Pahala Mengalir Walau Meninggal Dunia Apabila Guru Ini Tinggalkan 100 Video Tutor Add Math Di YouTube

Share

Sesiapa sahaja di dunia ini mahukan pengakhiran hidup yang baik dan ingin ditempatkan di syurga. Beruntunglah orang yang berusaha membuat kebaikan dan perbuatannya itu masih dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun sudah tidak hidup di dunia lagi.

Menerusi perkongsian di Twitter oleh @furqanurfaliq, dia telah berkongsikan kisah mengenai  Cikgu Hayati Aini Ahmad, seorang guru Matematik Tambahan yang telah meninggal dunia. Namun, amalan kebaikannya masih dipanjang-panjangkan lagi kerana dia telah memuat naik lebih 100 video mengenai topik dalam subjek itu di YouTube.

Videonya telah membantu ramai pelajar yang menghadapai kesukaran dalam subjek itu.

Menurut sumber, arwah dikatakan telah menghidap barah sejak dari tahun 2017. Syurga buatmu cikgu.

Sesungguhnya orang yang baik itu sentiasa disayangi dan disenangi ramai. Ramai yang terkesan dengan pemergiannya kerana jasanya yang tidak terkira dalam menyebarkan ilmu.

IKLAN