Peminat dunia hiburan Korea hari ini dikejutkan dengan berita kematian Kim Mi Soo yang merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri “Snowdrop” yang kini popular di laman penstriman Disney+.
Berita kematiannya mula tersebar apabila agensi Landscape Entertainment yang merupakan syarikat naungan pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan media kepada umum.
“Ini adalah agensi pelakon Kim Mi Soo, Landscape Entertainment. Kami mahu menyampaikan berita sedih dan menyayat hati. Kim Mi Soo secara tiba-tiba meninggal dunia pada 5 Januari. Keluarganya ketika ini sangat sedih dengan berita duka yang berlaku secara mengejut ini.
Ads
“Kami benar-benar meminta anda untuk mengelak daripada membuat khabar angin atau spekulasi supaya keluarga yang kehilangan, terkejut dan berduka, dapat memperingati mendiang.
“Tolong doakan Kim Mi Soo agar mendiang dapat berehat dengan aman, dan sekali lagi, kami mengucapkan takziah kepada mendiang,” kata kenyataan yang dikeluarkan agensi tersebut.
Pengkebumian pelakon yang dilahirkan pada tahun 1992 ini juga akan diadakan secara tertutup mengikut permintaan keluarganya, menurut kenyataan itu lagi. Walau bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan.
Ads
Kim Mi Soo muncul dalam banyak drama terkenal termasuk “Hi Bye Mama,” “The School Nurse Files,” dan “Yumi’s Cells.” Projek terbarunya ialah siri drama “Snowdrop”, yang ketika ini sedang disiarkan.
Ads
Menerusi siri tersebut, Kim Mi Soo Melakonkan watak aktivis pelajar yang berkongsi asrama wanita dengan watak protagonis Young-ro, yang dilakonkan oleh Jisoo dari kumpulan K-pop Blackpink.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gangguan tidur merujuk kepada kecelaruan corak tidur. Individu yang berdepan masalah tidur perlu mendapatkan nasihat doktor dan perlu mengelak penggunaan pil tidur.
Insomnia ialah satu keadaan di mana penderita gagal mendapat tidur yang cukup dari segi kualiti dan kuantiti. Ini termasuk tidak dapat melelapkan mata, bangun terlalu awal, kerap terjaga dan gagal untuk lelap semula. Oleh itu, aktiviti seharian akan terganggu dan tidak dapat berfungsi sewajarnya.
TAHAP TIDUR YANG KOMPLEKS
Tahap tidur melibatkan beberapa proses dalam otak dan imbangan bahan kimia (neurotransmitters) di dalam otak. Sekiranya proses ini terganggu atau bahan kimia berkenaan tidak seimbang, maka proses tidur akan terjejas.
Walaupun gangguan ini terjadi tanpa punca dan sebab yang boleh dikesan, namun kebanyakan kes terjadi disebabkan oleh pendorong lain seperti penyakit, keadaan kesihatan, tekanan, masalah fisiologi seperti pencernaan yang kurang baik atau gangguan seksual.
Gangguan di kamar tidur seperti televisyen, komputer atau telefon juga sering menyumbang kepada keadaan ini. Ada kalanya bunyi bising persekitaran seperti jiran yang bising atau pasangan tidur berdengkur juga menjadi faktor penyumbang kepada insomnia.
INSOMNIA PENYEBAB SAKIT MENTAL?
Penderita insomnia tidak akan menjadi gila atau mengalami kerosakan otak kecuali tidak tidur langsung. Masalah sukar tidur boleh membawa kepada perasan gelisah (anxiety) atau murung (depression). Walaupun tidak membawa kepada gejala sakit mental namun, ia tidak seharusnya dipandang ringan.
Jelasnya, insomnia boleh dirawat dan penderita harus diperiksa bagi mengesan kehadiran penyakit lain. Tahap tekanan harus diambil kira dan tekanan yang boleh dielak- kan harus dielakkan.
Amalkan sleep hygiene di mana menjadikan suasana tidur lebih selesa dan nyaman agar tiada gangguan di bilik tidur seperti televisyen, komputer atau telefon.
Ubat penenang ringan boleh diberi sebagai langkah terakhir dengan pengawasan doktor bertauliah untuk sementara waktu. Namun, sebenarnya ubat tidur tidak digalakkan sama sekali kerana ubat ini boleh memburukkan masalah insomnia jika salah penggunaannya.
Siapa pun boleh mengalami masalah ini. Ia biasanya melibatkan individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pemakanan, senaman dan aktiviti harian. Begitu juga individu yang mempunyai pola tidur tidak tetap seperti pekerja syif kerana kekeliruan otak mengenal waktu tidur.
CARA ELAK INSOMNIA
1. Elakkan dari minum minuman berkafein sebelum tidur.
2. Lakukan senaman yoga untuk meregangkan otot dan tulang.
3. Jangan paksa diri untuk tidur, sebaliknya alihkan perhatian dengan lakukan beberapa aktiviti seperti mendengar muzik untuk mendapatkan rasa mengantuk.
4. Elak dari sebarang gajet dan skrin elektronik yang boleh menyebabkan mata sukar untuk mengantuk.
5. Ketepikan emosi dan perasaan yang negatif kerana ia akan menjadikan kamu ‘overthinking’ dan sukar untuk tidur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Semalam telah berlangsung majlis akad nikah pasangan pelakon Izara Aishah dan juga Adib Khalid. Ramai memuji penampilan Izara yang begitu cantik, anggun dan penuh mempesona. Dari top to toe, semuanya nampak ‘perfect’ dan begitu cocok sekali dengan Izara yang jelita. Baju nikah Izara berwarna ‘off white’ ini adalah hasil kreativiti pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim. Ada kisah menarik di sebalik busana anggun ini. Bukan calang-calang buatannya kerana ia hasil kerja keras pereka yang memang sangat dikagumi kreativitinya.
A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on
Menurut Rizalman dalam posting di laman IGnya, beliau mengembara seluruh dunia untuk mencari inspiprasi bagi mereka busana pengantin Izara yang berkonsep Sopan Couture dan Future Classic. Bukan itu sahaja beliau memulakan pembacaan dan mencari sejarah seawal abad ke 18 dari dalam dan luar negara. Dari muzium ke istana.
Bukan itu sahaja, Rizalman turut mencari material terbaik dan mencuba melaksanakan teknik couture baru dalam menghasilkan karya cukup hebat ini. Usaha pereka ini juga harus dipuji kerana beliau turut menghadiri pelbagai teater di luar negara dan belajar kesan pementasan dan pencahayaan untuk mewujudkan elemen nikah dan drama.
Apa yang lebih mengharukan Rizalman semalam apabila Izara yang menangis di bahunya sambil mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala-galanya. Momen itu mengingatkan pada Rizalman bahawa Izara pernah berkata “’cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat perkahwinan cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat perkahwinan”
Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai veil yang digayakan Izara, tetapi kebanyakan follower pereka ini memberi reaksi positif dan memuji penampian Izara malam itu memang sangat cantik bagaikan puteri dalam persalinan tradisional yang indah. Namun ada elemen trendy dan veil ini dikatakan akan jadi ikutan bakal pengantin nanti.
@fadidarwaty_ahmad seriously this bju n veil sngt cntik..and izara mmg cantik
@afzansyukran Super cantik! Super unik! Super traditional! Kena akui @izaraaishahofficial sangat menawan sebagai permaisuri sehari. Nampak lain daripada biasa yang kita tengok. Kerja seni yang sangat hebat @rizalman71.
@iceeyes78 So trendy….never before seen any weddings in Malaysia like this
Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini sah diijab kabulkan hanya dengan hanya dengan sekali lafaz di sebuah lokasi di Damansara jam 9 malam semalam.
Dalam majlis itu, Izara menerima wang mas kahwin RM700 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Majlis diadakan secara tertutup dan dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat terdekat.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.