Pilihlah pakaian yang sesuai dan sopan pada bulan Ramadan ini. 4 tip fesyen ini boleh membantu anda tampil selesa dan trendy walaupun sedang berpuasa. Sederhana tapi tetap berseri.
Pilih pakaian yang terdiri daripada rona-rona lembut dan pastel agar anda kelihatan lebih bersahaja. Selain itu rona lembut juga mengurangkan penyerapan haba berbanding dengan rona gelap.
Rona-rona yang boleh anda pilih seperti rona merah jambu lembut, biru lembut, krim, hijau lembut dan lain-lain lagi. Rona pastel juga membuatkan penampilan anda lebih segar dan harmoni.
Pakaian Longgar
Cuaca yang panas mungkin mengakibatkan anda berasa kurang selesa. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai pakaian yang lebih longgar.
Ini dapat membantu pengudaraan semasa anda berpakaian dan membolehkan anda bergerak dengan lebih mudah. Untuk mengelakkan anda cepat berpeluh, elakkan memakai pakaian yang berlapis dan terlalu tebal.
Fabrik Selesa
Salah satu faktor yang membantu anda kekal nyaman dan selesa adalah pemilihan fabrik. Fabrik yang digunakan buat pakaian anda memainkan peranan yang penting bagi memastikan penampilan anda kelihatan selesa dan berkeyakinan.
Sebaiknya, di bulan Ramadhan, pilihlah fabrik yang ringan dan lembut seperti cotton,satin dan sifon. Fabrik ini mampu memberi keselesaan yang optimum buat anda sepanjang hari.
Aksesori
Bagi mereka yang gemar mengenakan aksesori saat keluar rumah, perkara ini tidak menjadi satu kesalahan.
Pemakaian aksesori seperti barang kemas dan perhiasan mewah sebaiknya dikurangkan ketika bulan Ramadan agar anda tampil ringkas dan tidak menjadi perhatian umum.
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah bossbukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.
Instafamous yang sering berdakwah di media sosial, Aisyah Hijanah,22, berkongsi khabar gembira dengan pengikut instagramnya apabila kini dia disahkan hamil.
Suami tercinta, Alif,26, juga turut memberikan reaksi terkejut dengan perkhabaran ini apabila Aisyah membuat kejutan untuknya.
Bukan hanya suami, pengikut laman sosialnya juga terharu mendengar berita ini kerana sebelum ini Aisyah pernah disihir apabila darah haidnya keluar tanpa henti selama dua bulan.
Dia juga berasa tidak selesa apabila memakai tudung terlalu lama selain kerap berasa sakit kepala setiap kali hendak keluar rumah sehingga rasa hendak termuntah.
Alhamdulillah, in next few months I’ll be a mother to a lovely Khalifah 👶🏻 _ Terima kasih bagi semua yg mendoakan Aisyah selama ni. Im 16 weeks pregnant, 4 months already. Sampai sekarang masih tak percaya ada little bundle of joy dlm rahim Aisyah. I still remember when my lecturer asked me “Aisyah kenapa you ambil psikologi?” Jawapan Aisyah mudah “Saya nak kehidupan yg baik utk anak saya”. _ To my loyal husband @alifteega , thank you for being a supportive partner. Walaupun org byk bertanya, tapi Abang still bersabar & let us enjoy our marriage. I really hope we can be a good team to our baby. _ To my family, especially umi, this happiness is for you. Semoga semua pengorbanan Aisyah utk umi akan menjadi contoh utk baby Aisyah nanti & dia pula akan berbakti kpd Aisyah. Terima kasih jaga Aisyah drpd kecil sampai dah nak jadi mak orang _ To my friends, thank you selalu jadi penguat semangat & kongsi kasih sayang. You’re my sisters. Tak lama lagi, you’ll be Mummies to my baby _ To my followers, terima kasih byk beri sokongan, doa & nasihat. Terima kasih byk beri kata yg baik & positif. Semoga segala kebaikan yg korang share dekat Aisyah, akan dibalas dgn kebaikan yg lebih banyak _ To my unborn baby, I sacrifice my whole life for you. Sebelum kahwin lagi, Mummy pray to Allah for you. I dont have a great childhood, but yours will be great! Enjoy kicking my tummy. You’re engulfed in love & happiness. If youre a girl, be a good Muslimah. But if youre a boy, be a good Muslim, man & hero
Waktu kecil dahulu kita mesti sudah biasa diajar untuk menabung. Apabila tabung sudah penuh, pasti kita rasa teruja untuk ‘memecahkannya’ bagi melihat jumlah yang terkumpul.
Apabila sudah meningkat dewasa, tabiat menabung itu kadang-kala sukar untuk diteruskan kerana terlalu syok berbelanja. Aipp! Jangan begitu sis. Kalau kita bijak menyimpan, banyak manfaatnya yang kita akan dapat.
Kalau sis nak tahu, ada yang berjaya kumpul RM 12k dalam masa 3 bulan tau. Di Twitter, Syafiq Mustafa telah berkongsikan caranya mengumpul sebanyak itu dalam tempoh 3 bulan sahaja. Jom kita lihat bagaimana caranya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.