Proses pemulihan adalah faktor penting untuk mencapai kesihatan dan kecergasan ditahap optimum. Ianya subjektif, bergantung kepada beberapa faktor seperti genetik dan tahap kecergasan.

Anda yang diperingkat permulaan menjalani program latihan akan memerlukan rehat antara 2 hingga 3 hari seminggu atau mungkin lebih. Ini disebabkan tubuh badan anda sedang mengalami proses penyesuaian dan pemulihan. 

Sumber gambar: Help Guide

IKLAN

Sekiranyanya anda mengambil makanan yang tinggi khasiat nutriennya seperti protin, maka proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih singkat dan hasilnya akan lebih berkualiti berbanding mereka yang tidak mengambil makanan yang bernutrien. Kajian dari American College of Sport Medecine merumuskan bahawa, pengambilan karbohidrat dan lemak yang optimal akan memberi kesan positif kepada protin yang diambil.

Tubuh badan kita akan menggunakan sepenuhnya protin tersebut khas untuk pemulihan dan pembinaan otot, bukan menggunakan protin sebagai sumber tenaga sahaja. Jumlah pengambilan protin juga bergantung kepada objektif utama anda bersenam. Ianya berbeza dengan jenis – jenis sukan yang anda lakukan. Lazimnya sukan bina badan memerlukan jumlah protin yang lebih tinggi berbanding sukan bola sepak. 

Adakah tidur boleh membantu untuk proses pemulihan?

IKLAN

Sumber gambar: CTV News

IKLAN

Tidur juga memainkan peranan penting dalam proses pemulihan. Tubuh badan kita akan pulih ditahap optimal apabila kita mempunya tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Tetapi apa yang lebih penting adala kualiti tidur, bukanlah jumlah masa tidur anda. Lance Walker, jurulatih kecergasan untuk Dallas Cowboys NFL, mengatakan tubuh badan kita ibarat bateri yang perlu dicaj secukupnya selepas kita habis bersenam.  Hasilnya, ia memberi impak kepada hormon dan fungsi otat untuk berfungsi dengan cergas dan cerdas. Tidur yang lebih berkualiti pada malam ini akan memberi kesan positif keesokkan harinya. Ini disebabkan semasa tidur, tubuh badan kita akan membaiki sel-sel tisu yang rosak. 

Pelbagai kajian merumuskan bahawa alunan musik bukan sahaja sekadar musik, malah musik adalah salah satu cara untuk pulih dari kecederaan. Pengkaji dari Finland telah berpendapat musik meningkatkan proses pemulihan untuk penyakit stroke. Umum mengetahui bahawa penyakit ini sukar untuk dipulihkan, tetapi dengan musik, sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada mood dan fungsi otak. Musik bukan sahaja untuk pemulihan, mahal untuk memberikan semangat dan motivasi untuk bersenam. Teknik ini biasa digunakan oleh atlit profesional dari negara barat seperti Michael Phelps dari perenang USA. 

Ramai yang mengendahkan perkara yang kecil, walhal ianya memberi impak yang amat tinggi dalam kehidupan seharian. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI