Penyanyi terkenal yang menjadi kegemaran semua iaitu Wany Hasrita ini memang sangat disenangi semua. Sentiasa menghiburkan hati peminat dengan lemak merdu suaranya, Wany juga terkenal dengan kemanisan ayu raut wajahnya.

Sempat berkongsi tips kecantikan dan kesihatan, Wany mengakui yang dirinya kini lebih mengutamakan soal itu kerana sedar kepentingannya untuk masa akan datang.

View this post on Instagram

I found you.

A post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on

Apakah tips kecantikan Wany?

Umur Wany sekarang sudah masuk 27 tahun. Selain daripada menjaga pemakanan, saya juga mengamalkan pengambilan minyak kepala dara setiap hari. Setiap hari mesti makan.

IKLAN

Di samping itu, saya juga selalu bersenam. Kita kena work on our muscle sebab sudah makin berusia ni muscle kita akan makin mengecut dan sebab itulah kita kena bermula dari sekarang. Kita tak boleh menghalang penuaan tapi kita boleh melatih muscle kita.

IKLAN

Biasanya ramai yang suka meninggalkan sarapan pagi. Bagaimana pula dengan Wany?

Sebenarnya Wany kalau bab sarapan ini memang ‘tak ngam’ dengan sebarang jenis bijirin, oatmeal. Wany juga bukannya seorang pemakan sayur. Jadi, untuk top-up balik khasiat itu, Wany cuba mengambil S Great Grain ini. Hari pertama cuba macam boleh jadi kita sambung untuk hari keduanya. Lama-lama dia menjadi seperti rutin harian. Alhamdulillah, kalua tak sempat pun Wany akan ambil satu sachet dan sediakan air untuk bancuh dalam kereta.

Sarapan itu memang kita wajib ambil. Dulu Wany selalu abaikannya sebab waktu sarapan kita biasanya nak nasi lemak dan sebagainya tapi mana boleh makan dalam kereta kan dek kerana jadual yang sibuk. Jadi, alhamdulillah Wany akhirnya boleh makan bijirin dan tak lagi skip breakfast sampailah hari ini.

IKLAN

Perkembangan Wany pada hari ini selepas menang Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu?

Masih seperti manusia normal sebelum saya menang (ketawa). Sibuk dengan lagu terbaru, ada jugak berlakon dan juga perniagaan iaitu Rindu by Wany Hasrita yang merupakan pakaian baju raya. Jadi sesiapa yang mencari baju raya bolehlah beli baju saya.

https://www.instagram.com/p/Bw_EC2CBPGI/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI