Tidak dinafikan bukan mudah untuk berjaya sebagai usahawan dalam kemelut ekonomi yang tidak menentu sekarang. Persaingan terlalu banyak tidak kira dalam jualan secara dalam talian atau bukan. Maklumlah bukan senang untuk berjaya dan bagi pemilik Tudung Ruffle, Hanis Arif atau mesra dipanggil Anis, dia berkongsi pengalamannya bagaimana memulakan bisnes hingga menjadi antara usahawan tudung yang boleh dianggap bertaraf jutawan yang berjaya dan popular kini.
Pengalamannya itu dikongsi di laman instagram miliknya dan mendapat reaksi follower yang kini berjulah lebih setengah juta. Menurut Nonones, dia memulakan bisnes hanya dengan modal sekitar RM50 setelah menamatkan pengajian dalam bahagian Electrical Enginering. Sementara menunggu panggilan untuk jawatan tetap, Anis ambil keputusan untuk mencuba membuat bisnes online.
BERMULA DENGAN SEHELAI TUDUNG
Dengan modal sebanyak itu, dia berjaya membuat beberapa helai tudung dan dijual di laman instagram. Bermula dari situ dia terus rolling modal hinggalah sekarang. Daripada sehelai tudung permintaan semakin meningkat menjadi berpuluh helai.
Pelbagai dugaan yang datang kerana tiada pengalaman sebelum itu dan tiada seorang ahli keluarganya pernah buat bisnes. Malah dugaan yang datang itu menyebabkan dia tidak kuat menghadapinya. Hanya air mata jadi peneman, lebih-lebih lagi apabila pernah ditipu dan duit pusingan modal habis begitu sahaja. Usahanya selama dua bulan pertama ketika itu dirasakan hanya sia-sia.
Dari modal RM50 kepada sale 7 angka (Part 1)
After finished my degree in Electrical Engineering, sementara tunggu panggilan untuk masuk kerja, anis decide untuk buat bisnes online sekadar mencuba dan suka suka
TAKUT
Jadi anis cuba dengan keluarkan modal RM50 as my first start. Berjaya buat few helai tudung dan jual di Instagram. Dari situ anis rolling modal hinggalah sekarang. Pemintaan meningkat dari few tudung kepada puluh tudung. Tapi dr awal buat bisnes lagi, anis dah nampak banyak dugaan pelik2 yang anis tak pernah lalu buat anis banyak nangis dan lebih menyukarkan anis, sebab anis tiada pengalaman dan none of my family ada business background. Paling sedih sebab anis kena tipu dan duit rolling anis kumpul habis macam tu je. Rasa macam usaha anis 2 bulan tu sia sia je
Ads
PERMINTAAN MAKIN BERTAMBAH
Situasi itu menyebabkan Anis jadi putus asa. Setelah mendapat tawaran kerja, dia tekad tinggalkan bisnes Tudung Ruffle begitu sahaja dan ketika itu mahu memfokuskan pada karier pilihannya. Namun setelah beberapa bulan, Anis sedar permintaan tudung semakin bertambah. Oleh kerana menyedari kos sara hidup di kota metropolitan ini tinggi, Anis perlahan-lahan bina semula bisnes tudungnya.
Kebetulan juga ketika itu adik-adiknya masih belajar dan dia mahu mencari duit lebih untuk menapung pengajian mereka. Dan dalam masa sama boleh beri kepada ahli keluarga sedikit bantuan kewangan. Jadi Anis terpaksa membuat dua kerja dalam satu masa dan padanya ia bukanlah semudah yang disangka. Ketika itu Anis merasakan dia hilang masa dengan orang sekelilingnya. Namun setelah melihat bisnes tudungnya semakin stabil, Anis tidak teragak-agak untuk berhenti kerja
Anis giveup. Stop
Setelah dapat kemasukan kerja, anis tinggalkan @tudungruffle begitu je, sebab anis giveup and nak fokus pada career pilihan anis. After few months kerja, permintaan dari @tudungruffle sentiasa ada. Memandangkan hidup di KL ni kos sara hidup sangat tinggi, perlahan anis bina semula @tudungruffle yang anis tinggalkan dulu. Nak cari duit lebih. Lagi lagi adik semua still belajar. Jadi anis rs boleh beri pada family lebih sikit. Buat dua kerja dalam satu masa wasnt easy. Yang paling anis terasa sekali, anis hilang masa dengan orang sekeliling anis. Lepas anis nampak business @tudungruffle dah semakin stabil, anis decide untuk quit
PENDAPATAN KINI CECAH 7 ANGKA
Kini diam tak diam, sudah empat tahun Anis bergelar businesswoman yang berjaya. Jenama Tudung Ruffle semakin dikenali dan cukup popular buat penggemarnya. Walaupun kariernya sekarang bukan impian sejak kecil tetapi dia akur dengan suratan takdir.
Ads
Anis tidak menyangka dengan hanya permulaan modal sekitar RM50, kini dua sudah mendapat pulangan jualan mencecah 7 angka. Masih dia tidak lupa, dulunya sekadar ambil gambar di telefon kini sudah mampu shooting di studio. Dari hanya potong kain sendiri, sekarang Anis mampu tersenyum kerana boleh membuat production di kilang.
Bukan itu sahaja, pengalaman di mana dia menjalankan perniagaan dari rumah dan sekarang sudah ada butik sendiri. Untuk mencapai ke tahap ini, Anis akui bukanlah satu perjalanan yang cukup mudah. Pengalaman empat tahun ini cukup mematangkan dia tentang kehidupan dan Anis begitu bersyukur kerjayanya kini membuat dia berpeluang untuk bertemu dan belajar dari mereka yang sudah lama berada dalam industri ini di Malaysia.
Alhamdulillah dah 4 tahun anis bergelar businesswoman
This career wasnt my dream, it become my destiny. Alhamdulillah tak pernah terfikir yang jualan @tudungruffle kini mencecah 7 angka. Dari amik gambar guna hp, kini shoot di studio, dari potong kain sendiri, sekarang da boleh buat production di kilang, dari jalankan business dari rumah, sekarang dah ada butik sendiri. It was not an easy journey for me. Pengalaman pahit manis selama 4 tahun ni mematangkan anis tentang kehidupan & anis paling bersyukur this career buat anis berpeluang utk meet & learn from pioneers in variety of industri ini di Malaysia
BISNES STABIL BARU BERHENTI KERJA
Dalam perkongsiannya itu juga Anis memberi pesanan bagi mereka yang tiada pengalaman dalam binses jika berlaku sesuatu pada binses berkenaan jangan sesekali putus asa. Kalau boleh berdiri di atas kaki sendiri dan belajar untuk jadi lebih matang.
Ads
Jika seseorang itu sudah punya pekerjaan tetap dan mahu berhenti kerja kerana mahu memberi tumpuan pada bisnes perlu pastikan aliran wang masuk (cash flow) itu menjadi stabil. Untuk memastikan pengaliran wang itu berjalan lancar adalah suatu benda yang susah untuk dibuat lebih-lebih lagi dengan adanya tax, gst dan kenaikan harga barang.
Anis juga turut mendedahkan untuk membina sesuatu bisnes itu memang mudah, tetapi untuk naikkan ia memang susah dan untuk pastikan bisnes itu kekal lagi bertambah kesusahannya. Bagi Anis rezeki Allah itu luas, cuma kita sendiri yang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Insya-Allah.
Dari modal RM50 kepada sale 7 angka (Part 2)
For those yang in the same boat dgn anis, tiada pengalaman business, tiada guidance dari orang dewasa, tiada backup plan from your parents, if something happen to your business. Dont give up! Berdiri atas kaki sendiri, buat kita lagi cepat matang. Ada hard road means ada something big is coming
If nak berhenti kerja untuk fokus business, make sure cash flow company stable dulu. Rolling business bagi anis benda paling penat dan susah nak buat lagi lepas dah ada tax, gst dan semua barang dah semakin mahal sekarang. Untuk bina business memang senang, nak naikkan business tu susah, tapi untuk sustain the business lagi berganda susah. Tapi rezeki Allah tu luas, cuma kita je kena jemput dan usaha untuk dapatkannya. Mungkin hari esok Allah nak bagi pada anda, siapa tahukan?
Tetiba rajin menulis ni sebab anis takleh tido dalam flight semalam. Thank you couple sebelah sebab buat anis jadi rajin menulis ? If ada soalan tentang business yang korang nak tanya. Boleh tinggalkn komen kat bawah, insha Allah anis cuba reply okeyh.
Bagus sekali perkongsian Anis ini terutama bagi hijabi yang baru berjinak-jinak mahu menceburkan diri dalam bisnes. Kata kunci dalam membina nama sebagai usahawan berjaya adalah jangan cepat putus asa, kena matang dan cuba berdiri di kaki sendiri. apa yang penting yakin dengan diri sendiri. Insya-Allah apa yang diusahakan akan berjaya.
Agak menggemparkan juga, baru-baru ini apabila pengacara Pesona Pengantin, Uyaina Arshad, 27 tahun dikhabarkan sah penghidap sakit jantung. Setelah berehat dalam tempoh ditetapkan, dia dilihat sudah kembali bekerja.
Malah tetap positif meneruskan kehidupan dan urusan kerja seperti biasa. Dalam posting terbarunya, di laman Instagram Uyaina menitipkan pesanan positif kepada followernya.
Menurut Uyaina, ada tiga perkara penting dalam hidup kita. Pertama adalah kebahagiaan, kedua kesihatan dan ketiga adalah menikmati setiap detik penuh bermakna.
Perkongsiannya itu mendapat lebih 16 ribu butang like dan ramai juga turut memberi komen positif.
Sebelum ini media melaporkan Uyaina disahkan mengalami penyakit Supraventricular tachycardia (SVT) dan heart valve. Dia disahkan penghidap kompilasi jantung setelah membuat pemeriksaan doktor apabila jatuh pengsan di rumahnya.
Menurut Uyaina yang juga aktif berlakon ini, dia perlu menjalani rawatan susulan secara berkala sebulan sekali.
“Doktor memberi dua pilihan iaitu mengambil ubat atau menjalani pembedahan.
“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan pandangan mana yang terbaik pada peringkat kesihatan sekarang. Doakan semoga semuanya okey,” katanya sambil memberitahu arwah datuk sebelah mak meninggal disebabkan penyakit jantung.
Mohon diteguhkan hati, penyanyi, Ernie Zakri, 28, mengumumkan penampilan terbaharunya iaitu bertudung menerusi laman Instagramnya semalam.
Menurut Ernie, dia nekad memakai tudung secara rasmi semalam.
“Jujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri.
“Moga saya terus istiqamah dan melakukannya kerana Allah SWT.
“Ikutkan, saya sudah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma, kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19,” ujarnya kepada BH Online.
Jelasnya, dia menghantar mesej pada ibunya kira-kira jam 2 pagi, kelmarin untuk memberitahu keinginannya mahu berubah imej.
“Saya mesej Mama, biarpun kami tinggal sebumbung. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan mahu bertudung.
“Nyata, ia menggembirakan hati Mama. Saya akui ada di kalangan ahli keluarga terkejut dengan keputusan ini, apatah lagi pada saat kerjaya sedang meluncur laju.
“Saya percaya seseorang harus tekad membuat keputusan besar dalam hidup, terutama soal penghijrahan diri tanpa tekanan sesiapa,” katanya.
“Saya rasa gembira dan lengkap setiap kali bertudung. Penghijrahan ini tidak akan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan. Saya akan terus menyanyi,” katanya akan muncul dengan muzik video single terbaharu berjudul Gundah pada 27 Mac ini.
Perkongsian pelantun lagu Ku Bersuara dengan penampilan berhijab disambut dengan pujian. Ramai teman artis juga mengucapkan tahniah atas keputusannya untuk menutup aurat.
Wow memang hebat! Hijabi ini sememangnya telah berjaya memecahkan persepsi negatif terhadap gadis berhijab apabila berjaya menyertai pertandingan meluncur ais peringkat antarabangsa. Siapa kata hijabi tidak mampu beraksi dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak?
Berasal dari United Arab Emirates (UAE), Zahra Lari, gadis berusia 22 tahun ini merupakan hijabi pertama yang bertanding di peringkat antarabangsa dalam sukan luncur ais di temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.
Tampil bertudung dengan skirt labuh dan berseluar longgar, aksi Zahra memang memukau dek kerana ketangkasannya dan tidak keterlaluan Hijabista katakan bahawa Zahra mampu mencabar para peserta yang lain.
Impian Sejak Usia 12 Tahun
Zahra Lari mula meminati dan memasang impian untuk menyertai aktiviti luncur ais selepas menonton filem Disney bertajuk ‘Ice Princess’ ketika berusia 12 tahun. Demi memastikan dirinya berjaya mencapai impiannya itu, dia sanggup melakukan apa sahaja dan komited dalam usaha memantapkan kemahirannya meskipun perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berlatih sebelum pergi ke sekolah.
Cabaran Yang Perlu Dihadapi
Berasal dari negara Islam yang konservatif, bapa Zahra sememangnya tidak bersetuju apabila dia ingin bertanding dan percaya bahawa ia bertentangan dengan budaya dan tradisi mereka. Keputusan bapanya itu sedikit sebanyak menghalang kebolehannya pada usia remaja.
Ibu Zahra sendiri mengakui mengambil masa yang agak lama untuk memujuk suaminya demi memberi izin kepada anaknya untuk menyertai sukan tersebut. Apatah lagi dengan kostum yang menjolok mata.
Walau bagaimanapun, keadaan berubah selepas bapanya sendiri melihat Zahra dapat beraksi dengan begitu baik sekali. Malah, keyakinannya semakin bertambah selepas melihat kostum yang digayakan tidak terlalu menjolok mata. Malah, ayah Zahra kini merupakan penyokong utamanya!
Matlamat
Zahra Lari mengakui bahawa sentiasa komited erana dia percaya bahawa luncur ais merupakan kombinasi seni dan sukan. Semangat dan minat yang tinggi dalam sukan luncur ais membuatkan dia sentiasa fokus untuk mencapai matlamatnya dan dalam masa yang sama turut mengabaikan segala negativiti dan halangan yang mendatang. Antara matlamatnya termasuklah mewakili UAE pada Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap...