Jika tidak tahu fesyen apa untuk digayakan pada hari raya nanti, apa kata anda mix and match baju yang ada kerana dengan sedikit sentuhan mampu menampilkan gaya lebih menawan.
Paling tidak pun sesuaikan baju dengan warna hijab supaya tidak kelihatan sama dengan yang digayakan sebelum ini.
Seorang pengguna laman facebook, PUAN MARY yang juga merupakan seorang guru imej telah memberi tip padanan warna yang bersesuaian untuk digayakan pada hari raya.
Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari raya tetap perlu diraikan sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Idea padanan ini adalah untuk membantu anda semua tampil lebih anggun dan elegan.
Pemilihan pakaian dan kombinasi warna yang sesuai sangat penting supaya kita tampil lebih menarik.
Padanan warna yang tepat akan mewujudkan keserasian warna tudung dan baju.
Dalam keadaan terdesak, macam-macam sebenarnya yang kita boleh lakukan. Sebagai seorang wanita, kita memang boleh dikatakan cerewet tentang satu-satu perkara.
Lebih-lebih lagi jikalau baju atau hijab yang berkedut! Ha, jangan tak mengaku pula. Admin nak kongsi cara bernas untuk anda hilangkan kedutan pada pakaian tanpa menggosoknya!
Ini salah satu cara orang dulu-dulu menghilangkan kedutan pada pakaian. Apa-apa pun, gunalah periuk yang permukaan bawahnya bersih dan rata. Caranya, didihkan air dalam periuk atas dapur, pastikan ia betul-betul mencapai suhu kepanasan yang wow! Setelah selesai, buang air rebusan ke dalam sinki atau asingkan ke tempat lain. Gunakan permukaan bawah periuk seperti seterika. Cara ini adalah sangat efektif dan berguna seperti seterika sebenar!
Seperti yang kita tahu, banyak kebaikan dan khasiat cuka untuk kegunaan rumah dan kesihatan. Oleh itu, bancuh campuran satu (1) nisbah cuka bersama tiga (3) nisbah air biasa. Masukkan di dalam botol semburan dan ia siap untuk digunakan sebagai semburan magis yang dapat menghilangkan kedutan degil pada pakaian! Jangan risau, cuka adalah sejenis cecair yang tidak merosakkan serat benang pakaian.
Ini yang dikatakan sambil menyelam minum air! Sambil dapat menikmati hidangan teh kegemaran anda, anda juga dapat menghilangkan kedutan pakaian sekali! Regangkan kain anda 12 inci di atas cerek, acukan ia kepada wap stim yang keluar daripada muncung cerek. Anda akan sedar bahawa kedutan beransur hilang sebaik ia diwapkan.
Ha! Cara ini bukanlah cara yang paling berkesan menghilangkan kedutan pada baju anda. Tetapi, dapat membantu sedikit sebanyak tatkala anda sedang terdesak dalam percutian di hotel atau motel. Ketika anda sedang mandi air panas, wap haba panas akan memenuhi segenap ruang kamar mandi berkenaan. Oleh itu, gantungkan pakaian berkedut anda di dalam kamar bilik mandi yang masih lagi berwap sambil pintu ditutup rapat. Cubalah!
Salah satu cara yang berguna ketika ada sedang menikmati percutian. Hamparkan pakaian yang anda ingin kenakan pada keesokan harinya di bawah tilam sebelum anda tidur. Esok pagi, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Cuma harus diingatkan, hamparkan pakaian dengan rata dan sebaiknya. Jangan pula anda lipat atau gulungkannya. Jika itu yang anda lakukan, jangan terkejutlah rupanya seperti roti jala nanti!
Para wanita sekitar tahun 60-an menggunakan seterika pakaian sebenar untuk meluruskan rambut mereka. Oleh itu, era yang semakin moden kini, dengan adanya ciptaan seperti ‘flat hair iron’ atau seterika rambut, pastinya sudah memadai untuk bantu menghilangkan kedutan pada pakaian kerana fungsinya lebih kurang sama seperti seterika pakaian.
Jika anda mempunyai mesin pengering cucian di rumah, anda boleh masukkan pakaian yang telah pun kering ke dalam mesin pengering demi menghilangkan kedutan. Tetapkan jangka masa pusingan mesin selama 15 hingga 20 minit untuk mendapatkan hasil pakaian tanpa kedutan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang hijabi, anda tentu mempunyai koleksi hijab dan selendang yang berwarna-warni. Selalunya, masalah terbesar untuk anda adalah bagaimana untuk untuk menyimpan koleksi hijab yang dimiliki dengan baik.
Meletakkannya secara teratur di dalam ruang kecil adalah satu tugas yang sangat membosankan! Sebaliknya, anda pasti akan serabut melihat almari anda sekiranya ia tidak disusun dengan kemas dan teratur. Malah, anda sendiri sukar untuk mencari padanan yang sesuai dengan pakaian setiap hari.
Memahami masalah anda, Hijabista kongsikan penyelesaian terbaik untuk anda simpan koleksi hijab anda. Dalam masa yang sama, ia membantu anda untuk mengekalkan tudung dengan baik.
Idea simpanan klasifikasi hijab adalah cara yang lebih mudah dan lebih cepat untuk anda memilih warna yang sesuai atau reka bentuk mengikut pakaian anda serta ia akan mengurangkan kedut pada hijab dan kelihatan lebih kemas.
Wall pocket organizer ini merupakan salah satu tempat menyimpan hijab diy yang mudah didapati di pasaran. Ia memudahkan anda untuk mengatur dan menyimpan peralatan bersaiz kecil dan pakaian seperti sarung kaki, jam tangan dan tudung. Anda boleh menggantungkannya di belakang pintu atau di dalam almari. Ia merupakan antara tempat menyimpan yang sempurna dan pantas. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna agar dapat menambah lagi keindahan bilik anda.
Penyangkut ikat tali pinggang adalah perkara yang sempurna untuk menyimpan koleksi hijab anda dengan mudah dan selamat. Ia akan memaparkan warna dan memudahkan anda untuk memilih hijab yang sempurna setiap hari. Dalam ruang minimum, anda boleh menyimpan koleksi hijab yang banyak dan menggantungnya di dalam almari.
Sekiranya anda kurang ruang menggantung di dalam almari, kotak-kotak hijab yang direka sendiri adalah pilihan yang terbaik. Tidak perlu berbelanja besar untuk membeli mana-mana perabot atau mana-mana tempat simpanan lain. Apa yang anda perlukan hanyalah kotak kosong (anda boleh menutup dan menyediakan kotak kasut kosong juga!). Lipat semua hijab dan letakkan hijab anda di dalam kotak tersebut dengan kemas. Anda boleh letakkannya di bawah katil atau di atas almari.
Besi penggantung tuala adalah pilihan lain yang juga murah serta mudah untuk menguruskan hijab. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz, tekstur dan harga. Jadi pilih dan aturkan hijab yang anda fikir paling sesuai untuk almari pakaian anda dan simpulkan semua hijab di atas besi penggantung tuala tersebut. Tiada lagi masalah untuk anda melipat dan lebih mudah untuk anda mencapainya.
Rak kasut juga boleh digunakan untuk menggantung hijab anda di belakang pintu. Anda boleh menyusun hijab anda dengan menyusunnya mengikut rona warna. Petua untuk memudahkan aktiviti harian anda adalah dengan menyusun hijab yang digemari di baris pertama.
Idea Hanger Hijab – Jadi sedikit kreatif dengan menggunakan organiser hijab yang dibuat sendiri. Apa yang anda perlukan ialah membeli penyangkut dan ring daripada kedai yang terdekat. Letakkan ring ini di dalam penyangkut dan buat seberapa banyak tempat menggantung yang anda perlukan. Anda boleh meletakkannya dengan mudah dan menarik tanpa sebarang masalah. Ini merupakan perkara terbaik untuk rutin harian yang sibuk.
Penyangkut baju mudah didapati di mana-mana sahaja kedai. Ia mengambil sedikit ruang dan sebilangan besar hijab boleh diaturkan seperti gambar di atas. Anda boleh memasukkannya ke dalam almari pakaian bersama-sama dengan pakaian harian.
Teknik ‘Do It Yourself’ ini merupakan teknik yang paling mudah untuk anda. Dapatkan shower curtain ring dan susun dengan baik. Susun di mana-mana tempat yang anda rasakan sesuai dan mudah untuk mencapainya.
Jika anda mempunyai warna dan mahu memakai hijab yang sesuai setiap hari mengikut pakaian, anda perlu melakukan sedikit usaha dan letakkan semua hijab anda dengan pakaian yang sesuai. Jadi, anda tidak perlu membazir masa untuk memikirkan apa yang harus dipakai.
Hijab yang diletakkan di dalam laci sentiasa rosak! Sangat sukar untuk memastikan ia teratur di dalam laci kerana akan bercampur-campur. Tetapi jika anda mempunyai laci kosong, anda boleh meletakkan mini thesis organizer di dalamnya untuk menjadikan ia lebih teratur dan tersusun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap tahun ada sahaja rekaan tudung yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Tetapi tahun lalu menyaksikan tudung bawal kembali diminati. Ini kerana cara pemakaian yang senang dan user friendly. Malah seorang hijabi akan kekal cantik dan menawam dengan hanya menggayakan bawal. Terutama bagi mereka yang mempunyai pipi tembam. Di sini ada beberapa tip menggayakan hijab bawal bagi mereka yang berpipi tembam.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.