Parut jerawat terjadi apabila masalah jerawat tidak dirawat dengan sepatutnya sehingga menimbulkan kesan parut jerawat pada wajah.

Mungkin bagi kebanyakan individu, jerawat pulih tanpa meninggalkan kesan kekal pada kulit. Sebaliknya, ada individu yang terpaksa berdepan parut jerawat, sekali gus mempengaruhi semangat dan keyakinan.

Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika parut jerawat itu dapat dilihat dengan jelas pada wajah.

Melalui entri di Facebook seorang wanita, Seri Sairi, dia berkongsi tentang tip menghilangkan parut jerawat dengan menggunakan campuran vaseline dan madu.

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Biasa selama ini trick vaseline hanya untuk bibir dan bulu mata sahaja bukan?. Seri tertarik dengan satu info tentang vaseline dan madu elok untuk hilangkan parut. Rupanya campuran dua bahan ini boleh menjadi ‘penawar’ untuk hilangkan parut jerawat.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Vaseline
Madu


CARA-CARA:

IKLAN

1. Ambil satu sudu teh Vaseline dan campurkan dengan sedikit madu.

2. Tekstur tak terlalu pekat atau cair.


3. Sapu nipis pada kawasan parut jerawat sahaja. Jangan sapu seluruh muka dan jangan sapu dengan banyak. Nipis sahaja!

IKLAN

4. Elakkan kawasan bengkak dan bernanah, sebab vaseline tak sesuai untuk kulit berminyak.

5. Tunggu 20 – 30 minit dan bilas dengan air bersih.

Mudah sangat bukan? Buat mereka yang pertama kali, cubalah pada parut hitam dulu. Kalau menjadi boleh sapu pada semua parut pada muka. Hasilnya kulit yang penuh parut jerawat semakin bersih dan berseri.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah parut jerawat pada wajah. Mungkin sudah cuba pelbagai tetapi tidak berhasil. Apa kata cuba cara ini pula. Mungkin ia serasi dengan anda. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Seri Sairi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI