Menurutnya, pemergian Syekh Ali Jaber bukan kerana covid-19 disebabkan allahyarham sudah pulih sepenuhnya daripada wabak itu.
Allahyarham disahkan positif Covid-19 pada Selasa (29/12) dan pernah dikerjakan ke wad ICU pada hari Rabu (30/12). Keadaan kesihatannya dilaporkan semakin baik pada 4 Januari yang lalu.
Ads
Ads
Menjadikan sedekah setiap Subuh dan membaca surah Al-Baqarah setiap hari sebagai rutin, inilah antara perkara baik yang kita boleh kita contohi daripadanya dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.
Pemergiannya pasti sangat dirindui oleh rakyat Indonesia. Moga allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah…
Dunia yang semakin canggih dengan peralihan zaman makin buat kita tersasar dan lupa untuk dekat denganNya. Namun dengan teknologi yang serba canggih ini juga buka peluang untuk hijabi seluruh dunia tidak alpa dengan masa.
Lagi tinggi kemajuan dunia digital seharusnya makin meningkat ilmu yang perlu kita ada, perlu ada usaha untuk mendekatkan diri denganNya.
Dunia permodenan seiring dengan gaya hidup islamik untuk hijabi, Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi TheNoor dengan rasminya dilancarkan pada 28 Januari dan rata-rata pengikut selebriti ini teruja memuat turun aplikasi ini sehari sebelum dilancarkan.
Menariknya, aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.
Memilih untuk meneroka bidang pembangunan digital sebagai cabang bisnes baharu, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd. berkata, aplikasi TheNoor, merupakan aplikasi semua-dalam-satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup muslim di seluruh dunia.
“Kita tidak boleh nafikan tentang kerancakan pembangunan platform-platform digital sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelbagai peranti pintar dengan sambungan internet di hujung jari. Segala keperluan maklumat dapat diakses dengan cepat.
“Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik IT, pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kaum muslimin ini juga dapat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan cepat.
“Sebagai contoh, bahagian tafsir al-Quran didatangkan dengan lima bahasa termasuk tiga bahasa utama di Malaysia. Kami juga merancang untuk menambah bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, setelah hampir lebih enam bulan, kami dengan bangganya melancarkan aplikasi TheNoor yang boleh dinikmati oleh semua umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd., Ahmad Tajuddin Idris berkata, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan servis yang menepati Syariah.
“Kami merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna untuk mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi TheNoor mengikut undang-undang Syariah.
“Selain itu, kami juga bakal melancarkan kad keistimewaan terhad yang membolehkan pengguna untuk membeli produk Takaful menerusi kerjasama dengan rakan kongsi seperti Zurich Takaful dan Etiqa Takaful.
“Sejajar dengan perkembangan jualan atas talian dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami turut akan memperkenalkan dompet digital (e-wallet) yang hadir dengan fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay, yang kini sedang menanti kelulusan daripada Bank Negara Malaysia,” katanya.
Hijabista juga sudah meneliti aplikasi ini ringkas dan mudah untuk diakses. Apalagi hijabi muat turun aplikasi ini yang bakal memudahkan anda menjalani aktiviti harian. Paling penting ‘turn on’ laungan azan ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selapas hampir tiga minggu berehat dari bersiaran di konti, semalam sempena sambutan Aidiladha, penyampai radio di stesyen radio Era, Hani atau Intan Farhani Fadzil, 27 tahun kembali bertugas. Hani yang memulakan hari pertamanya dikonti dengan penuh bersemangat dan juga turut mengenakan hijab. Nyata penampilannya itu mengundang pujian dari netizen. Malah rata-rata turut mengucapkan ‘selamat kembali’ padanya.
Sebelum itu, Hani bercuti selama hampir 3 minggu kerana berdepan masalah ketumbuhan sista pada ovari hingga perlu menjalani pembedahan. Jika tidak dibuang masalah ini akan memudharatkan kesihatannya.
Menurutnya dalam laporan Mstar Online ini adalah pengalaman kali kedua menghadapi csyt (sista), namun kali ini perlu menjalani pembedahan.
“Kali ini saiznya berukuran tujuh sentimeter iaitu sebesar buah tenis. Saya tergerak hati untuk buat pemeriksaan walaupun tidak mengalami sebarang kesakitan.
“Kemudiannya doktor menyaranan saya membuat pembedahan untuk mengelakkan perkara lebih buruk berlaku,” katanya yang ditemui ketika sidang media filem Gol & Gincu Vol 2 yang bakal ditayangkan di pawagan 25 Oktober depan.
Sebelum itu dalam posting terdahulu Hani turut menjelaskan mengenai masalah ketumbuhan ovari yang dialaminya itu.
Ramai tanya about my experience & etc. So let me share it with you ✨? Before I continue let me highlight that I AM NOT PREGNANT. NOT PREGNANT. TIDAK MENGANDUNG. TIDAK HAMIL. (Sebab ramai suka tanya soalan/say something sebelum membaca)
– I did not get rid of ANY of my ovaries. Ovary saya tidak dibuang sama skali. Masih ada lagi. (Because ada yg dm saya cakap “kesian kak hani kena buang ovari.” – Alhamdulillah the cyst was not cancerous . (Ada juga yg DM tanya Mcm mana perasaan dapat cancer..sorry takle nak jawab Sbb taktau mana Korang Boleh assume mcm tu) – the surgery will not effect my fertility. Maknanya in sha Allah I can have babies once I have recovered dgn izin Allah. Tapi tolong ah Jangan jadi makcik bawang & tanya banyak kali Bila nak ada baby. Tak sensitif langsung. Ok anyways..
– I have felt discomfort for the past few months & brushing it off thinking it was just normal period cramps. – I just checked because my period became irregular (tak on time) – lain orang lain symptoms. But ovarian cyst sgt common among ladies, tak kira masih sekolah ke, belum kawin ke, dah Kawin ke.. just check okay??? – ramai tanya juga sakit tak surgery.. masa bangun tu nangis gak la Sbb sakit Tapi the next day tu I takyah makan pain killer dah. Coz to me period pain lagi sakit. But again, lain org lain cara. – sebelum operation takde pantang makan – after operation doctor will say takde pantang. Tapi better dgr ikut cakap mak kita & pantang supaya luka dlm dan luar cepat sembuh. – cyst besar lebih 5cm sebaiknya pergi operate Sbb nak elak daripada pecah. – cyst lebih kecil Boleh makan ubat & kluar sendiri mcm period (sorry if you find this macam TMI)
– punca dia ? Korang Boleh google la ye. But all I know is mostly Sbb hormones and etc. – I was lucky Sbb tergerak hati nak check walaupun tak sakit. Because the doctor cakap my cyst dah ready nak pecah anytime and dah start bleeding. So ladies, better check if anything ok? Don’t wait
Walaupun tiada kenyataan rasmi dari Hani, tetapi dua keping fotonya berhijab dimuat turun memang mendapat pujian netizen. Hijabista ucapkan semoga Hani kekal istiqomah dan dibukakan hati oleh Allah satu hari nanti.
Terlalu obses nak cantik hingga membahayakan kesihatan, itulah yang terjadi kepada gadis ini. Berkongsi kisahnya menggunakan 16 produk demi menjadi kurus, sememangnya banyak risiko yang perlu dihadap hingga membuatkan dirinya serik lagi. Ambillah pengajaran daripada pengalaman yang telah diceritakan olehnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.