Baru-baru ini, pelakon hebat iaitu Janna Nick telah berkongsi keadaannya yang sedang menerima rawatan kerana menghidap gangguan bipolar.
Cerita Janna, sebelum ini dia menganggap mendengar suara bisikan di minda adalah normal sehinggalah dia mula mengambil ubatan dan menjalani rawatan dengan pakar.
Perkongsian Janna ini mendapat perhatian ramai termasuklah usahawan muda, Aifa Azlan yang mengakui boleh melihat simptom tersebut pada Janna kerana dia juga pernah mengalami masalah yang sama.
Rasa sedih yang berpanjangan, rasa kosong dan hilang minat terhadap benda yang disukai.
Kebiasaannya orang yang menghidap bipolar adalah orang yang cantik.
Berikutan perkongsian daripada Aifa ini, ramai warganet yang memberikan respon terhadap isu masalah kesihatan mental yang masih kurang diketengahkan di negara kita.
Masih ramai yang menganggap kisah Janna ini satu jenaka. Seharusnya kita memandang serius perkara kerana jika dibiarkan ramai lagi yang akan mengalami kesengsaraan tanpa kita sedari. Sentiasa bertanyalah khabar kepada insan terdekat anda kerana mereka mungkin memerlukan perhatian anda untuk terus mendapat semangat meneruskan kehidupan.
Baru-baru ini, sis telah berkesempatan untuk menonton tayangan perdana filem James Bond, No Time To Die anjuran United International Pictures (UIP).
Padu dengan lagak aksi, filem ini mengisahkan tentang Bond yang telah meninggalkan perkhidmatan dan sedang menikmati kehidupan yang tenang di Jamaica.
Namun, ketenangan hidup yang dinikmati beliau tidak berpanjangan apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta bantuan. Misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik ternyata jauh lebih khianat daripada yang dijangkakan, membawa Bond ke jejak penjahat misteri yang bersenjatakan teknologi baharu yang berbahaya.
Menariknya, selain Daniel Craig, filem ini turut menampilkan barisan pelakon tersohor seperti Rami Malek, Ana de Armas, pelakon Perancis, Léa Seydoux dan ramai lagi.
Filem ini juga memberikan makna yang berbeza kerana ini merupakan penampilan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond. Hmm, sedih pula rasanya!
Walaupun berdurasi 2 jam 43 minit, namun plotnya yang menarik membuatkan kita tak mahu berganjak dari kerusi dan mahu terus setia menontonnya.
Tak rugi untuk ditonton, anda boleh mengajak keluarga mahupun rakan-rakan untuk turut serta menontonnya di pawagam bermula hari ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa sahaja yang tidak mahu merakamkan momen-momen yang menarik dan kongsikan kepada umum. Ramai yang tertarik dengan perhatian yang diberikan sehingga ada yang terlebih ‘kongsi’ di sosial media sehingga membawa keburukan.
Namun, tidak semua yang sukakan kehidupan terlalu ‘expose‘ di media sosial kerana ingin menjaga privasi. Jadi ingin tahu bagaimana artis terkenal Korea Selatan, Son Ye-Jin, menjaga privasi di laman media sosial? Ikuti artikel ini.
Aktress terkenal Korea Selatan, Son Ye-Jin, baru sahaja memuatnaik sebuah hantaran yang menunjukkan gambar kaki anak lelakinya. Walaupun hanya sekeping foto, ribuan peminatnya membanjiri ruangan komen memberi kata-kata yang positif.
Dia juga terkenal dengan caranya untuk menjaga privasi kehidupan hariannya tidak mahu terlepas untuk berkongsi sedikit perubahan dalam kehidupannya bersama peminat. Jadi bagaimana pula dia menjaga privasi di sosial media seperti yang di katakan? Ini adalah beberapa tip yang boleh kita lihat darinya.
Umumnya Son Ye-Jin akan memuatnaik beberapa gambar ucapan hari perayaan dan tanda terima kasih kepada peminat, krew produksi dan apa-apa anugerah yang bermakna buatnya. Ini menunjukkan tanda penghargaannya buat mereka yang sudi bersamanya dalam perjalanan kariernya.
Fotonya tidak terlalu keterlaluan, cukup sekadar dia gambarnya bersama hadiah dari peminat dan ucapan yang cukup ringkas dan manis. Melalui caranya, kita boleh lihat tidak semua perkara perlu di dokumentasikan di sosial media.
Ye-Jin juga jarang sekali memuatnaik gambarnya bersama ahli keluarga mahupun teman rapat kecuali anjing peliharannya. Boleh dilihat di sini bahawa Ye-Jin amat menitikberatkan privasi orang di sekelilingnya.
Ada antara dari kita yang suka untuk memuatnaik foto keluarga bersama di media sosial, itu tidak mengapa. Namun, pada zaman sekarang yang agak bahaya ini, orang yang tidak kenali mudah sahaja mendedahkan ahli keluarga kita tanpa sedar.
Dia juga sangat rajin menulis pada setiap hantarannya di Instagram untuk menjelaskan pengalaman serta berkongsi perkara yang positif kepada followers-nya. Ini membuatkan peminatnya lebih jelas memahami situasi yang terjadi bukan sekadar sekeping foto sahaja.
Siapa sahaja yang tak ingin kongsikan gambar suasana apabila melancong ke luar negara, sudah tentu anda teruja bukan? Tetapi bagi Ye-Jin dia hanya berkongsi gambar itu tanpa perlu tag lokasinya berada di mana, cukup sekadar gambar yang menceritakan semuanya.
Jadi bagi anda yang ingin mulakan kehidupan yang punyai privasi tersendiri, bolehlah ikuti Son Ye-Jin menjaga privasi hidupnya di sosial media. Ingat, tak perlu terlalu berkongsi kerana boleh membawa padah!
Hari ini genap sebulan arwah pelakon popular tahun 90-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Ramai rakan artis seangkatan yang terkesan dengan pemergian beliau dan menitip kata-kata terakhir buatnya di laman sosial. Bukan sahaja mereka, bahkan keluarga Azmil turut bersedih dengan kehilangan pelakon serba boleh ini. Salah seorang adalah anak perempuan arwah, Nur Alya Iman, 17 tahun yang juga merupakan seorang model Muslimah.
Alya sebelum itu, muat turun di laman sosial gambar dia bersama arwah ketika mengerjakan ibadah umrah. Tanpa ‘caption’ tetapi jelas menggambarkan perasaan kerinduannya terhadap seorang bapa. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah.
Sebelum itu foto sama dimuat turun dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati. Itu adalah ucapan sempena sambutan Hari Ibu tahun lalu.
Dan setelah 11 hari arwah pergi mengadap Illahi, Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Tulisnya dalam laman sosial 25 Febuari lalu dengan memuat turun gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa gadis berusia 17 tahun ini begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya kepada Nona.
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Posting yang dimuat turun dua minggu selepas babahnya pergi mendapat hampir 5,000 like. Ramai followernya yang mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat untuk Alya meneruskan kehidupan di dunia ini.
nurmuadz_umarStay strong. Jadi anak yg soleh. Insyaallah, it will make arwah smile. Saya pernah attend kuliah arwah sekali. Saya amat menghormati dan kagum kepada perubahan beliau. Semoga arwah tenang di sana. Al fatihah.
rozetarepublicMore throwback photo please as we lost ur Father from screen for almost 20 years, rindu sangat and now he had gone forever, more photos can at least heal our heart @alyimn AL Fatihah
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya sekali lagi meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting yang dimuat turun enam hari lalu menyatakan bahawa dia sehingga hari ini masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, selama 17 tahun dia bernafas di muka bumi ini, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
Terasa cukup sebak tatkala membaca posting Alya kali ini apabila dia memberitahu bahawa ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan mmemeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat. Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.