Nak mencapai sesuatu matlamat dalam hidup bukanlah satu perkara mudah jika tiada usaha dan azam yang kuat untuk mencapainya. Namun, jika mendapat sokongan daripada insan tercinta, pasti semangat itu terus berkobar-kobar jadinya.
Seperti Shafiqa Iskandar, dia bersyukur kerana dia bersama tunangnya sejak dari zaman cinta monyet iaitu Izzudin Zakariya berjaya mendapatkan berat badan yang ideal setelah kedua-duanya berusaha sebelum menjelangnya hari bahagia mereka.
Buat anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, teruskan! Jadikanlah kisah Shafiqa ini sebagai inspirasi untuk anda lebih bersemangat untuk mencapai berat badan yang diidamkan.
kredit: twitter @pikaaiskandar