Memang menjadi tabiat kaum wanita yang gemar makan asam atau jeruk sebagai kudapan terutama ketika sedang membuat kerja. Namun sebenarnya ada antara produk makanan asam yang digemari ini merbahaya kepada kesihatan. Malah KKM sendiri turut mengeluarkan amaran tentang betapa bahaya produk makanan jenis ini.
Jadi bagi mereka yang gemar makan asam, pastikan tidak mengambil tiga produk yang diberitahu ini bagi mengelak sebarang masalah kesihatan. Malah siasatan pihak KKM mendapatu pengeluar produk ini adalah palsu.
Jadi diingatkan agar orang ramai tidak membeli produk ini dan jika nampak dijual di pasaran mohon agar maklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan pejabat kesihatan tertera bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Maah bagi mereka menjual atau mengedar tiga produk ini dianggap satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983 yang boleh didenda RM20 ribu atau penjara tidak kurang 5 tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali.
AMARAN KKM TENTANG PRODUK MAKANAN MERBAHAYA KESIHATAN
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ingin mengeluar amaran KKM tentang penjualan produk makanan yang didapati membahaya kesihatan.
Nama produk: 1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan) 2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan) 3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak) Rujuk Gambar dan maklumat produk disertakan
Produk ini telah diambil sampel dan analisa makmal mendapati mengandungi *siklamat* sejenis pemanis tanpa zat dan *Kadmium* yg boleh beri kesan kepada kesihatan
Ads
Siasatan pihak KKM mendapati maklumat pengeluar produk ini adalah PALSU. Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.
Mana-mana orang yang menjual atau mengedar produk ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 13(B)(2) Akta Makanan 1983.. Sabit kesalahan boleh di denda RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Harap maklum. Terima kasih.
Rentetan dari posting ini oleh laman facebook PQ Community telah mendapat maklum balas dari netizen apabila mendapat lebih 8 ribu butang share serta 2 ribu lebih butang komen dan suka.
Pihak PC Community juga turut memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Juga kesan sampingan jika makan produk yang mengandungi bahan Siklamat sebagai pemanis tanpa zat yang boleh mengundang penyakit kanser.
MAKLUMBALAS ISU 3 PRODUK MAKANAN AMARAN BAHAYA KESIHATAN
Ads
Terima kasih keatas semua pelayar FB Mysihat diatas keperihatinan dan komen anda semua. Berikut adalah penjelasan admin bagi pencerahan semua.
1. Amaran kesihatan ke atas 3 produk ini dibuat oleh pihak Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) KKM bagi tindakan di seluruh Malaysia. Makluman ini dibuat secara proaktif khususnya kepada pengguna di Daerah Kemaman dan tindakan juga di buat di daerah2 lain di seluruh Malaysia mengguna pelbagai kaedah pendekatan masing-masing.
2.Persempelan makanan merupakan salah tugas utama yg dijalankan oleh BKKM di seluruh Pejabat Kesihatan Daerah bagi mempastikan semua makanan yg dijual dipasaran adalah selamat. Semua makanan akan dibuat sample secara berjadual dan perancangan tahunan. 3 sample yang terlibat ini diambil secara rasmi pegawai berkuasa yg menjalan persempelan makanan rutin ke atas makanan ini dan dihantar ke makmal mendapati ia positif dengan Siklamat dan Kadmium.
3. Makanan ini dikesan melalui sampel yang dibuat di Kelantan dan Perak. Semua pelanggaran akan diambil tindakan mahkamah keatas pengilang /pengimport berdasarkan label pengeluar/pengimport
“Salah satu strategi yang digunakan oleh segelintir pengeluar (pengilang) adalah penipuan dengan menggunakan alamat palsu pada label produk makanan mereka. Ini bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.
Bagi produk ini pula, ia juga masih dalam siasatan pihak KKM termasuklah untuk mengenalpasti pengimport /pengeluar/pengilang yang terlibat.”
Ads
4. Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa.Manakala Kadmium, cemaran logam yg boleh ada secara semulajadi atau pencemaran dalam proses penyediaan makanan. Kedua produk ini tidak dibenar hadir dalam makanan dan ia menyalahi peraturan 133(3) dan 38 (1A) Peraturan -Peraturan Makanan 1985
6. Amaran ini HANYA merujuk kepada BATCH dan PRODUK yang tertera sahaja yang khusus kepada produk yang dianalisa makmal. Produk lain atau batch yang berbeza adalah tidak berkaitan. Namum pihak kami menasihatkan pengambilan makanan seumpama ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan terutama kandungan penggunaan bahan pengawet, pemanis dan pewarna yg tidak diketahui statusnya.
7. Orang ramai yang telah mengambil makanan terutama daripada jenama dan batch tertera dinasihatkan hentikan serta merta kerana ia memberi kesan jangka pangjang terhadap kesihatan.
8. Penjual dan pengedar dinasihatkan memberhentikan penjualan makanan ini. Pihak berkuasa Pejabat Kesihatan boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang masih menjual produk ini. Sabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM 20K atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Makanan 1983.
Layari FB Mysihat untuk mendapat berita-berita dan info kesihatan terkini.
Sekian terima kasih. Admin Mysihat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam banyak-banyak warna, rasanya merah paling serasi dan ‘menyala’ dengan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.
Nampak sangat berani, bersemangat dan bahagia. Ternyata, warna merah sangat sesuai dengan tona kulit Puteri Sarah yang cerah serta mulus.
Biarpun berstatus ibu tunggal kepada dua cahaya mata, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini sentiasa menjaga penampilannya terutama ketika menghadiri majlis-majlis formal.
Contohnya, baru-baru ini ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36) Puteri Sarah menyerlah dalam balutan glam dress rona merah hati ciptaan pereka fesyen ternama Wan & Mary.
Siapa yang tidak kenal dengan Ayana Jihye Moon, selebriti dan model Muslim Korea Selatan yang dikenali umum selepas membuat keputusan untuk memeluk Islam pada 2012.
Ramadan kali ini, Ayana dilihat menikmati masakan dan snek tradisi Indonesia iaitu cilok yang sangat digemari ramai.
Ketika berbuka puasa, Ayana bukan sahaja menunjuklkan kecintaannya terhadap makanan tempatan, malah turut mempamerkan keakrabannya dengan masyarakat setempat.
Dengan wajah yang ceria, Ayana membeli snek ringan daripada peniaga tepi jalan yang mencetuskan suasana mesra.
Sambil tersenyum lebar, Ayana kelihatan ceria apabila menjamah cilok yang dihidangkan bersama sos cili api.
Detik ini memberi peluang kepada Ayana untuk merasai kehangatan bulan Ramadan di Indonesia yang sentiasa dirinduinya.
Melihat kepada gambar-gambar Ayana yang dimuat naik di platform media sosial menunjukkan suasana malam yang cukup meriah. Bunyi lalu lintas kenderaan menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Ayana kelihatan mesra dengan penjual kaki lima lantas menggambarkan keakraban dan kemesraan yang terjalin. Detik ini sangat berharga di mana Ayana menunjukkan sisi lain dalam hidupnya sebagai contoh masyarakat.
Dalam hantaran di Instagram, Ayana memberitahu dia membeli snek kegemarannya itu sebelum menunaikan solat Tarawih ketiga.
Ayana turut menjemput pengikutnya untuk berkongsi menu berbuka mereka. Ini menunjukkan wujudnya interaksi mesra di aantara Ayana dan pengikut-pengikut.
Biarpun dikenali sebagai public figure, Ayana tetap memilih juadah ringkas untuk berbuka puasa. Ini menunjukkan kecintaan Ayana terhadap makanan tempatan dan budaya Indonesia.
Ayana percaya kesederhanaan adalah kunci kebahagiaan terutama ketika berbuka. Dia sering memilih makanan yang mudah diperolehi seperti cilok yang menjadi kegemarannya.
