Timun dan madu bukan sahaja baik diamalkan untuk kesihatan dalaman tetapi juga amat sesuai untuk dijadikan regim kecantikan. Kandungan air, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin A, biotin dan potasium di dalam timun mampu mengatasi masalah kulit seperti kulit wajah berminyak, kering, dan sensitif.

Madu sering digelar super food. Banyak manfaat madu untuk kesihatan tubuh. Selain meningkatkan kesihatan dan kekebalan tubuh, madu juga digunakan untuk perawatan kecantikan.

 

Berikut perkongsian Faarihah Kadir

KULIT SIHAT CANTIK DAN GLOWING DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN DARI DAPUR

IKLAN

Hai uolls, hari ni ai nak share satu tips untuk dapatkan kulit glowing hanya menggunakan bahan dari dapur sahaja.

Bahan bahan yang digunakan
1 . Timun
2. Madu
3. Air bersih

Bahan utama : Timun, air bersih dan madu.

 

Kisarkan timun.

 

IKLAN
Masukkam madu dan air ke dalam pengisar.

 

Kisar hingga lumat.

 

Masukkan timun yang dikisar kedalam bekas ice cube.

 

IKLAN
Selepas dibekukan. Ready untuk kulit glowing sihat dan bersih.

 

Lepas guna kiub timun, muka terasa amat segar dan liang liang pori makin mengecil.

Cara cara untuk buat ice cube ni ada pada setiap gambar . Tips ini penting untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat .

Kisarkan bahan bahan tersebut sehingga lumut dan masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.

Gosokkan selama 10 minit dan bilas dengan menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.

Amalkan secara konsisten In Shaa Allah hasilnya pasti menakjubkan. Yang penting bukan sahaja selamat kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi tetapi dalam masa yang sama dapat berjimat-cermat.

Sumber kredit: Faarihah Kadir

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI