Daya tarikan wanita Korea Selatan semestinya kulit mereka yang bersih dan bercahaya bak porselin seolah-olah seperti tidak memakai mekap. Sebagaimana mereka sangat berdisiplin dalam bidang pekerjaan begitu juga rutin penjagaan wajah yang bermula sejak awal remaja.

Wanita Korea juga sangat mementingkan penjagaan dalaman dan juga luaran. Mereka percaya menerusi pemakanan yang sihat akan menyerlahkan keindahan wajah secara semula jadi.

Wanita Korea tidak mengambil makanan berminyak, kurang gula dan jumlah garam yang minimum. Buktinya lihat saja makanan Korea, sangat jarang ada menu makanan berminyak dan manis. Kebanyakan hidangan menggunakan kaedah bakar atau rebus saja. Sebab itu kulit mereka terjaga dari dalam dan ini juga rahsia mengapa mereka kurus dan cantik,

Mereka juga mengamalkan sayur-sayuran pelbagai warna dalam hidangan harian dan buah-buahan untuk vitamin C. Vitamin C sangat bagus untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Walaupun wanita Korea tidak mengamalkan apa-apa petua kecantikan tradisional menerusi penggunaan bahan alami, produk mereka mengandungi semua bahan semula jadi terbaik dan dikeluarkan selepas melalui proses kajian yang ketat.

Sebab itu produk asas seperti pencuci muka, penyegar dan pelembap perlu ada bagi setiap individu termasuk remaja lelaki. Kemudian ia ditambah kepada topeng wajah, pupur, krim mata, serum dan krim malam yang dilakukan secara kerap dan konsisten.

RAJIN CUCI MUKA

IKLAN

Wanita Korea juga kerap mencuci hampir tiga hingga lima kali sehari diikuti pemakaian pelembap, krim siang dan pelindung matahari. Mereka juga memberus gigi setiap kali selepas makan.

Berbanding wanita di Malaysia yang hanya memakai sunblock ketika berkunjung ke pantai sebaliknya orang Korea menggunakannya setiap hari untuk mengelak daripada kulit kusam, bintik-bintik jeragat, jerawat dan kesan terbakar.

Bagi wanita Korea, sunblock adalah perkara wajib dan sangat penting diamalkan. Bak kata mereka tidak memakai bedak asas tidak mengapa asalkan memakai krim pelindung matahari.

Selain itu mereka sangat mementingkan penggunaan topeng wajah yang dipakai setiap hari. Tanpa mengira usia sama ada sebelum memakai alat solek atau selepas mencuci wajah, sekeping topeng wajah akan diletakkan pada muka. Amalan ini sememangnya sudah dipraktikkan sejak berabad lamanya dan diturunkan daripada satu generasi ke generasi lain.

IKLAN

Sebab itu topeng wajah dijual di merata tempat pada harga yang sangat murah. Mereka juga tidak kisah keluar dengan masih memakainya kerana menjadi amalan sejak turun temurun,

PANDUAN PENJAGAAN WAJAH WANITA KOREA:

1. Cuci wajah
Biasanya wanita Korea akan melakukan cucian wajah dua kali. Cucian pertama untuk membuang solekan pada keseluruhan wajah. Cucian kedua pula dengan menggosok perlahan kulit bagi merangsang peredaran darah.

IKLAN

2. Penyegar
Penyegar bertindak mengimbangi pH kulit dan menyediakan kulit untuk menerima manfaat atau khasiat produk penjagaan kulit lain yang digunakan selepas penyegar.

3. Esen
Esen membantu merawat kulit dan meningkatkan keupayaannya menyerap dengan mendapat manfaat produk lain.

4. Serum
Wanita Korea menggunakan tiga jenis serum khusus untuk menangani masalah kulit seperti antipenuaan, merawat tompok hitam dan menghidrat.

5. Topeng perawatan kulit
Gunakan topeng perawatan kulit setiap hari sebaik-baiknya sebelum menggunakan penyegar.

6. Krim mata
Sapukan krim mata dua kali sehari, pagi dan malam. Ratakan secara tekan dengan perlahan menggunakan hujung jari. Jangan sekali-kali digosok kerana ia boleh memberi kesan sampingan kepada kulit di sekitar mata.

Apabila melihat cara rutin kecantikan yang diamalkan oleh wanita Korea maka tidak hairanlah mereka memiliki kulit yang sangat halus dan mulus. Kesimpulannya untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, kita perlulah rajin membelai wajah.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI