 minit. Urutan pemakaian skincare malam hari yang satu ini akan lebih efektif jika sis menggunakannya secara rutin.

KRIM MALAM
Langkah yang terakhir adalah dengan menggunakan krim malam. Krim malam memiliki kandungan yang berbeza dengan krim pagi. Oleh kerana itu produk krim malam tidak boleh sis gunakan untuk perawatan wajah pada waktu pagi. Krim malam memiliki banyak bahan aktif yang boleh memperbaiki kerosakan kulit seperti masalah kulit kering, pigmentasi, dan penuaan.


.

Langkah ini jangan sesekali diabaikan kerana pada waktu malam, kulit melakukan proses regenerasi. Krim malam membantu proses tersebut menjadi lebih efektif.

Begitulah langkah demi langkah penggunaan produk perawatan wajah untuk waktu malam yang boleh sis aplikasikan dalam rutin harian. Penggunaan SKINCARE yang tepat dan juga cara yang betul menjadikan impian sis memiliki kulit yang sihat, cantik dan glowing menjadi kenyataan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI