Dato Seri Siti Nurhaliza sememangnya nama yang sangat gah dalam industri hiburan dan tidak perlu diperkenalkan lagi namanya. Sebut sahaja namanya, pasti semua terbayangkan suaranya yang lunak merdu, rupa paras yang indah dan personalitinya yang cukup menawan. Tidak hairanlah jika dia sentiasa dijadikan idola oleh semua yang meminatinya.
Bukan sahaja di Malaysia, Dato Seri Siti juga telah memukau jutaan hati peminat di Indonesia. Seorang peminatnya di sana iaitu Khusnul Khotimah berasa amat bertuah kerana tidak menyangka idola yang dikaguminya sejak tahun 1997 sudi membuat kejutan untuk dirinya.
Dalam rancangan yang bertajuk Hitam Putih Kehidupan, Khusnul Khotimah yang menghidap penyakit Polio itu dikejutkan dengan kehadiran Dato Seri Siti yang telah tampil menyanyikan lagu khas buatnya iaitu Bukan Cinta Biasa.
Ads
Khusnul yang berasal dari Jawa Timur telah menjadikan Siti sebagai sumber kekuatan dalam hidupnya…
Netizen yang melihatnya juga turut tersentuh hati hingga menitiskan air mata…
Ternyata sikap rendah diri yang ada dalam diri Dato Seri Siti Nurhaliza ini membuatkan dirinya sentiasa disayangi ramai. Untung sekali Khusnul Khotimah apabila dapat bertemu dengan beliau. Semoga Khusnul berada dalam keadaan yang baik selalu dan buat hijabi di luar sana, ambillah iktibar daripada video ini ya!
Bencana banjir yang sedang berlaku sekarang ini disifatkan di antara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah negara. Banyak rumah kediaman yang di kawasan terjejas yang ditenggelami air hingga hanya terlihat bumbung rumah sahaja.
Menyuarakan kesedihannya di laman sosial, penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza merasa risau melihat penduduk di kampungnya di Kuala Lipis, Pahang yang menjadi mangsa banjir di sana.
Beliau juga berasa gundah kerana sukar untuk pasukannya menghantar bantuan di sana disebabkan keadaan jalan pulang yang menyukarkan mereka.
Keadaan di Kuala Lipis, Pahang. Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya, Januari lalu juga keadaannya begini.
Keadaan jalan untuk pulang juga menyukarkan team saya untuk ke sana tetapi apa yang penting adalah, kami sedaya mampu akan membantu.
Walaupun saya di Kuala Lumpur, terkekang dengan hal-hal di sini serta anak2 saya juga tidak berapa sihat, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis. Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.
Tidak kira di negeri mana, kawasan mana, semoga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini.
Saya doakan agar KITA semua diberikan kekuatan dan ketabahan. Saya terharu melihat bagaimana rakyat Malaysia berganding bahu dalam apa jua situasi sukar yang sedang menimpa. Terus kuat!
Kepada yang sama-sama ingin membantu, anda boleh menyumbang ke tabung Bantuan Khas Palestin, Covid-19 dan Bencana Alam, ada di linktree di bio saya.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan prihatin.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan bantuan berjalan dengan lancar dan semua mangsa dapat diselamatkan dengan baik. Moga niat murni Tok Ti yang ingin membantu ini dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai peniaga makanan, jika niat berniaga itu tulus dan ikhlas menawarkan kepada pelanggan, makanan yang sedap dan murah pastinya Allah akan memberikan rezeki yang mencurah-curah dan berlipat ganda.
Begitulah yang berlaku kepada hijabi ini yang menawarkan jualan kek dengan harga murah dan ‘tak masuk akal’ kepada pelanggan, malah rasa kek yang dijual juga enak dan boleh diterima tekak menjadikan gerai kek miliknya sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Penjual kek berkenaan yang dikhabarkan meniaga di sekitar Sungai Petani, Kedah menjadi tular dalam satu rakaman video TikTok ‘Projek Kek RM1’ yang dikongsikan sendiri olehnya menerusi akaun @afizahbakery.sp.
Dalam video berkenaan pengusaha Afizah Bakery itu mendedahkan bahawa beliau tidak sempat untuk menyusun kek potong yang ditawarkan dengan harga RM1 itu, ekoran gerainya sering diserbu pelanggan sebaik sahaja ianya dibuka.
Menurutnya lagi, sebanyak 1,500 kek akan lesap dan habis terjual dalam sekelip mata sahaja, meskipun beliau hanya mengadakan projek kek RM 1 itu pada hari cuti hujung minggu sahaja, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.
Hijabista difahamkan, penjualan kek yang laris ini adalah kerana harga kek yang ditawarkan terlalu rendang berbanding harga kek potong di pasaran. Malah, kos pembuatan dan penyediaan kek yang kian meningkat juga menjadi punca kek dengan harga bajet seperti ini laris bak ‘goreng pisang panas’.
Tambahan pula, di zaman harga barang naik dan inflasi kini, tidak semua orang mampu mengeluarkan modal yang besar demi meuaskan nafsu menjamah sepotong kek.
Justeru, promosi kek dengan harga rendah seperti ini dalam masa yang sama ibarat ‘berniaga sambil bersedekah’ dan memberi situasi menang-menang (win-win) kepada peniaga dan pembeli.
Lebih menarik lagi, jika trend ‘Projek Kek RM 1’ ini dapat menjadi role-model dan menjadi ikutan peniaga lain.
Sama seperti ‘Menu Rahmah’ yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini sebagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan inflasi khususnya golongan B40 dan mereka yang tidak berkemampuan.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantarab berkenaan untuk melihat respon dan maklum balas wargamaya tentang perkara ini.
Rata-ratanya, memuji tindakan perniaga ini serta meninggalkan komen yang positif dan optimis. Malah, ramai yang teringin pergi membeli kek di gerai berkenaan dan ada juga yang meluahkan rasa hampa kecewa kerana gerai kek tersebut berada jauh utara.
Berikut merupakan beberapa komen netizen yang berjaya meraih perhatian Hijabista;
“Walapun RM1, kalau aku beli dah jadi puluh ringgit. Jenis nak rasa semua 😂😂😂😂
“Bagus idea ni, sebab kadang-kadang tu satu slice, 3 hari nak habiskan hahaha..
“Adoii.. kenapa lah kat kedah,” ujar netizen
Hijabista mendoakan agar Afizahbakery.sp kekal istiqamah menjalankan perniagaan seperti ini yang berjaya membantu netizen atau warga Sungai Petani secara tidak langsung.
Pada Isnin yang lalu iaitu tanggal 9.9.2019 telah berlangsungnya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bersempena dengan hari itu, Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan juga telah diadakan dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Pada masa yang sama, telah terjadinya satu insiden yang lucu apabila selendang Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah tersangkut pada baju Yang di-Pertuan Agong sewaktu sedang berjalan.
Menariknya, Tunku Azizah sendiri telah tweet mengenai insiden itu dengan caption yang melucukan dan sekaligus tweet itu menjadi tumpuan ramai sehingga ribuan kali diulang kicau.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.