Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, tentu berasa kurang selesa. Hal ini kerana kulit kelihatan berkilat dan sering juga rasa melekit. Walau bagaimanapun memiliki kulit berminyak bukan bermakna anda tidak perlu memakai pelembap wajah. Ini salah!

Sebenarnya memakai pelembap wajah menjadikan kulit anda kurang berminyak. Apabila anda tidak memakai pelembap wajah, kulit akan bertindak balas dengan pengeluaran minyak yang lebih banyak yang biasanya menghasilkan jerawat dan rasa berminyak yang amat merimaskan.

LIMA PELEMBAP GEL TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK, WANITA DAN LELAKI BOLEH PAKAI

Untuk mengelakkan ini, gunakan salah satu pelembap gel di bawah yang diformulasikan khas untuk kulit berminyak.

IKLAN

1. Garnier Skin Active Moisture Bomb
Dari segi wang tunai, pelembap Garnier ini adalah belian yang terbaik buat anda. Ia mendapat nilai yang tinggi untuk bajet anda namun amat berkesan, menjadikan kulit wajah lembut, lembap dan terhidrat.

Sumber gambar: beaminglily.com

 

2. Neutrogena Hyro Boost Water Gel
Asid hyaluronik telah menjadi ramuan terkenal kerana kekuatan pelembap semula jadi. Tubuh kita secara semula jadi menghasilkannya untuk melembapkan, tetapi kulit yang terlalu kering atau berminyak boleh menyebabkan badan anda tidak cukup menghasilkannya. Pelembap wajah mengandungi hyaluronic acid yang membantu menjadikan kulit wajah kekal lembap sepanjang masa tanpa rasa melekit.

IKLAN
Sumber gambar: Courtesy of Amazon

3. The Body Shop Seaweed Oil Control Gel Cream
Krim dari The Body Shop ini dibuat khusus untuk mengurangkan minyak dan sebum. Ia menampilkan formula unik yang menggunakan rumpui laut yang kaya dengan mineral, dan memberikan penampilan yang matte dan bersinar.

Sumber gambar: Courtesy of Amazon

4. Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel 
Gel pelembap Clinique membantu kulit anda kelihatan hebat dan kekal sihat. Ini adalah produk yang memberikan kelembapan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Teksturnya yang ringan menjadikan ia tidak terasa apabila disapukan pada kulit wajah.

IKLAN
Sumber gambar: Courtesy of Ultra Beauty

5. Dermalogica Calm Water Gel
Sekiranya anda ingin mengeluarkan lebih sedikit perbelanjaan, dapatkan gel pelembap Dermalogica ini. Mungkin harganya sedikit ‘mahal’ namun teknologi asid hyaluroniknya yang berganda, serta ekstrak buah epal dan formula gliserin hidratnya amat membantu menjadikan kulit kekal terpelihara.

Sumber gambar: Courtesy of Ultra Beauty

Kesimpulannya amat penting untuk kita memakai pelembap wajah. Ia bagi memastikan kulit wajah kekal lembap, lembut dan sentiasa terhidrat.

Sumber kredit: harpersbazaar.com dan Top image: womanandhome.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI