Setiap negara mempunyai definisi dan cara penjagaan kecantikan yang tersendiri. Ingin tahu rahsia kecantikan mereka?
Ayuh, admin bongkar rahsia kecantikan wanita di beberapa negara. Cara diamalkan tidak susah dan anda boleh lakukan sendiri di rumah pada hujung minggu.
1. Korea – Pupur Wajah(face mask)
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau masker dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Malah, bintang-bintang terkenal juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah mereka jika rasa gembira.
IKLAN
Pemakaian masker amalan biasa wanita Korea.
2. Sepanyol – Ubi Kentang
Salah satu rahsia kecantikan yang menarik untuk dipelajari adalah dari negara Sepanyol. Wanita Sepanyol menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan menggunakan hirisan kentang. Mereka mendakwa bahawa sepotong kentang bersih diletakkan pada mata anda selama 10 minit akan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Hirisan kentang ditepek di bahagian mata bagi wanita Sepanyol.
3. Mesir – Mandi Susu
Wanita Mesir mempunyai kulit yang licin seperti sutera kerana mereka kerap melakukan mandian susu. Caranya dengan menambah dua cawan susu tepung ke dalam air mandi. Umum tahu susu merupakan penjanaan tenaga yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Segelas susu kaya akan kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
IKLAN
Patut kulit wanita Mesir cantik, rahsianya dengan mandi susu.
4. Greece – Makanan Hijau
Rahsia bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
Makan salad baik untuk kulit wajah dan rambut.
5. Indonesia – Minum Jamu
Jamu merupakan resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia. Hal ini membuktikan jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita Indonesia. Ramuan semula jadi yang terkandung pada jamu mampu menaikkan seri wajah serta menjaga kulit, maka tidak hairanlah jika wanita di Indonesia meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi oleh mereka.
IKLAN
Wanita Indonesia memang terkenal dengan pemakanan jamu.
Ada dalam kalangan kita yang mempunyai warna leher yang sedikit gelap dari orang lain. Mereka yang alami masalah ini sentiasa berdepan dengan rasa malu oleh kerana sering di pandang orang sekeliling.
Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada hal ini seperti kesan bahan kimia dari produk kosmetik atau juga salah satu tanda diabetes.
Cari Ikhtiar Untuk Putihkan Leher
Sumber dari Canva
Sebenarnya ada sahaja cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan satu tona warna kulit yang sekata buat mereka yang alami leher yang gelap. Mungkin perlu ikuti beberapa petua.
Ada beberapa bahan semula jadi yang boleh membantu anda untuk mencerahkan warna leher yang gelap. Antaranya:-
Kentang
Sumber dari Canva
Salah satu khasiat dari kentang adalah ejen mencerahkan kulit! Caranya adalah dengan memarut satu biji kentang dan perahkan jus daripadanya. Sapukan cecair itu pada leher dan biarkan sahaja selama 15 minit, kemudian bilas dengan air biasa.
Lidah buaya
Sumber dari Canva
Mengandungi mineral dan vitamin, ia boleh mengurangkan kesan pigmentasi dengan mengehadkan pengeluaran melanin yang muncul pada permukaan kulit. Hanya perlu potong daun lidah buaya atau aloe vera dan ekstrak gelnya. Sapukan pada leher dan biarkan dalam setengah jam. Seusai masa berlalu, bilaskan dengan air!
Apple cider vinegar
Sumber dari Canva
Ia boleh mengimbangi nilai pH dan menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit. Ambil dua sudu cuka Apple Cider dan campurkan ke dalam air. Celupkan bola kapas dalam larutan dan sapukan dengan rata pada kawasan yang gelap.
Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air.
Minyak badam
Sumber dari Canva
Minyak badam mempunyai vitamin E yag boleh membantu mencerahkan warna kulit. Titiskan minyak badam dalam kuantiti yang sederhana dan urut pada bahagian leher selama beberapa minit. Biarkan sahaja ia meresap masuk ke dalam kulit.
Yogurt
Sumber dari Canva
Kandungan enzim semula jadi dapat membantu mencerahkan kulit. Dua sudu yogurt segar diletakkan pada tangan dan sapukan dengan rata pada bahagian leher. Hanya perlu tunggu 15 minit sahaja dan sedia untuk bilas bersama air.
Aktiviti sukan memang sangat bagus untuk kita amalkan bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat disamping meningkat stamina tubuh badan. Namun, ia boleh mengundang bahaya seperti ‘cardiac arrest’ jika kita tidak mengamalkannya dengan langkah yang betul. Anda tahu tak Apakah itu ‘cardiac arrest’?
Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction). Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama-lamanya.
Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation. Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali.
Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada. Jantungnya perlu di pump semula samada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti. Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid. Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR utk bantuan awal.
Tidak salah bersukan waktu malam dan tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan anda faham waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan anda tidak terlalu letih bekerja di siang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bola sepak atau gim.
Jika anda jarang bersukan dan tiba-tiba bersukan terlalu aktif atau agresif, maka anda mungkin gagal kawal jantung. Jangan samakan diri anda dengan ahli sukan aktif atau professional. Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest.
