Barangan makanan keperluan seperti rempah, sayur dan buah yang ada di dapur boleh dijadikan bahan kosmetik untuk menjaga kecantikan kulit secara semula jadi sekiranya kita mempunyai pengetahuan mengenainya. Bukan saja selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia beracun, ia juga tidak menelan belanja besar dan boleh dihasilkan di rumah.

Pada masa sama, proses merawat kulit boleh dilakukan sendiri di rumah dalam keadaan selesa tanpa perlu mengejar masa berkunjung ke spa atau mana-mana butik kecantikan, yang sudah pasti akan menelan belanja ratusan ringgit.

Antara bahan makanan yang mempunyai manfaat besar kepada kesihatan dan kecantikan kulit ialah tomato.Bukan saja sedap dan menjadi antara bahan penting masakan, tomato boleh memberi zat secukupnya kepada kulit. Buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri.

Dan siapa sangka kesan selepas penggunaannya amat mengejutkan. Ya, anda percaya atau tidak, tomato mempunyai banyak faedah pada kulit.

Berikut perkongsian dieyaamolek

“Magical Tomato Face Mask”, ramai yang tak tahu rawat kulit dgn bahan natural Tomato petua nenek moyang kita dulu taw utk dpt kulit sihat & bebas kulit berminyak. Bkn hanya selamat & tidak mengandungi bhn kimia beracun, ia juga sgt jimat & tak perlu belanja besar dan boleh bt sendiri taw. Sdgkan mak dieya sendiri hari2 makan tomato gitu je, bagus utk dalaman sebenarnya.⠀

IKLAN

Tomato ni sangat2 boleh bagi zat pd kulit dan rambut ye. Jom kita tinjau sedikit mengenai kebaikan tomato ni,

Dimakan macam tu je, nutrisinya dan kandungan air yg tinggi boleh lembapkan kulit dan sarat dgn mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, folat dan niacin. Bkn saja baik utk kulit tapi jaga kesihatan mata.

Kandungan antioksidan lycopene dan zea-xanthin dlm tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas

IKLAN

Bersifat antikanser dan mengelak reaksi kerosakan akibat pemakanan harian dan pendedahan kpd elemen alam sekitar hingga merosakkan kesihatan dan jejaskan penampilan

Mampu memulihkan sel dan bina otot memandangkan tomato mempunyai kandungan protein:
*Merawat liang roma terbuka
*Menyerikan wajah dan sekatakan tona kulit
*Bantu melawan masalah penuaan pramatang
*Merawat jerawat dan ruam panas
*Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pd wajah dan sebagai pelindung matahari semulajadi
*Mengandungi lapisan minyak semulajadi sebagai toner natural

IKLAN

Best kan? Macam tak sabar nak buat face mask skrg kan! Heheh so dieya share kat ualss ramuan face mask yg selalu dieya buat juga kat rumah utk kurangkan minyak yg mcm boleh masak ikan goreng tu.

BAHAN : Tomato + Madu
1. 1 biji tomato dilenyekkan dan diblender
2. 1 sudu besar madu (ikut keperluan)
3. Campurkan keduanya, dan kacau sebati
4. Sapu pd muka terutamanya pada T-Zone dan elakkan disekitar mata ye
5. Tunggu 15 m dan bilas dgn air
6. Gunakan 2-3 kali dlm seminggu inshaAllah minyak akan berkurangan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI