Nak mencapai sesuatu matlamat dalam hidup bukanlah satu perkara mudah jika tiada usaha dan azam yang kuat untuk mencapainya. Namun, jika mendapat sokongan daripada insan tercinta, pasti semangat itu terus berkobar-kobar jadinya.
Seperti Shafiqa Iskandar, dia bersyukur kerana dia bersama tunangnya sejak dari zaman cinta monyet iaitu Izzudin Zakariya berjaya mendapatkan berat badan yang ideal setelah kedua-duanya berusaha sebelum menjelangnya hari bahagia mereka.
Di laman twitter, Shafiqa berkongsi kegembiraannya apabila berjaya menurunkan berat badan sebelum mengikat tali pertunangan bersama cinta hatinya sejak sembilan tahun yang lalu.
Also, as what Ed Sheeran said "we were just kids when we fell in love"
It took us 9 years to be here finally, semoga urusan pernikahan kita dan perjalanan alam pertunangan ni jadikan kita lagi kuat 🔥 pic.twitter.com/9u6LXX36di
— Fiqa Ishh. 🌸 (@pikaaiskandar) August 2, 2020
Menurutnya, dia mengambil masa lebih kurang dua tahun bagi mendapatkan hasilnya.
Selain itu, dia turut menyarankan mereka yang ingin berubah agar memuat turun aplikasi ‘Photogrid’ supaya boleh melihat perubahan dari masa ke semasa.
Ingat ya, lain orang lain caranya!
Jangan mengalah jika perubahannya kecil kerana itulah langkah permulaan ke sesuatu yang lebih besar.
Shafiqa juga sering menganggap dirinya sedang puasa bagi mengalihkan tumpuannya terhadap makanan. Boleh cuba idea ni!
Buat anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, teruskan! Jadikanlah kisah Shafiqa ini sebagai inspirasi untuk anda lebih bersemangat untuk mencapai berat badan yang diidamkan.
kredit: twitter @pikaaiskandar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI