Peninju Jerman Peluk Islam Lepas Mendalaminya Waktu Covid-19

Share

Benarlah hidayah itu milik Allah. Ia tidak mengenal sesiapa jika Tuhan sudah mahu memberikannya.

Terbaharu, seorang bintang mempertahankan diri campuran (MMA), Wilhelm Ott telah memeluk Islam selepas beliau memuat naik videonya mengucap dua kalimah syahadah di laman Instagram miliknya.

Hikmah di sebalik Covid-19

Menurutnya, Wilhelm menjelaskan bahawa penularan wabak Covid-19 memberikannya masa untuk dirinya berehat lalu mencari kembali pegangan agamanya.

“Islam telah berada di dalam diri saya sejak beberapa tahun lalu, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan diri saya terpengaruh secara politik,” tulisnya.

Di samping itu, Islam juga memberikan dia kekuatan apabila menghadapi waktu yang sukar.

“Kini iman saya benar-benar kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar.

“Dengan berbangga saya berkata ya, saya adalah seorang Muslim,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga turut berkongsi bahawa dia turut menerima pemberian sejadah dan Al-Quran daripada rakannya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua orang. Anda memberikan saya kekuatan dan menguatkan lagi keyakinan saya pada ALLAH SWT,” katanya lagi di kapsyen gambar tersebut.

kredit: Sinar Harian

IKLAN