Hidup tanpa warna umpama sebuah kanvas putih. Ia perlu diwarnai agar hidup ini ada serinya. Tahukah anda, setiap warna mempunyai kesan dari sudut psikologi? Contohnya kombinasi dekorasi ruang makan dan pilihan warna sedikit sebanyak memberi kesan terhadap selera makan.
Mungkin ini boleh menjadi alternatif buat mereka yang mempunyai masalah kurang selera makan. Berikut 3 warna yang boleh anda cuba terapkan di ruang makan bertujuan agar nafsu makan meningkat.
KUNING
Warna ini dianggap baik serta membawa pengaruh positif untuk meningkatkan nafsu makan sekiranya berada dalam ruang makan. Sememangnya warna kuning mempunyai pesonanya yang tersendiri di samping memberikan kesan ceria dan semangat.
Warna kuning juga mampu memberikan impak positif untuk meningkatkan nafsu makan. Selain itu, warna ini juga menjadikan suasana di ruang makan menjadi lebih hangat sehingga ketika makanan dihidangkan anda akan terus berselera untuk menikmatinya.
JINGGA
Warna berikutnya ialah jingga. Ronanya yang terang sememangnya membuka selera. Ia mengingatkan kita buah oren/limau yang rasanya sangat sedap terutama jika dibuat jus. Biasanya warna jingga dipadankan dengan warna coklat untuk mencetuskan ambient yang hangat dan intim di ruang makan.
Namun jika anda mahu nuansa makan yang santai dan ringkas maka kombinasi warna jingga dan putih atau kelabu boleh jadi pilihan. Anda boleh mendekor ruang makan dengan hiasan buah oren agar nuansa warna jingganya kian terasa. Selain cerah dan berwarna, jingga juga memberi kesan positif untuk meningkatkan nafsu makan.
MERAH
Warna merah menjadi identiti kepada definisi semangat. Warna merah punya pesonanya yang tersendiri. Selain mempunyai aura berani serta elegan, warna merah juga sesuai untuk diaplikasikan di ruang makan.
Masakan telur dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya juga sedap dan boleh buat kita tambah nasi berkali-kali.
Siapa yang tidak suka makan telur dadar bukan? Makan dengan nasi kosong panas-panas bersama kicap pun selera bukan main. Sajian telur dadar bukan sekadar pelengkap hidangan tetapi juga antara menu wajib yang mesti ada setiap kali menjamu selera.
Kalau inginkan kelainan masak telur dadar, boleh cuba resipi wanita ini. Memang ‘terangkat.’
Siapa pernah buat? Kalau sudah hujung bulan akak biasa buat untuk tambah-tambah lauk sementara tunggu gaji. Telur dadar goreng tepung. Akak guna tepung goreng serbaguna (pedas) yang biasa untuk goreng ayam.
CARA MEMBUAT:
1. Buat telur dadar kemudian potong-potong.
2. Ambil secukupnya tepung goreng kemudian bancuh dengan air jangan cair sangat cukup boleh lekat telur dadar yang sudah siap digoreng.
3. Celupkan telur dadar ke dalam bancuhan tepung kemudian golekkan ke dalam tepung goreng yang kering macam hendak buat ayam goreng tepung.
4. Goreng hingga kecoklatan. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidangkan.
Siapa tidak kenal dengan aktor kacak Mohd Shukri Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya, setelah namanya menjulang naik selepas drama 7 Hari Mencintaiku menjadi fenomena di Malaysia.
Shukri merupakan figura yang tidak asing lagi dalam industri seni negara kerana sering menghiasi kaca TV dengan lakonan mantapnya, sehingga menjadi kegilaan gadis-gadis mahupun para wanita dek ketampanan wajahnya.
Bagaimanapun, tindakan pelakon dan juga pengarah itu yang bermesra secara terbuka bersama isterinya ketika Live, telah mengundang rasa geram netizen dan ketidakpuasan hati netizen.
Hantaran video yang dimuatnaik di TikTok menerusi akaun @syukritya_ itu memaparkan isterinya Tya sedang melakukan siaran langsung live sebelum menyapa suaminya apabila melihat suaminya lalu di hadapan.
Membalas sapaan isterinya itu, Shukri dengan spontan telah mencium isterinya ketika live sedang berlangsung sebelum dia keluar.
Tidakkan Shukri yang dilabel sebagai ‘Sweet Overload’ itu telah membuatkan netizen terutamanya yang single tidak keruan melihat kemesraan pasangan itu.
Antara komen yang ditinggalkan netizen pada hantaran itu, adalah netizen meminta mereka agar menghormati netizen yang single dan belum mempunyai pasangan hidup.
“Tiba-tiba rasa taknak bernafas.”
“Maaf berkomen…tolong hormat yang single ye…😅😅😅
“First time artis buat aku pecah kan telefon aku sendiri
Selain itu, tidak kurang juga ada antara netizen yang menyesal membuka aplikasi tiktok pada ketika itu kerana video tersebut merupakan video yang pertama lalu di tiktok sehingga mereka rasa mahu mencampakkan telefon bimbit selepas melihat aksi itu.
Terdapat juga netizen yang bertindak mematikan telefon sejurus melihat video tersebut.
Untuk Rekod, Shukri memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko.
Pada 20 November 2015, Shukri telah berkahwin dengan bekas pelakon, Siti Nurfatihah Adnan (Tya Adnan) dan dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
Empat tahun kemudian, lahir pula cahaya mata kedua Maleeq Miqayl yang dilahirkan pada 20 Julai 2020.