Ayana kelihatan cukup mesra apabila berbual dengan para penjual kaki lima. Detik ini menggambarkan keakrabannya dengan masyarakat dan tabiatnya menikmati makanan ringan tradisional di sekelilingnya.
Interaksi ini menunjukkan Ayana bukan sekadar membeli makanan bahkan menghargai usaha peniaga kaki lima yang bertungkus-lumus memenuhi keperluan orang ramai.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Maksudnya: “Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43)
Rasulullah SAW adalah insan yang paing mulia dipilih Allah, tidak seperti manusia lain. Rasulullah SAW mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Allah SWT menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan panduan untuk semua umat.
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab, 33: 21)
Perlu diingat dan difahami bahawa Rasulullah SAW dalam pemeliharaan Allah SWT.
Benarlah firman Allah SWT:
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
Maksudnya: Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. (Surah al-Maidah, 5: 67)
Imam Ibn Katsir berkata: Ayat ini bermaksud: “Sampaikanlah (wahai Muhammad) akan risalah-Ku (yakni Allah), sedangkan Aku-lah Penjaga-mu, Penolong-mu, Pendokong-mu menentang musuh-musuh kamu, yang akan mengangkatmu mengatasi musuh-musuh kamu, maka janganlah engkau takut dan jangan engkau bersedih, tidak akan selamanya sampai walau seorang pun daripada musuh-musuh kamu yang boleh mencederakan kamu.” Al-Maraghi berkata: “Yakni melindungimu daripada kejahatan manusia.”
Sejarah penghinaan dengan pelbagai cara sentiasa berlanjutan terhadap Baginda SAW. Ini bermula sejak zaman Baginda SAW mula menyebarkan dakwah Islam lagi. Cukuplah ibrah dan sabab nuzul dalam Surah al-Lahab dan Surah al-Kautsar menjadi bukti secara jelas bahawa yang melindungi Rasulullah SAW ialah Allah SWT sendiri.
Mutakhir ini siri serangan kepada Rasulullah SAW mula berkembang melalui medium baru dan sudah pasti tidak menyenangkan hati umat Islam. Alangkah malangnya nasib umat Islam, suatu masa dahulu, tatkala diperkotak-katikkan dan diinjak-injak maruahnya, tidak semena-mena timbul perkara yang menyedihkan di mana sebuah filem yang bertajuk: “Innocence of Muslim” telah ditayangkan media dan mendatangkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Mesir pada minggu ini.
Ada pendapat ulama Mesir menegaskan bahawa penghinaan kepada batang tubuh Nabi SAW bermakna melanggar lampu merah dan tidak dibolehkan sama sekali. Bahkan ada antara ulama yang berpendapat jika penghinaan itu berkaitan batang tubuh Nabi SAW, seseorang itu boleh terus diambil tindakan tanpa perlu dibawa ke mahkamah.
Justeru, umat Islam sewajarnya bersatu, bangkit mempertahankan Rasulullah SAW dengan menghantar surat bantahan atau apa juga yang difikirkan sesuai oleh ulama dan pemerintah dengan senada.
Terdapat banyak dalil pengharaman perbutan menghina dan mencerca Rasulullah SAW. Kami membahagikan dalil-dalilnya kepada dua:
Maksudnya: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Taubah, 9:61)
Imam Abu Ja’far al-Tabari berkata: “Bagi orang-orang munafik yang memalukan Rasulullah SAW yang dengan perkataan mereka: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”, dan perumpamaan-perumpamaan mereka untuk mendustai Baginda, dan mereka yang berkata dengan mulut yang celupar dan batil, bagi mereka ini azab yang memedihkan daripada Allah di dalam neraka Jahanam.”
Syeikh al-Maraghi berkata dalam tafsirnya: “Menyakiti Rasulullah SAW selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.”
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Surah al-Ahzab, 33:57)
Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsir: “Allah menjauhkan mereka daripada Rahmat-Nya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya.”
Syeikh al-Maraghi: “Terdapat sesetengah manusia menyakiti Rasul-Nya seperti orang yang mengatakan Rasulullah SAW itu seorang penyair, ahli nujum, orang gila, dan banyak lagi kata-kata yang menyakitkan Baginda. Sesiapa yang menyakiti Rasul bererti dia menyakiti Allah SWT; dan sesiapa yang mentaati Rasul bererti dia mentaati Allah SWT. Allah SWT menjauhkan mereka daripada rahmat dan nikmat-Nya ketika di dunia lagi. Maksudnya, Allah SWT menjadikan mereka terus berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka gembira melakukan kesesatannya itu. Kesesatan ini bakal menyeret mereka ke dalam neraka, sebagai tempat yang amat buruk; kemudian mereka akan dilaknat ketika ketika di akhirat nanti dengan memasukkan mereka ke dalam neraka yang membakar tubuhnya.”
Maksudnya: “Seorang lelaki buta mempunyai Ummu Walad yang menghina Nabi SAW dan ia benar-benar telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan mengancamnya namun ia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya namun wanita tersebut tidak mengendahkan larangan tersebut. Ibn Abbas meneruskan lagi: Pada suatu malam, wanita itu kembali mencela Nabi SAW, maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkanya di perut wanita tersebut lantas menikamnya. Lelaki tersebut telah membunuhnya sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi, kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi SAW, lalu baginda SAW mengumpul orang ramai dan bersabda: “Aku bersumpah kepada Allah SWT atas seorang lelaki, dia telah melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar (perbuatannya)”. Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah suaminya akan tetapi dia (wanita) telah mencela dan menghinamu. Aku telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau mengendahkannya. Daripadanya aku telah dikurniakan dua orang anak yang merupakan permata, isteriku sangat sayang kepadaku. Namun, semalam dia telah mencelamu dan menghinamu, lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan di perutnya lantas aku menikamnya sehingga meninggal. Nabi SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa darah wanita adalah sia-sia (halal).”
Riwayat Abu Daud (4361), Kitab al-Hudud, Bab Hukum Orang Yang Mencela Rasulullah SAW. Hadis ini adalah Sahih dan perawi-perawinya adalah tsiqah.
Terdapat sebuah atsar daripada Abd al-Hamid bin Abd al-Rahman bin Zaid bin al-Khattab, sesungguhnya beliau berada di Kufah mewakili Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau telah menulis kepada Umar bin Abdul Aziz: “Aku mendapati seorang lelaki telah mencelamu di Kufah dan telah terbukti bahawa dia benar-benar telah mencelamu, maka aku ingin membunuhnya atau memotong kedua tangannya atau memotong lidahnya atau menyebatnya, akan tetapi aku terfikir untuk merujuk kepadamu terlebih dahulu berkenaan perkara ini.”
Maka Umar bin Abdul Aziz menulis kembali kepada beliau: “Salam sejahtera ke atasmu, Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika engkau membunuhnya maka aku akan membunuhmu disebabkan olehnya, jika engkau memotongnya maka aku akan memotongmu disebabkan olehnya, jika engkau menyebatnya maka aku akan menariknya daripada engkau. Apabila engkau menerima perutusanku ini maka keluarlah engkau dengannya ke al-Kunasah (tempat pembuangan sampah) mak engkau celalah dia sebagaimana dia mencelaku atau engkau memaafkannya kerana itu lebih aku suka. Ini kerana, tidak halal membunuh seorang muslim yang mencela salah seorang daripada manusia melainkan seseorang itu mencela Rasulullah SAW.” Lihat al-Muhalla (14/434)
Tidak syak lagi bahawa orang yang menghina Nabi SAW wajib dibunuh, seperti yang difatwakan oleh para ulama sejak sekian lama. Antaranya:
*Ada pendapat yang mengatakan wajib dibunuh tanpa perlu diberi peluang untuk bertaubat. Inilah pendapat Ibn al-Qasim.
*Al-Auza`ie dan Imam Malik berpendapat bahawa pesalah itu dianggap murtad dan perlu diberikan peluang untuk bertaubat.
*Begitu juga haram dan dihukum kufur sesiapa yang menghina mana-mana Nabi atau menjtuhkan darjat dan martabat seperti menuduh kejelikan pada tubuh badannya sebagai pincang, limpuh atau kurang ilmunya serta jahil.
*Imam Ibn Mundzir telah menukilkan bahawa secara sepakat ulama barangsiapa yang mencela Nabi Muhammad SAW secara nyata maka wajib dibunuh.
*Abu Bakar al-Farisi yang merupakan salah seorang ulama bermazhab al-Syafie berkata: “Barangsiapa yang menghina Nabi SAW seperti menuduh beliau secara nyata maka dia dihukum kafir dengan sepakat ulama, sekalipun dia bertaubat tetap tidak akan gugur hukuman bunuh yang telah ditetapkan ke atasnya.”
*Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Barangsiapa yang mencerca Nabi SAW atau menjatuhkan maruah Baginda, sama ada orang Islam atau bukan Islam, maka mereka hendaklah dibunuh. Aku berpendapat bahawa dia perlu dibunuh tanpa perlu disuruh untuk bertaubat.”
*Syeikh Taqiuddin al-Subky dalam al-Saif al-Maslul menyebut: “Siapa yang mencerca Nabi SAW tidak perlu diminta bertaubat dan boleh dibunuh terus.”
*Al-Qadhi Abu Ya`la pula berkata: “Barangsiapa yang mencerca Allah (SWT) dan Rasulullah SAW dia sesungguhnya telah kufur sama ada dia menghalalkan (perbuatan itu) atau dia tidak menghalalkan.”
*Al-Khattabi berkata: “Aku tidak tahu mana-mana ulama Islam yang khilaf mengenai wajibnya membunuh orang yang mencerca Nabi SAW.”
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan betapa beratnya hukuman dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-Nabi yang lain. Oleh itu, amat perlu kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat yang menunjukkan betapa hinanya Rasulullah SAW kerana itu boleh membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT.
Justeru kita wajib pertahankan Rasulullah SAW, memuliakan Baginda SAW, dan haram sama sekali kita menghinanya. Berat dan buruk natijahnya kita dapat lihat dalam sejarah terhadap penghina Rasulullah SAW. Marilah bersama-sama kita tekuni ayat al-Quran al-Karim seperti mana firman Allah SWT:
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu. (Surah al-Hijr, 15: 95)
Imam Ibn Katsir berkata: (Ayat ini bererti:) “Lakukanlah (wahai Muhammad) apa yang diperintahkan kepada kamu dan jangan takut selain Allah, kerana sesungguhnya Allahlah yang menjaga kamu dan memelihara kamu daripada gangguan mereka sebagaimana Dia melindungi kamu daripada golongan yang mencerca dan menghina.”
Syeikh Al-Maraghi berkata: “(Yakni) sesungguhnya Kami akan memelihara kamu daripada sebarang kejahatan orang yang mempersendakan kamu dan al-Quran yang dilakukan oleh sekelompok orang musyrik yang mempunyai kekuatan, dan seringkali menyakiti serta berbuat jahat kepada Rasulullah SAW tatkala mereka melihat Baginda melewati mereka. Allah SWT telah memusnahkan dan membinasakan mereka serta melenyapkan segala tipu daya mereka.”
Kenyataan menghina Nabi SAW mendapat respon daripada ramai ulama termasuk Syeikh Abu Ishaq al-Huwaini. Semoga Allah SWT tambahkan lagi cinta dan kasih saying kita kepada Rasulullah SAW. Mari bersama-sama kita pelajari sirah Baginda SAW, ikuti perintah dan suruhannya, meninggalkan larangan dan tegahannya, serta sentiasa berselawat kepada Baginda SAW. Semoga kita diterima menjadikan umatnya yang mendapat syafaat Baginda di Hari Akhirat kelak. Amin.