Sebab itu perlunya sesiapa pun membiasakan melakukan latihan cardio, iaitu membiasakan jantung bergerak dengan laju dan berhenti apabila laju seperti tidak melebihi 145 beat per second (bps) ikut umur.
Cara mengawal pernafasan juga amat penting bila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau kayuh basikal dgn kelajuan tinggi dalam masa singkat mampu membiasakan jantung anda bergerak laju. Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap.
Terus bermain selepas merokok adalah satu sebab diserang cardiac arrest. Tetapi punca utama cardiac arrest ialah tekanan darah terlalu tinggi ketika bersukan dan inilah yang ramai tidak tahu kerana tiada siapa yang ambil tekanan darah sebelum, sewaktu mahupun selepas bersukan.
Cardiac arrest juga sering menyerang di bilik air. Ramai sangka seseorang itu mati sebab jatuh bilik air (terutama orang tua). Tetapi sebenarnya matinya disebabkan cardiac arrest dan mangsa akan jatuh. Ini berlaku bila keadaan suhu badan berubah secara mengejut.
Ia akan menaikkan atau menurunkan tekanan darah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung. Nabi juga ada mengajar apabila mulakan mandi, jangan terus disiram badan. Mulakan dari kaki untuk biasakan dengan suhu air, perlahan naik ke betis secara beransur-ansur dan seterusnya hingga mula basahkan kepala seperti biasa. Bukan terus terjah kepala dan seluruh badan.
Bersukan bagus, bersenam juga bagus, tetapi kena faham dgn kemampuan badan dan situasi. Warm up yang cukup, kawalan pernafasan yang baik, tidak mudah panik dan selalu lakukan latihan cardio amat penting. Warm up dan stretching dua benda berbeza.
Warm up dulu baru stretching kerana badan perlu dipanaskan dulu sebelum beraktiviti. Mitosnya yang jadi amalan ramai ialah stretching dikala badan belum dipanaskan. Boleh tapi tak betul dari segi teknik bersukan. Lihat pemain professional, mereka akan berlari keliling padang dulu, kemudian baru melakukan stretching untuk regangkan otot. Tapi ini bukan cara utama elak cardiac arrest.
Cara terbaik elak cardiac arrest ialah FAHAMI KEMAMPUAN anda. Jangan over dan kawal ego. Masalah utama orang bersukan ialah EGO. Masing-masing nak tunjuk hebat dalam permainan mahupun main gim sedangkan badan ketika iti tak mampu. Ingat, Cardiac Arrest datang tiba-tiba. Tiada cara boleh tahu bila ia datang dan siapa nak diserangnya atau berapa umur mangsa.
Semoga bermanfaat untuk semua terutama saya sendiri.
Ulam-ulaman selain boleh dijadikan ulam-ulaman pembuka selera, ia juga boleh dijadikan jus dan produk luaran untuk mencantikkan wajah. Antara ulam paling popular adalah pegaga yang diakui memiliki banyak kebaikan.
Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica dikatakan mampu merawat kerosakan kulit dan meningkatkan peredaran darah, sekali gus membuatkan wajah lebih berseri dan segar. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga merupakan satu ulaman yang terkenal bagi orang Melayu, Indonesia dan Thailand. Ia mengandungi klorofil yang sanagat tinggi kerana ia bagus untuk detoks dalam badan manusia. Bagi ibu yang menyusukan bayi, ia mampu memperbanyakkan air susu serta menguatkan tulang.
Dari segi perubatan ayurveda ia merupakan herba yang hebat!. Kaum India suka jadikan ia sebagai minuman air tonik yang sangat bagus khasiat dan kebaikannya untuk kesihatan dalaman.
Kandungan dalam pegaga ini dapat melindungi sistem imun badan manusia daripada toksik. Selain itu ia juga bagus dalam merawat masalah darah tinggi, jangkitan pada pundi kencing, sebab ia bersifat antibiotik mampu memberikan kesihatan pada seluruh tubuh badan.
Jika hendak rawat kulit berjeragat dan bermasalah, boleh amalkan dengan mengambil beberapa helai daun pegaga yang telah dicuci bersih. Kisar atau tumbuk lumat daun tersebut. Campurkan dengan 1 sudu minyak zaitun.
Sapukan pada kulit muka setiap malam Insya Allah jerawat atau jeragat akan beransur hilang. Sebab itulah saya letakkan pegaga ini dalam bio miracle action. Selain itu ia juga dapat menaikkan seri pada wajah.
Photo by Rf Studio From Pexels
Bagi yang sering mengamalkan memakan sayuran ini ia dapat membersihkan darah, mengurangkan masalah ekzema dan masalah kulit. Ia juga dapat mempercepatkn penyembuhan luka pada kulit, merangsang peredaran darah dan seterusnya menjadikan kulit sentiasa bersih, gebu dan cantik.
HIJABISTA: Memang bagus pun pegaga selain sedap dibuat ulam ketika menjamu selera ia juga sesuai untuk dijadikan rejim perawatan kulit wajah.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.