Malam yang sarat dengan bintang berlian, kilauan inspirasi, dan pengiktirafan kepada wanita Malaysia yang luar biasa, Nona Superwoman Award 2024 mengukir sejarah baharu dengan penganjuran kali keempat. Bertemakan “Diamonds Are Forever”. Acara yang berlangsung di M World Hotel Petaling Jaya ini meraikan tokoh-tokoh wanita hebat yang telah membawa impak besar kepada komuniti dan negara dalam pelbagai bidang.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencemar duli untuk menyampaikan anugerah utama malam ini adalah simbolik kepada penghormatan tertinggi yang diberikan kepada kejayaan dan dedikasi wanita. Turut diserikan dengan kehadiran kerabat diraja, tokoh masyarakat, dan pemimpin-pemimpin terkemuka. Majlis ini menjadi perayaan keberanian, kecekalan, dan pencapaian yang luar biasa.
Majlis ini turut menyaksikan kehadiran tetamu kehormat yang terdiri daripada YAM Tengku Puteri Dato’ Sri Hajah Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati, YM Tengku Sharifah Ariel Budriah Jamallulail, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Mantan Ahli Dewan Negara, Ms. Cynthia Seow, Chairman Nu Ideaktiv & Director Customer Experience & Digital Astro dan En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai EksekutifNu Ideaktiv Sdn Bhd.
“Platform Transformatif untuk Wanita!” Itulah kata-kata pertama Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawa iEksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2024.
Beliau menyatakan, “Nona Superwoman Award bukanlah sekadar untuk memberi penghormatan tetapi ia adalah platform transformatif yang membolehkan wanita memandang semula perjalanan mereka, meraikan kejayaan mereka, dan mencipta peluang baharu. Kejayaan seorang wanita bukan hanya miliknya seorang, ia adalah milik keluarga, komuniti, dan negara. Nona Superwoman Award adalah manifestasi penghargaan terhadap keupayaan wanita untuk mencorakkan masa depan dengan keberanian, daya tahan, dan kecemerlangan.”
“Dari sebuah entiti penerbitan terkemuka dan kini platform digital & audiens, kami telah menjadikan pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita sebagai salah satu tunjang misi utama kami. Acara ini mungkin dilihat secara dasarnya adalah satu malam penghargaan, namun secara ringan dan relevan, kami cuba untuk menjadikan ia sebuah platform yang mengangkat kisah mereka kepada dunia.
Wanita-wanita ini telah membuktikan bahawa di sebalik setiap cabaran, terdapat peluang untuk mencipta kejayaan luar biasa. Majalah Nona bukan sahaja meraikan kejayaan mereka tetapi turut menyediakan ruang dan jaringan yang memperkasakan perniagaan mereka untuk menjangkau lebih ramai pelanggan, lebih banyak peluang, dan lebih besar impak.”
Syamil juga mengaitkan kejayaan ini dengan impak kepada Nu Ideaktiv: “Melalui Nona Superwoman Award, kami bukan sahaja memperkukuhkan jenama kami sebagai pelopor dalam memperkasakan wanita tetapi juga menyumbang kepada kestabilan perniagaan melalui jaringan kepercayaan yang dibina bersama usahawan dan tokoh yang berjaya. Anugerah ini adalah lambang komitmen kami terhadap transformasi sosial dan ekonomi yang lebih inklusif selain dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap jenama kami. Ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kami dengan komuniti wanita tetapi juga membuka peluang baharu untuk kolaborasi dan inovasi.”
Kiffy Razak, Editor Pengurusan (Wanita) Nu Ideaktiv Sdn Bhd, memberikan ucapan yang penuh inspirasi.
“Setiap wanita yang diraikan malam ini adalah seperti berlian yang terbentuk daripada tekanan, mereka telah melalui perjalanan sukar, mengharungi rintangan, tetapi akhirnya bersinar sebagai permata yang tiada bandingannya.”
“Anugerah ini adalah simbol keberanian dan keazaman. Ia bukan hanya meraikan pencapaian, tetapi menyokong wanita untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta perubahan, dan menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Nona Superwoman Award adalah janji untuk terus memberikan ruang kepada wanita untuk berkembang, berinovasi, dan meninggalkan legasi.”
Malam penuh gemilang ini dikemudi oleh Hunny Madu, seorang pengacara berbakat yang juga tampil menerus iprogram Borak seeNI di Astro. Dengan sentuhan profesionalisme dan pesona, Hunny memastikan setiap momen majlis ini berjalan lancar dan meninggalkan impak mendalam kepada para hadirin.
Selain anugerah yang dinanti-nantikan, majlis ini turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi hebat seperti Datin Alyah, Amir Masdi, dan Aina Abdul. Keseluruhan acara penganugerahan ini distrim secara langsung menerusi Facebook, Youtube dan TikTok Majalah Nona.
Sebanyak 39 kategori anugerah telah disampaikan yang mengiktiraf wanita hebat dari pelbagai latar belakang.
Bagi menghangatkan gelombang Fenomena Nona Superwoman Award 2024, Nona turut tampil dengan terbitan naskhah eksklusif Majalah Nona yang telah menjadi tradisi setiap edisi Superwoman berlangsung. Naskhah eksklusif kali ini membariskan wanita-wanita yang melakar prestasi luar biasa sepanjang tahun 2024.
Antaranya kisah wanita kedua dilantik ke jawatan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus serta anak penoreh getah yang kini bergelar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan ramai lagi; Majalah terbitan eksklusif ini boleh didapati di laman web Karangkraf Mall, www.karangkrafmall.com.my dengan harga RM15.90 sahaja.
Sebagai mercu tanda dalam pengiktirafan wanita selama 38 tahun, Majalah Nona terus komited untuk memperkasa wanita. Nona Superwoman Award akan terus menjadi platform untuk mengangkat suara, pencapaian, dan potensi wanita Malaysia. Dengan setiap langkah yang diambil, wanita Malaysia membuktikan bahawa impian besar adalah asas kepada masa depan yang gemilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.