
Dari jauh lagi sudah dapat menghidu bau badan seseorang. Seakan tak kena apabila penampilan menarik tapi bau badan ‘pekat menyengit’. Keadaan menjadi bertambah ‘haru’ apabila situasi ini berlaku di ruang tertutup seperti dalam kenderaan awam, lif, ruang menunggu atau kedai makan berhawa dingin. Ia pasti menimbulkan rasa tidak selesa, ‘sesak nafas’ dan mual.
Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan bau badan atau bau ketiak. Usaha kena ada. Jangan biarkan masalah ini terus berlarutan kerana ia boleh menyebabkan kawan-kawan menjauhkan diri.
NAK KEKAL BAU WANGI?
Bila ada bau badan atau bau ketiak tu mesti buatkan kita rasa down, malu and moody sepanjang hari la walaupun dah pakai deodorant. Ni haa Auntie Rina kongsi petua orang dulu dulu nak hilangkan bau badan. Meh tolong kawan-kawan yang ada masalah ni tau! Jangan biarkan dia sensorang. Jom cuba!
Sumber kredit: CSR Teman Sajian
Bukan Hanya Pada Produk, Tapi 5 Rutin Ini Mampu Menjadikan Wajah Nampak Muda Walaupun Berusia!

Semua kaum wanita ingin memiliki wajah yang kekal muda biarpun usia semakin meningkat. Walaupun sudah banyak produk yang dipakai, namun bukan semuanya mampu menjanjikan rupa paras yang sentiasa kekal muda.
Sebenarnya, untuk memiliki rupa paras yang kekal muda, sihat dan berseri, tidaklah susah yang disangka! Malah, ianya mudah asalkan anda rajin untuk melakukan rutin kecantikan yang rapi setiap hari. Hijabista kongsikan kepada anda rutin terbaik yang boleh anda amalkan untuk mengekalkan wajah muda anda!
- Rajin membaca tentang masalah kulit wajah
Untuk memastikan kulit wajah anda terjaga rapi, pastikan anda rajin membaca tentang masalah kulit wajah anda. Tidak perlu mengambil masa yang lama. Cukup sekadar beberapa minit sebelum tidur, dan fahami kehendak masalah kulit anda. Harus diingat, kulit harus dibelai dengan penuh kasih sayang. Barulah ia sentiasa segar dan awet muda! Sama seperti kuntuman bunga! Jadi, fahami tentang kulit anda dan carilah solusi yang sesuai!
2. Usah ‘rambang mata’ memilih produk baru
Ini seringkali terjadi kepada kita semua, bila ada sahaja produk baru, pasti kita akan menjadi teruja untuk membelinya! Tidak kisahlah produk kecantikan ataupun solekan, pasti ada sahaja tabiat membeli tanpa berfikir! Awas ya! Usah bazirkan duit anda dan usah hancurkan kulit anda kerana nafsu anda yang membuak-buak ingin membeli produk baru. Ini akan menyebabkan iritasi kepada kulit sekiranya anda membeli produk yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit anda!

3. Makan bahan semula jadi
Usah ketepikan khasiat bahan semula jadi. Ulam-ulaman dan sayur-sayuran sudah terkenal dengan pelbagai khasiat yang dapat memberikan khasiat kepada kulit wajah dan tubuh badan. Seperti yang kita ketahui, ulam-ulaman seperti pucuk paku, petai ataupun apa sahaja yang terkenal pada era nenek moyang kita, jadikan ia sebagai makanan tambahan anda!

4. Kebaikan yoga
Seperti yang kita tahu, senaman yoga bukan sahaja memberikan kebaikan pada tubuh badan, malah ia juga memberikan kesan positif kepada jiwa dan minda. Untuk kekal muda, bukan hanya memfokuskan kepada produk semata-mata, malah ia juga disebabkan oleh jiwa yang sentiasa bebas dari masalah dan minda yang lapang. Jadi, luangkan masa anda dengan melakukan senaman yoga tidak kira pada waktu pagi ataupun petang.
Baca juga: Susahnya Bersolek Bila Wajah Berminyak! Atasi Masalah Ini Dengan 7 Trik Solekan Yang Bernas Ini!
5. Sayangi diri sendiri
Seperti senaman yoga, lakukan apa sahaja yang membuatkan anda berasa gembira dan senang! Sayangi diri anda mungkin slogan wajib yang anda harus praktikkan dalam kehidupan anda untuk memastikan diri dan jiwa sentiasa rasa muda, berjiwa muda dan sihat seperti orang muda!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Buat Yang Sedang Dalam Usaha Nak Kuruskan Badan, Jom Kita Ikut 15 Tip Dr Hamid Arshat Ini

Buat hijabi yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan tiada jalan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal. Selain mengamalkan diet seimbang, mengawal pemakanan juga amat penting di samping kuantiti dan jumlah kalori yang diambil.
Memang bukan semudah yang disangka kerana usaha untuk menurunkan berat badan perlu disertai dengan kesungguhan, disiplin dan semangat yang tinggi. Tak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Penting untuk memilih cara diet yang betul bukan sekadar ikut-ikut sahaja. Jika tidak hasil yang diinginkan tidak seperti yang diidamkan. Apa-apa juga perkara memerlukan pengorbanan oleh itu apabila sudah tekad untuk menurunkan berat badan, jangan mudah berputus asa. Teruskan ‘perjuangan’ sehingga berjaya.
Berikut tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat tentang panduan untuk menurunkan berat badan.
PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN
Pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90 peratus gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10 peratus dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan. Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat seperti nasi, roti, mi, kuih-muih, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari. Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
CUBA AMALKAN PANDUAN-PANDUAN INI:
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan.
4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makanan bergula dan yang dibuat daripada tepung gandum seperti donut, kek dan lain-lain. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan.’ Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayurs-sayuran atau salad dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan menggeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 hingga 3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau bekerja. Minum air mineral saja.
Sumber kredit: Dr Hamid Arshat
Khasiat Telur Rebus Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Untuk Kurus & Cegah Kanser.

Kebaikan telur setengah masak memang kita akui dapat mengekalkan energi sepanjang hari. Tetapi tahukah anda telur rebus juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Ramai yang menolak untuk makan telur rebus kerana rasanya tidak sesedap telur goreng atau setengah masak.
Namun tahukah anda, telur rebus lebih baik untuk kerana mengandungi sekitar 70 kalori, lebih dari 6 gm protein berkualiti tinggi, mengandungi lemak tak tepu dan sejumlah besar vitamin D.
Ternyata telur rebus menyimpan banyak manfaat buat kesihatan. Di dalamnya kaya dengan potassium, zat besi, folik, vitamin E, zink dan protein.
Pengambilan telur rebus juga akan menjaga anda agar tetap kenyang dalam waktu yang cukup lama dan juga dapat mengawal nafsu makan anda.
Jom semak, manfaat telur rebus yang ramai tak tahu.
1. Menjaga Kesihatan Mata
Salah satu manfaat dari telur rebus iaitu baik bagi kesihatan mata. Dengan pengambilan telur rebus secara rutin,ia akan memberikan anda banyak ‘karotenoid’ seperti ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’. ‘Karotenoid’ ini memainkan peranan penting dalam melindungi mata dari pada pelbagai masalah kesihatan mata seperti penurunan kemampuan penglihatan yang umumnya terjadi pada orang dewasa.
2. Kuku Sihat & Kuat
Telur rebus juga mengandung sulfur yang tinggi yang merupakan sumber ideal vitamin D. Mineral, anti oksidan dan vitamin D yang terdapat di dalamnya mampu membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah.
3. Meningkatkan Kesihatan Otak
Pengambilan telur secara rutin juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik, iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dengan pengambilan ‘choline’ yang terdapat di dalam telur juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.
4. Turunkan Berat Badan
Masih ramai yang tidak tahu telur rebus dianggap efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya akan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet. Dengan pengambilan telur, anda tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan.
5. Baik Untuk Tulang
Telur rebus mengandungi vitamin D yang tinggi yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah. Ambillah telur rebus secara rutin kerana dipercayai dapat membantu tulang menjadi semakin kuat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.
6. Elok Untuk Darah
Pengambilan telur secara rutin juga dipercayai dapat membantu kesihatan jantung. Selain mencegah terjadinya pembekuan darah, secara tak langsung pengambilan telur rebus ini juga dapat mencegah risiko saluran pembuluh darah tersebut serta risiko diserang strok.
7. Cegah Risiko Kanser Payudara
Telur rebus juga boleh menjadi sahabat yang baik buat para gadis atau wanita dalam soal menjaga kesihatan payudara. Ini adalah kerana telur rebus dianggap mampu membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.
Selepas ini, sesiapa yang nak kuruskan badan melalui diet boleh cuba amalkan makan telur rebus sebagai pengganti nasi. Confirm boleh dapat berat badan ideal.