Wanita dengan berat badan yang berlebihan atau dikategorikan sebagai obesiti mempunyai peluang hamil yang rendah. Kaedah perubatan tradisi cina, mungkin boleh dijadikan pilihan dalam merawat dan membantu individu untuk mengekalkan kehidupan sihat dan subur. 

KENAPA OBESITI PENYEBAB KETIDAKSUBURAN? 

Sumber gambar: The Indian Express

Seperti yang diketahui umum berat badan yang berlebihan atau obesiti akan menyebabkan seseorang itu sukar hamil, walau bagaimanapun masih ada sesetengah daripada kita yang tidak tahu sebabnya.

Lemak berasid yang terdapat dalam badan mereka yang obesiti ini boleh mengganggu hormon yang sepatutnya ada dalam badan. Hormon yang tidak stabil pula akan menyebabkan gangguan terhadap kitaran kesuburan atau proses pengovulan dan kualiti telur mereka. 

Kadar gula dalam badan yang tinggi juga akan menyebabkan kadar insulin meningkat. Bagi wanita yang memiliki berat badan yang berlebihan, kadar insulin dan bacaan testeron yang tinggi akan menyebabkan proses pengovulan tidak akan berlaku. Malah, masalah ini turut dialami oleh kaum lelaki. 

IKLAN

Tidak hanya berlaku kepada wanita, sekiranya lelaki mengalami berat badan berlebihan, maka tahap kesuburan mereka juga akan berkurang. 

Jumlah lemak dalam badan akan menyebabkan tahap estrogen mereka tinggi (hormon wanita) dalam badan dan mengganggu kualiti sperma. 

IKLAN

Apa yang mengejutkan, kesedaran kaum lelaki dilihat semakin meningkat dimana mereka turut tidak melepas- kan peluang untuk mencari penyelesaian dan rawatan. 

SEIMBANGKAN HORMON DENGAN RAWATAN AKUPUNTUR.

IKLAN
Sumber gambar: Kaiser Permanente

Kebanyakkan mereka yang mengalami masalah kesuburan disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Oleh itu, dengan akupuntur dan ubat-ubatan herba, kedua-dua isu ini boleh diatasi. 

‘Acupoint’ yang dilakukan kepada badan pesakit akan membebaskan aliran negatif sekaligus membantu kestabilan hormon. Ini bermaksud, ia boleh mengurangkan testeron dalam badan wanita jika sebelum ini berada pada kadar yang tinggi, peluang ovulasi, selain melancarkan kitaran lain yang sepatutnya.

Akupuntur juga tidak tertumpu kepada rawatan kesuburan semata-mata, malah ia turut membaiki deria rasa seseorang. Rawatan yang dijalankan juga dapat mengurangkan nafsu makan mereka terutama kurangnya keinginan terhadap makanan yang tidak sihat, yang mendorong kepada penurunan berat badan. 

Akupuntur turut melancarkan perjalanan darah seseorang. Setiap individu yang mempunyai perjalanan darah yang lancar akan memiliki rahim yang sihat dan telur yang dilepaskan oleh tiub folopio adalah telur yang berkualiti. Secara keseluruhannya, akupuntur dan juga herba bukan sahaja mengurangkan berat badan, malah melancarkan lagi fungsi rahim. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI